Sunday, March 29, 2009

BILA HATI IKHLAS.....

banyak sekali kebaikan yang kita dapati andai kita ikhlas. tapi.......malangnya ianya amat sukar untuk dilakukan dan hanya Dia yang Memiliki hati- hati hambaNya sahaja tahu akan ikhlas atau tidaknya seseorang . justeru itu, wajar sekali andai kita sentiasa beringat bahawa ikhlas itu perlu diusahakan kehadirannya dalam hati kita. mulut pula mesti turut berwaspada agar tidak menceritakan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan agar ikhlas itu sememangnya benar-benar ikhlas.

kebaikan ikhlas.

1. jiwa tenang;

hati tidak akan merasa sakit andai kita tidak dihargai. walau banyak budi yang telah kita semai, namun andai kita ikhlas, kita redha dan senang hati walaupun kita tidak dihargai. walau budi yang ditabur dipandang endah tak endah, namun ikhlas penawar hati kita. bersyukur atau tidaknya seseorang atas jasa baik kita pada orang tersebut bukanlah penentu yang kita ikhlas. andai keluarga atau adik beradik tidak mengenang jasa kita, tidak mencacatkan ikhlas kita, andai suami tidak menghargai penat lelah kita menguruskan rumahtangga, anak-anak dan dirinya, itu juga langsung tidak mencacatkan ikhlas kita. andai rakan taulan tidak memandang kebaikan kita kepada mereka, itu juga tidak menjadi kudis pada ikhlkas kita. ikhlaslah dalam melakukan apa sahaja, maka kita akan kebal kritikan dan ampuh pujian. dipuji atau dikeji langsung tidak memainkan peranan terhadap kita. kerana hati kita ikhlas. ikhlas kerana Allah.. pahala yang banyak menanti orang yang ikhlas. namun , pahala itu juga tidak mengancam ikhlas kita, kerana ikhlas kita semata-mata keranaNya, bukan kerana pahala atau pujian orang atau penghargaan sesama makhluk.

2. keberkatan rezeki.

bila hati ikhlas, kita mudah redha. bila kita redha , kita sentias bersyukur. walau apa yang menimpa kita, kita syukuri, walau kita tidak sesenang mana , tapi hati kita sentiasa rasa hidup ini indah, kita tidak berkeluh kesah. bila kita bahagia, dan banyak bersyukur, maka janji Allah, Dia akan menambah nikmat orang yang sentiasa bersyukur. orang yang bersyukur hasil dari keikhlasan hati, rezekinya sangat berkat. laluan hidupnya mudah dan walau dihimpit kesusahan tetapi dia tetap redha.

3. ramai sahabat.

keikhlasan seseorang menarik ramai sahabat di sekelilingnya, dan sahabat2nya itu turut menerima aura ikhlasnya dan membentuk diri mereka menjadi ikhlas juga. sabda junjungan yang membawa maksud, seseorang itu dinilai melalui siapa yang menjadi sahabatnya. bersahabat lah dengan orang yang baik akhlak dan bersih hatinya. kita turut mendapat aura itu.

hidup berilmu, ceria selalu.


Tuesday, March 24, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH

pertama:
Solat tahajjud.....
kerana kemuliaan seorg mukmin terletak pada tahajjudnya.

kedua:
membaca Al_Quran sebelum terbit matahari ....
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

ketiga:
jangan tinggalkan msjid terutamanya di waktu subuh....
sebelum langkah kemanapun, langkahlah mulanya ke masjid..kerana masjid merupakan pusat keberkahan..bukan kerana panggilan muazzin ttp panggilan Allah yg mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid.

keempat:
jaga solat Dhuha...
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha

kelima:
jaga sedekah setiap hari...

Allah menyukai org yg suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kpd org yg bersedekah setiap hari.

keenam:
jaga wudu' terus menerus ....
kerana Allah menyayangi hambanya yang berwudu'.
kata khalifah Ali B Abu Talib:
" org yg selalu berwudu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, AMPUNI DOSA DAN SAYANGI DIA YA ALLAH...."

ketujuh:
amalkan istighfar setiap saat.
dgn istighfar masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

senyuman itu....PENGUBAT JIWA

senyuman....
adalah 1 sedekah...
mampu menyejukkan hati
melembutkan jiwa yg keras
jua mampu menukarkan
rasa benci kpd kasih syg...

Tapi...kdg2, senyuman ni selalunya diselang selikan dgn tipu daya...dan senyuman sebenar tidak akan hadir tanpa perasaan tulus dan ikhlas...dan manusia akan ikhlas tersenyum bilamana dlm dirinya tidak ada penyakit2 hati...

Raut wajah seseorg pulak merupakan gambaran bisikan jiwe pemiliknya...
"tidak akan nmpk keindahan pd wajah yg jiwanya tidak tenang dan tidak akan ada kebenaran dari insan yang hatinya kotor..."


tidak ada yg mampu membuatkan jiwa dan wajah menjadi muram selain dr 'putus asa'......maka, jika inginkan senyuman, tersenyumlah terlebih dahulu dan perangilah putus asa itu...
'sesungguhnya kesempatan terbentang luas buat kita...tingkatkan keyakinan diri dan bertawakkallah pd Allah'...

jiwa yg sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang....berusaha utk menyelesaikannya..jika melihat persoalan...
mereka tersenyum.....indahnya ciptaan Allah...


ana petik dr faidhul khatir, ahmad amin berkata:
' org yg murah dgn senyuman dlm menjalani hidup ini bukan saje org yg paling mampu membahagiakan diri sendiri....ttp juga org yg berkemampuan lebih dalam mengerjakan berbagai urusan, lebih bertanggungjwb memikul tugas, org yg paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih profesional dlm memikul urusan penting yg bermanfaat bg diri mereka dan masyarakat"

senyumlah selagi ada peluang.......(^_~)

Monday, March 23, 2009

Jangan mencari yang terlalu sempurna....

Jika kamu memancing ikan
setelah ikan itu terletak di mata kail
hendaklah kamu mengambil ikan itu
janganlah sesekali kamu LEPASkan ia
semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia pastinya sakit dengan bisanya
ketajaman mata kailmu
dan mungkin
ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

begitulah juga

setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kpd seseorg
setelah ia mula MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan
mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia masih mengingatimu

Jika kamu menadah air
biarlah berpada
jananganlah terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu
apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
AKHIRNYA...
diia di BUANG

sedangkan jika kamu cuba untuk memperbaikinya
mungkin ia masih dapat digunakan lagi
begitu juga jika kamu MEMILIKI atau BAKAL MEMILIKI seseorang...
TERIMALAH seadanya........
janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan
janganlah kamu menganggapnya BEGITU ISTIMEWA
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sekali dia melakukan KESILAPAN...
bukan mudah bagimu untuk menerimanya...
akhirnya...
kamu KECEWA dan meninggalkannya

sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu psti baik untuk dirimu
mengenyangkan dan berkhasiat...
mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain?
terlalu ingin mengejar kelazatan
kelak....
nasi itu akan basi dan kamu?
juga tidak boleh mamakannya
kamu akan menyesal

Begitu juga jika kamu telah bertemu dgn seorang insan...
yang psti membawa KEBAIKAN kpd dirimu
MENYAYANGIMU....MENGASIHIMU...
mengapa kamu berlengah?
cuba MEMBANDINGKAN dengan yang lain
terlalu mengejar kesempurnaan.........
kelak....
kamu akan KEHILANGANNYA...
apabila dia menjadi milik orang lain
kamu juga yang akan MENYESAL....

http://aannajah.blogdrive.com/archive/104.html

Sunday, March 22, 2009

Kesabaran


Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi. kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan keni'matan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah... setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucia jiwa seseorang. kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan. Imam Ali B Abi Talib berpesan: "tenagkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". kemudan Ibnu Munkadir berkata :" bagiku ni'mat dunia ini hanya ada pada 3 perkara: 1) Qiamullail 2) Sillaturrahim 3) Solat berjemaah Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta YAng Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia suci dan tunduk pada Ilahi....

Abul Qasim Summun berpuisi:

Telah ku minum dari wadah waktu Dan telah ku reguk segala ceria dan kepedihannya Telah kulekatkan mulut wadah itu pada bibirku dan ku hisap habis setiap titisnya Dan takdir telah menuangkan ke dalam pialanya Kesedihan yang terminum Dari lautan kesabaranku Yang telah kuisikan penuh-penuh Dan kuhulurkan kembali kepada takdir itu Dengan kesabaran dan ketakutan Waktu tergantung, akupun berseru "bersabarlah engkau wahai jiwaku! atau engkau akan binasa kerana kesedihan" Begitu besar penderitaanku hingga Gunung-ganangpun bergetar pada ketinggiannya akan lenyap bagai bintang yang jauh akhirnya hilang dari pandangan....

Thursday, March 19, 2009

SENYUM itu adalah anugerah....

Senyuman tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah." Daripada Syarhus Sunnah, sahabat Abdullah bin Umar pernah di soal, " adakah sahabat2 nabi tertawa?, beliau menjawab " Ya membantu meredakan di hati kita dan orang lain. menurut Tarmizi, Abdullah Bin Haris meriwayatkan "walaupun iman di hati mereka lebih besar daripada gununug." bilal bi saad memberitahu, " aku pernah melihat sahabat2 nabi berlari-lari di kawasan memanah sambil tertawa sesama mereka. apabila tiba waktu malam, mereka menjadi serius seperti rahib."

pada masa tertentu, Nabi Muhammad S.A.W berjenaka dengan sahabat-sahabat beliau tanpa melampaui batas.Menurut Tarmizi bertaraf hadis Hassan, beliau pernah berkata, " aku berjenaka dengan kamu tetapi aku tidak mengatakan melainkan yang benar."

Dr. Lee Berk dan Dr Stanley Tam dari universiti Loma Linda di California dan juga pengkaji-pengkaji dari Universiti Stanford, Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Ohio State dan universiti Duke mendapati jenaka dan tertawa mampu meredakan kemarahan dan kerisauan. Ia mampu mngurangkan kesugulan ataupun depression.
jenaka dan tertawa meningkatkan kadar sel-sel T di dalam badan. sel2 T ini berfungsi meningkatkan daya ketahanan sekali gus mengawal pembiakan kuman di dalam badan..


senyum sokmo

Wednesday, March 18, 2009

akan ku ingati kesalahanku itu....

hanya ucapan maaf
yg mampu diungkapkan...
moga ianya
menjadi
1 peringatan besar
buat diri
yang seringkali lalai
alpa dalam nafsunya sendiri...

Ya Allah.....
kau satukan hati mereka
Ya Allah.....
kau eratkan ikatan mereka
Ya Allah....
kau jauhkan mereka
dari fitnah dunia
Ya Allah....
aku memohon padamu
seikhlas hatiku

moga
setiap titisan dosa
yg terbentuk
tidak terbias

hanya aku
hanya aku
hanya aku
biarkan aku sendiri
sendiri mencariMu
Ya Allah
dalam doaku...
aku meminta
Ya Allah
ampuni dosaku...

ku kagumi nilai persahabatan itu..
sahabat..
dlm senyummu ku gembira...
dalam duka mu
ku turut berduka
kerana
aku tahu dimanakah
Puncanya.......

maafkan sahabatmu ini...
Moga Redha Allah mengiringi
setiap langkahmu..
amiin...

Hikmah ujian

“Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmat-Nya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi”

- Mestica



harapanku...

agar..

ujian ini meningkatkan lgi taqarrubku dgn Yang Maha Esa...


Dengan IzinNya....

saat ini terasa.....
beratnya ujian yg menghempap...
apakah ini kaffarah dosa
dariMu ya Allah...
terasa seperti tidak mampu
untuk menanggungya..
mampukah diri ini?
mampukah diri ini?
mampukah dia membawanya?

Namun...
seperti dulu
aku bisikkan pd diri
hikmahnya pasti ada....
pasti ada...
sudah tentu ada..

kerana..
'kalau tidak kataNya'
pastinya tiada

maka...
sekali lagi aku gagahi diri..
bangunlah wahai hati
usahalah mencari
tangga kebangkitan
dan...
serahkan semuanya
pd Yang maha Mengetahui
kerana
'kalau tidak kataNya'
pastinya tiada
Biarlah taqdir menentukan......

Ya Allah
kuatkan hatinya Ya Allah
tunjukkan jalanMu
berikan petunjukMu
dan aku memohon
semoga
jauh dari murkaMu
amin

Tuesday, March 17, 2009

disebalik kanak2 itu.....

Di sebalik seorang kanak2, realitinya tersembunyi banyak makna yg tersirat.......adakah kita setanding dengan seorang kanak2 jika dibandingkan dari sudut kejujuran, keikhlasan dan kesucian hati?????

Dewasa dan kanak2...persamaannya ADA,iaitu keduanya adalah manusia, tetapi perbezaannya sangat besar....kita hanya perlu meluangkan sedikit masa dan waktu untuk kita renung2 kan....

Setandingkah kita jika dibandingkan dengan kanak???

Sekali ditanya, kanak2 tidak akan berfikir panjang sama ada perlu jawab atau tidak, mungkin dia akan senyap sambil menggelengkan kepalanya atau terus memberi jwapan yg bertubi2,DAN KEADAAN KEDUANYA ADALAH MEMBERI RESPON,, kadang2 soalan y x ditanya pun dijawaBnya...huuu..itulah kanak2

hmm...pening dengan kanak2, lain perasaanya, DAN pening dengan orang2 yang dah 'tua' ni pulak, lain pulak keadaannya...walaupon keduanya tetap di dalam situasi pening..huuu

tetapi

pening dengan kanak2 adalah pening yg menghiburkan dan memberi pengajaran...

pening dgn yg besar2 ni kadang2nye kite x mampu nak paham...kan?kan?kan?

kanak2.....yang di ajar diterima dengan tulusnya dan yang mereka ingin tahu, mereka tanya seikhlas hatinya...yang mana ianya sanagt susah untuk kita buat pun...

org tue plak...kadang2 bertanya, dengan byk tujuan, mungkin sebagai alat untuk menjatuhkan dan juga mungkin sekadar untuk menyatakan yg kita ada soalan untk ditanya,

yagn pasti..... kanak2 bukan begitu......

jujur, satu benda yg ana terfikir.....masa ana mengajar di sekolah selama lebih kurg 7 bulan, bila tanya tentang kesalahan (sapa yg tak solat) terus sahaja mjawab...walaupun hakikatnya, mereka tahu, mereka pasti akan didenda tetapi, itulah keajaiban ciptaan Allah ini....

menjawab dengan begitu jujur sekali...terlintas kekaguman ana pada diri mereka..


bila suruh tanya soalan pulak, bermacam2 la soalan yang di utarakan..dan soalan pun kadang2 ntah apa2....tapi kadang2 tu mencabar la jugak....

hurmmm....
itulah perihal kanak2...sifat2 yg begitu sewajarnya tak hilang...bukan sifat keanak2kan yg ana maksudkan tetapi, kejujuran, keikhlasan dan ketulusan hati seperti seorang insan yng berstatus KANAK2.....

so...renung2 lah....

innallaha ma'ana

luahan seorang sahabat...

Mestinya engkau bersabar
Atas sesuatu kehilangan
Tidak perlulah engkau bersedih,
Jika dunia menawarkan gemerlapannya,
Maka sabar terhadapnya
Adalah alamat kebaikan dan warak,
Patahkan nafsumu selalu,
Akan kau dapat apa yang kau inginkan....

Sahabat...

'indahnya saat Allah menganugerahkan kita ujian. Deraian kasih sayangNYA menyelinap ke seluruh jiwa. Air mata seakan redha menuruni pipi,bukan lagi kerana sedih atau putus asa tapi, bhagia kerana masih dalam pemerhatianNYA.

SubhanaAllah.....
indahnya bila meluahkan segalanya padaNYA..terasa hilang hiba,terusir beban di bahu..Ingatlah wahai sahabat2 apa jua yang kita tempuhi,Allah lah sebaik2 tempat memohon ..."
'keramatnya ukhwah melangkaui hubungan darah,
kasih sayang krn Allah,
tonggak kekuatan dalam jemaah,
digubah dengan acuan aqidah,
x seorang dibiar gundah,
andai ditakdir rebah,
seribu membahu gagah,
moga hati kita tabah,
menempuh segala mehnah...
inagtlah shbt sahabiah,
jangan terlalu mengharap orang yang memberi tetapi lihatlah dan muhasabah semula apa yang kita telah beri untk Islam,ayuh pejuang sekalian,jadikan membaca buku2 haraqi mahupun yang lain sebagai hobi..penuhkan dirimu dengan ilmu kurniaan Ilahi..

ciplak dr-hambaNYA yang naif..ainie shuhaimi-

MUHASABAH CINTA

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat UJIAN dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan...
Baruku sedar...
Indah ni'mat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta yang terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Teringat semua yg kau
Beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi
Muhasabah cintaku

Tuhan
KUATKAN aku
Lindungi dari putus asa
Jika kuharus mati
Pertemukan aku denganMu

Sunday, March 15, 2009

sabar itu indah...susah itu tarbiyyah

"Ujian adalah tarbiyyah dari Allah...
Apakah kita 'kan sabar...
Ataupun sebaliknya..."


Manusia yang normal, setiap hari tak lari dari masalah, tak lepas dari tekanan. Sebagai seorang Muslim, sudah tentu kita kena ikut hukum alam, ikut sunnatullah. Kalau hidup tanpa dugaan dan cabaran, tak normal la pula.


Cuma,


adakalanya kita rasa kuat, dan adakalanya kita rasa lemah. Mungkin sebab hati kita tidak cukup kental sewaktu ditimpa musibah. Mungkin sebab jiwa kita lesu ketika masalah bertandang. Mungkin sebab iman kita rapuh saat dilanda ujian. Mungkin sebab hati gelap diselaputi dosa, kita tidak mampu melihat dan berfikir hikmah di sebalik apa yang berlaku.


“Apa dosa aku?” Pernah dengar ayat macam ni? Seolah-olah kita ni maksum sangat, macam tak ada dosa pula. Padahal setiap hari pun tak lepas dari dosa. Anggaplah musibah yang kita hadapi sebagai kaffarah dan penghapus dosa-dosa kita. Tak rugi pun.


Saya pernah terbaca dalam sebuah artikel, suatu ketika Saidina Umar bin al-Khattab, pernah berputus asa ketika kemenangan Islam tidak muncul. Pada hal di sisi beliau ada Rasulullah SAW. Perasaan putus asa Umar ini jauh lebih bernilai daripada rasa putus asa kita yang kehilangan harta, material, dunia, dan keluarga.


Perasaan putus asa Umar adalah mewakili Islam dan kesetiaannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Manakala perasaan putus asa kita mewakili kepentingan dan ego dalam diri sendiri.


Umar meratap sedih:

Wahai Rasulullah bukankah kamu utusan Allah? Bukankah Agama ini benar? Rasulullah menguatkan semangat sahabatnya: Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah dan sudah tentu Dia tidak akan membinasakan diriku.

(Sirah Nabawiyah oleh Dr Mustafa al-Sibaie)


Kata-kata keramat Baginda ini sudah selayaknya menghiasi hati orang mukmin yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan :


Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan, ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya.


Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud:

Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karat dan tinggal yang baiknya saja.


Beliau juga meminjam kata-kata seorang ulama:

Setiap kali aku ditimpa ujian duniawi, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan.

Yang pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku.

Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu.

Yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT kerananya.”


Betapa indahnya ungkapan semangat yang mencerminkan kekerasan hati orang beriman. Seperti mana kata-kata Saidina Urwah bin al-Zubair saat menghadapi sakit sehingga anggota badannya diamputasi dan kematian anak lelakinya:


Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan.


Cukuplah kata-kata ini menjadi penguat semangat kita. Saya selalu pujuk diri untuk bersabar, walaupun saat saya merasa lemah dan tidak mampu, saya cuba cari kekuatan. Tidak selayaknya kita mengeluh dengan ujian yang tidak seberapa, jika hendak dibandingkan dengan penderitaan saudara seislam yang lain, dan sahabat-sahabat di zaman Rasulullah s.a.w.

~peringatan buat diriku…



"Apabila hati sedih dengan ujian kehidupan yang melelahkan jiwa, alirkanlah air matamu wahai jiwa.. Tumpahlah ke tikar solatmu.. Sesungguhnya Allah mendengar tangisanmu yang memohon kasih-Nya..."

begitu kehendakNYA


Duhai diri
kenapa?
kau mengeluh kepenatan,
kau muram kekecewaan
kau murung kesedihan
kau resah kebimbangan
hanya kerana
mereka tidak datang
bila kau ajak pada kebenaran

wahai diriku
bukan niatku melontarkan hamunku
cume teguran setulus salju
tak seharusnya kau begitu!
kufahami impianmu....
namun...realitinya memang tidak seindah yg dimahu
lantaran jalan ini terlampau berliku
perlukan kesabaran dan keteguhan jitu
kau harus hayati hakikat itu!!!

ingatilah peribadi pejuang sejati
baginda tabah meniti hari
bermula dari seorang diri
menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi
bukannya baginda tidak berani
namun...
itulah tertib wahyu..strategi rabbi
ucapannya bukan dari nafsu
melainkan wahyu suci
ucapannya hikmah dari kalbu bak embun pagi
disambut oleh hati yang bersih
dan jiwa yg fitri
fikrah dijernihkan, akal didekati
ajarannya menyentuh sanubari
juga dengan hujah dan keterangan hakiki
dgn hikmah dan pengajaran penuh seni
bila mana ada perdebatan dirungkaikan hati-hati
bila mana dizalimi
dilontarkan doa kasih nan sejati

suburkan berbaik sangka
agar hatimu tenang
barulah makin KUAT jadinya
bukan dirundung KELEMAHAN

perbaharuilah iman
saban ketika
ingati JANJINYA
keredhaan dan syurga

sedari sunnah perjuangan
dipenuhi derita
dihujani kepayahan
untuk kau tempuhinya
dengan ketabahan

JADILAH ORG YG MENANG!!!!!

aku hanya merancang
Allah jua yg menentukan
Kupasrah pada ujian
biarpon dtg menghujan
hikmah seiringan
untuk kufikirkan

biar segetir mana ujian melanda
baik berjaya atau kecewa
baik suka atau terluka
kerana memang
BEGITU KEHENDAKNYA

Kuyakini itulah yg terbaik dariNya
buatku seorang hamba
hanya Dia
mengetahui segalanya

tidak mahu kuakui tewas
biar menggunung

BADAI

menghempas,
tidak mahu ku terus menangis
lantaran pujukanMu cukup manis,

'jgnlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org yg beriman' ( ali Imran : 139)

dipetik dr novel 'tautan hati'

Saturday, March 14, 2009

1 pengalaman

14 hb....
ana ada attend 1 seminar...dah lama impikan nak p seminar tu...waktu di sekolah menengah lagi, dan Allah maqbulkan hari ni...ana syukur sangat2 dpt hadir...

ana juz nk kongsi sdkit ape yg ana dpt...supaya shbt2 semua dpt manfaat bersama...

Al-Quran...selalu kita sebut2, tapi betol ke kita sayang Al-Quran? hmmm...selalunya kalau kita sayang kat somthing tu ape kite buat? fikir la snd ek? dah ada le tu jwpnnye kan?kan?kan?

kita taaruf sket ngan Al-Quran nih..jom...

Nama : Al Quranul Karim
Bil ayat : 6236 ayat
tempoh turun : 22 tahun 2 bulan dan 22 hari (ajaib kan)
ayat 1 turun : Iqra' (17 Ramadhan)
ayat akhir turun : al baqarah 281
jumlah juzu' : 30 juzu'
jumlah surah : 114 surah
surah terpanjang : Al Baqarah (286 ayat)
surah terpendek : Al kauthar (3 ayat)-----ni la yg selalu d bc dl solat kan?haa...betol la tuuu..

keajaiban Al-Quran

1) kitab yang palin ramai dibaca dan dihafaz oleh manusia...
2) kitab yg paling banyak dikaji oleh manusia
3)kitab yg mmpunyai daya tarikan yg luar biasa

surah hijr : 9
'ssnguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan pasti Kami pula yang memlihranya'

surah al-isra' :88
'katakanlah, ssghnya jika manusia dan jin berkumpul untk membuat yg serupa (dgn) Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yg serupa dengannya, sekalipon mereka saling bantu membantu satu sama lain'

TAHUKAH ANDA ...Al-Quran ni sangat unic?eh...UNIK?
ok,meh nk kongsi kit.....
1) perkataan dunia & akhirat diulangi sama banyak :115 kali
2) perkataan solihat & sayyi'at (baik & buruk), diulang sama banyak iaitu : 168 kali
3) perkataan syaitan & Malaikat diulangi sama banyak iaitu 88 kali
4) perkataan kufr & iman diulangi sama banyak iaitu : 17 kali
5) perkataan Mauta & Hayaat (hidup dan mati) diulangi sama banyak iaitu 145 kali setiap satu.
6) perkataan sab'a samaawaat (7 lapis langit) diulang 7kali
7) perkataan faedah & kerugian diulang sama banyak : 50 kali
8) hari (YAUM) diulang sebanyak 365 kali (sama jumlahnya dgn jumlah hari dalam setahun)
9) perkataan hari-hari (AYYAAM) diulang sebnayk 30 kali ( sama jumlahnya dengan 30 hari sebulan)
10) perkataan bulan (Syahr) diulangi secara tepat sebanyak 12kali (sama dengan 12 bulan setahun)
11) perkataan Bahrun (lautan) diulang 3kali ganda lebih banyak dr perkataan Barrun (daratan)

hmmm...ajaib kan???dh tau ni...gtw la org2 len jgk noh..moga tersebar ilmu2 ni...

dan dalm AQ, semua ada...semua tentang kehidupan kita boleh tau...mcm novel....mungkin ada beberapa watak je..tp Quran....semua ada...cume kita x pernah nk kaji...xpernah nk syang Quran mcm kita syg buku kita....Quran jarang bukak...novel bleh pulak...smp xleh tinggal lagi kalu dh start bace....hmmm...(terasa la jugak)...huuu

Dan ...

Allah pernah suh kita kaji hakikat burung, hakikat semut, lebah, labah2...dan mcm2...semua tu ada sb....ada sesuatu yg tersembunyi....tapi skrg ni bukan org islam yg kaji bnda tu....hmmm..sedih je rasneye...

hakikat burung....

pernah x kita tgk burung tgh terbanng ramai2? cantik kan? macam tau2 je...sign board pon xde ...tp bol;eh plak dia tuju ke destinasi...kagum kan? lagi 1....xde plak diorg terbelanggar sesama sendiri... ada ke? tb2 burung kat depan break emergency...pastu yg kat blakang x leh kontrol..n yg ramai2 langgar masing2...xde kan? haaa...tu la yg allah nk ckp 'sesuatu tu'....lagi 1, camne burung yg jadi pemandu arah kat dpn tu berinteraksi dgn shbtnye yg jauuuuuuh kat belakang? ada walki talkie kerrrr???enset???xde kan? makne nyer diorg tu jauh lg bijak dr kita le....kita ni ...enset xde kredit pon dh maslh....low bateri pulak..lagi la pening..tmbh2 tgh sesat kat highway...sadis jugak citernye...(so, nmpk burung tu, panggil2 ler...boleh la ikot diorg skali...blajor...huuu)

hakikatnya....itulah fitrah njye...sape yg kontrol burung tu???itulah dia Penguasa alam ini...Dia berkuasa terhadap semua makhluk...

dan perkara yg paling ana terkesan...

cerita Nabi Musa sewaktu 'ditaqdirkan' bertemu Allah di atas gunung sinai...gara2 dia dan isterinya ( isterinya adalah anak nabi syuaib....ooo, yer ke? br tau hari ni....)..ops smbung balik..

gara2 dia dan isterinye tiada cahaya untuk melihat...maksudnye masa tu dh malam...xde lampu..kambing2 nye plak wat hal...jd dia kn ikhtiar cr ape2 yg boleh membuatkan mereka melihat...

tb2...

dia nampak ada pancaran api di atas puncak bukit...jd...dia gtw isteri dia ....'tg kat sini tau, nk p naik atas sat...nmpak mcm ada sesuatu, mungkin boleh membantu...'..(tu ayat yg dh d versikan ke penang...heeee)...

jd dia pon naik la atas....haaa....dah tau dia nampak ape?

Allah telah menemui Nabi Musa di atas gunung sinai tu....dan nabi sangat2 dibuai keindahan bersama Allah mase tu...sehingga dia lupe semua nye...dia lupe kat kambing dia...dia lupe kat isteri dia...dia lupa apa tujuan dia naik ke bukit tu..(eh, tersebut kambing dulu pulak...xpe je...kan???)

lps tu...
Allah sapa Nabi Musa...' wahai Musa...ape yg engkau pegang di tangan kananmu tu?'

dan masa tu la Nabi musa tersedar akan hajatnye tg sebenar..menaiki bukit untuk mencari api...

persoalannya....

knp Allah perlu ty nabi Musa ape yg dia bawak kt tgn kananya masa tu? xkan Allah xleh tengok kot....haaa....ni la...yg Allah nk ajar kite...Allah nk sedarkan kita bahawa...di dlm setaip..eh silap eja..di dlm SETIAP hal perlunya keseimbangan....ROHANI kn jga ...JASMANI pon same....DUNIA ada..AKHIRAT jgn lupe...MKN boleh..tp jgn lupe BERENTI SOLAT...dn mcm2 la....jgn disisihkan ape yg Allah kurniakan...gunakan sebaik mungkin...seimbangkan...

dan ana 'kod' kate2 penceramah...'kalu nk jd diri yg seimbang....AKRABLAH dgn AL QURAN...

sabda Rasulullah...'bacalah Al-Quran, krn ia akan berperanan sbg syafaat kpdmu pd hari kiamat nanti....'

satu formula untuk berjaya....nk tau x?....
dlm banyak2 ayat Quran tu, kita amek 1, 2 atau 3 ayat (xkesahla). amek dan buat seolah2 ayat tu ditujukan pd kita......mcm kite punyer couple bg surat la...(eh...kite punye couple plak...x sesuai plak gune ayat tu...huuu) jd, hayati elok2 potongan ayat yg kita amek tu...renung dlm2 dan ingatilah ia....jdkan sbg pernagsang kite...insya'allah....

dan skrg ni Al-Quran dah jd pelik dh bg kiter...sb ape tau? sbbnyer....kita hanya gune Quran bile...
1) musabaqah......
2) hiasan dinding (ala2 surah tu utk jin n syaitan je....patotla tuan umah x insaf2..rupenyer bg surah tu kat jin n syaitan....hmmm)
3) waktu kematian...(sedih kan? kat dunia x pernah bc Quran, tp dh mati...org yg baca kan Quran tu...)

surah al-fathir :32
' kmdn, kitab itu kami wariskan kpd org2 yg KAMI PILIH ANTAR HAMBA2 KAMI..lalu DIANTARA MEREKA, ada yg menzalimi diri sendiri, ada yg pertengahan dan ada (pula) yg lebih dahulu berbuat kebaikan dgn izin Allah, yg demikian itu adalah kurnia yg besar'

ok...utk perkongsian kali ni stakat ni dulu...sb ana dh kena balik ke pangkuan kelurga dh ni...sat lagi tercari2 pulak diorg...kat men shbt diorg yg sor tu...laaa...rupenye tgh edit blog...huuu

Fathus Sodr(buka pintu hati) ...Fathus Sabr (buka pintu sabar)

fathus sodr

surah yusof :53

'dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Penyayang'


surah yunus :57

'wahai manusia, sungguh telah datang kepadamu pelajaran ( Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bg penyakit yg ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman'


Fathus sabr

surah al-ankabut :69

'dan org2 yg berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sungguh Allah beserta org yg berbuat baik'



Redha...(inteam)

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbanag ambing mengenal diri
Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna dosa dan pahala

Dgn kehendaknya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukanku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah maha mengetahui
Yg ada di hati
Biar Dia yg menentukannya..
Oooooo

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia terima
Yg tertulis dalam kehendakNya

Wednesday, March 11, 2009

MEraWaT SuaMi BISU....

“Yang itu mesti husband and wife,” saya mengusik Ummu Saif.

“Mana abang tahu?” isteri saya berhenti menjamah sup cendawan tengah hari itu. Melihat ke arah pasangan di sudut restoran.

Seorang baca surat khabar, seorang baca majalah. Apa faedahnya keluar bersama jika hanya mahu membaca bersama, kecuali semata-mata kerana mereka masih suami isteri?” saya cuba berteori.

Kami bukanlah sengaja mahu menyibuk tentang urusan orang lain. Tetapi melihat pasangan suami isteri yang sepi, sunyi, tiada suara dan tiada bicara, amat menghiris rasa. Malah mengheret ingatan kepada beberapa ketika dalam rumahtangga kami sendiri tatkala sindrom sepi dan diam ini melanda. Melakukan muhasabah ke atas diri sendiri, berkongsi kisah dengan kenalan dan membaca coretan di sana sini tentang tabiat para suami mendiamkan diri, atau lebih tepat, membatukan diri… membawa saya kepada beberapa titik renungan untuk difikirkan bersama.

“Abang, Ani tanya abang ni. Kenapa abang selalu balik lambat?” tanya seorang isteri kepada si suami.

Sepi.

Tangannya ligat mencabut tali leher, peluh di dahi dikeringkan sahaja dengan satu kesatan di lengan. Namun mulutnya terus terkunci. Tidak bersuara.

“Abang dengar ke Ani tanya ni?” tanya si isteri lagi.
“Kalau Ani ada buat salah, cakaplah bang. Macam mana Ani nak tahu apa masalah abang, kalau abang diam macam ini?” beliau semakin hilang sabar dengar kerenah si suami.


Lelaki yang dahulunya romantik, menghantar 30 sms sehari di era bulan madu mereka, dan sering mengucapkan perkataan sayang, kini membatu. Sepi. Tidak bersuara, tidak berbunyi.

Namun, seorang suami yang mendiamkan diri itu hakikatnya bukanlah tidak bercakap. Telinganya jauh sekali daripada pekak dan tidak mendengar soalan bertubi-tubi yang diajukan si isteri. Setiap soalan itu dijawab oleh sang suami dengan panjang lagi berjela. Namun semuanya dijawab tanpa suara. Hanya sebuah monolog di dalam hati. Apa yang terlontar hanyalah sebuah kesepian yang membunuh perasaan isteri.

Diam itu emas…

Tetapi emas yang ini tiada indahnya, malah beracun memusnahkan rumahtangga.
Saya juga seorang suami. Ada masanya mendiamkan diri itu sangat memberikan keselesaan. Bukan sahaja untuk diri, malah dirasakan diam itu adalah pilihan terbaik untuk reaksi kepada keadaan-keadaan tertentu. Tetapi saya cepat disedarkan oleh isteri bahawa diam itu menyulitkan penyelesaian. Ia misteri yang membinasakan.


Kali ini, dengan jiwa empati saya mengajak para isteri untuk meneliti rentetan-rentetan peristiwa yang menjadi punca para suami hilang bicara. Para isteri boleh bersikap defensif dan menafikan faktor-faktor ini, tetapi keengganan memprosesnyai, hanya akan menambahkan sakit hati mereka sebagai isteri, melihat suami terus diam sepi seribu bahasa.

AKUMULATIF
Jarang sekali suami tiba-tiba menjadi pendiam.
Bersuamikan seorang lelaki pendiam yang begitu semenjak di hari menyatakan persetujuan menerimanya sebagai suami, sang isteri tidak harus buat-buat terkejut. Diamnya mungkin petanda beliau masih lelaki yang sama seperti di hari pernikahan anda.

Tetapi kebimbangan kita adalah pada suami yang beransur-ansur menjadi pendiam. Kesan jangka panjang yang bersifat akumulatif. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, satu-satu lama-lama jadi bisu. Justeru, sebagaimana seorang suami yang bercakap beransur-ansur menjadi pendiam, maka usaha untuk mengembalikan percakapannya juga wajar dibuat secara berhemah, bagai menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus dan tepung tidak tumpah bertebaran.
Apakah ini kesudahan suamimu?


KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN
Sebuah perkahwinan, bermula dengan ikatan janji setia yang terbina di atas beberapa teras. Antara yang utamanya adalah soal KEPERCAYAAN. Mustahil untuk kita bayangkan sebuah rumahtangga yang dibina tanpa ada rasa percaya di antara suami dan isteri berkaitan ketelusan, kejujuran dan keikhlasan masing-masing.


Justeru, perbualan romantik dan indah antara suami dan isteri sentiasa seiringan dengan rasa percaya dan yakin di antara mereka berdua. Apabila seorang suami semakin merosot kualiti komunikasinya, ada kemungkinan ia berpunca daripada merosotnya keyakinan beliau terhadap sang isteri. Ia bukanlah berkaitan dengan krisis orang ketiga atau hal-hal luaran yang mencabar rumahtangga tersebut. Sebaliknya, suami semakin terjejas keyakinannya terhadap kemampuan isteri berdepan dengan realiti.

“Mampu dan tahankah isteriku untuk mengetahui apa sebenarnya yang terbuku di hati ini?” mungkin soalan sebegini bermain di benak fikiran suami, tatkala beliau diam membatu di hadapan isteri yang masih menyoal tanpa henti.

Bukan beliau tidak pernah bersuara dan menyatakan pendirian, tetapi reaksi isteri yang memedihkan ketika itu menyebabkan suami hilang kepercayaan. Tanda tanya ini sering timbul disebabkan oleh perbuatan isteri yang berulang kali tanpa sedar, merosakkan kepercayaan suami bahawa dia benar-benar terbuka dan sabar untuk menguruskan ‘isu sebenar’.

Cuba kenangkan kembali, pernahkah sang suami menegur anda atas beberapa perkara yang dirasakan tidak kena? Bagaimanakah reaksi anda ketika itu? Adakah anda menghargai teguran tersebut, memberikan tindak balas yang baik, atau anda menyambut teguran itu dengan memuncung sepanjang hari, mengangkat punggung melarikan diri, atau membalas teguran dengan jawapan alasan yang bertubi-tubi?

Suami yang tidak pelupa itu, berkemungkinan besar masih ingat akan kejadian-kejadian tersebut. Bahawa biar pun sang isteri meminta-minta luahan isi sebenar sang suami, hakikatnya si isteri bukanlah kuat benar untuk mendengar ‘kisah benar’ yang diminta. Justeru sifat ’sabar’ luar biasa kaum lelaki, ditelannya sahaja pandangan diri yang sering diperlekeh sebelum ini untuk dibawa ke kubur nanti. Dan kesan sampingannya, si suami semakin mengeras jadi batu.

“Lebih baik dia tidak tahu apa sebenarnya pandanganku tentang rumahtangga ini kerana aku boleh hidup dengannya. Sabarku boleh sampai ke mati. Tetapi aku mungkin tidak mampu lagi sabar andai dirinya membesar-besarkan masalah ini. Perasaanku tidak penting. Apa yang penting adalah keselamatan rumahtangga!” hati suami berkata-kata dengan panjang lebar, tanpa suara.

Oleh itu, seorang isteri yang mahu mengubah sifat pendiam suami perlu berusaha meyakinkan dirinya semula. Bahawa tatkala si isteri meminta suaminya berkata-kata, ia bukanlah permintaan ‘mengada-ngada’, sebaliknya si isteri memang bersedia untuk duduk bersemuka dan berbicara. Kembalikanlah kepercayaan suami dengan beberapa pendekatan berikut:

HAPUSKAN TEKANAN
Mengajak kepada perbincangan dalam suasana yang penuh tekanan bukanlah tindakan yang bijak. Malah suami mungkin bertindak bijak mendiamkan diri, tatkala isteri menembak peluru taburnya kepada suami ketika kaki baru sebelah melangkah masuk ke rumah sekembalinya dari pejabat.


Sabarkan diri. Beri masa kepada suami untuk bertenang. Malah lebih baik jika anda usahakan appointment dengan memberitahu suami bahawa anda ingin mengajaknya minum hot chocolate selepas anak-anak tidur, untuk berbual-bual tentang hal ehwal anda berdua.

Gurau senda juga amat berkesan untuk mencairkan kebekuan seorang suami. Bilakah kali terakhir anda mempamerkan sense of humor kepada suami? Atau dialog yang keluar dari mulut anda semuanya bersifat masalah, permintaan, arahan, tekanan, teguran dan segala macam benda yang serius lagi menambah tekanan.

Berguraulah dengan suami.

Jika tiada lawak baru, ungkit sahaja lawak-lawak lama yang pernah menyebabkan anda berdua ketawa terkekek-kekek suatu ketika dahulu. Jarang seorang lelaki immune terhadap lawak jenaka. Malah mungkin ketiadaan unsur inilah yang menjadi sebab utama mengapa suami ceria dan ketawa berdekah-dekah semasa minum petang dengan kawan-kawannya, tetapi sepi tanpa bicara tatkala duduk di sisi isteri yang dicintainya.

IKTIRAF KESILAPAN
Tidak rugi bagi seorang isteri untuk merendahkan diri mengiktiraf beberapa kesilapannya yang lalu. Menyatakan kekesalannya membentak teguran suami pada suatu ketika dahulu. Yakinkan suami bahawa anda bukan lagi isteri yang ‘cepat melatah’, melenting dan mengamuk semasa suami bersuara pada suatu ketika dahulu.


Sikap isteri yang membantah pandangan suami sedemikian rupa mungkin telah membina satu persepsi di minda suami bahawa isterinya adalah seorang wanita yang ego. Buktikan kesalahan persepsi itu, bahawa anda adalah isteri yang masih duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama suami di sisi.

Mungkin bukan salah anda, tetapi demi mencungkil suara suami yang bagai disumpah sang gelembai itu, rendahkanlah dirimu. Anda boleh terus defensif, namun harganya ialah bersuamikan lelaki bisu.

BANTUAN ORANG TENGAH
Jika sms dan email anda tidak berhasil, bicara dengan suara bernada rendah tidak berjaya, mungkin bantuan orang tengah boleh membantu. Apakah anda mahu meminta bantuan best friend anda atau best friend suami?


Secara logiknya, usaha menggunakan orang tengah ini akan lebih berpotensi untuk berhasil jika anda cuba meminta bantuan orang kepercayaan suami. Berhubung dan bincanglah dengannya sebaik mungkin. Anda mungkin juga terpaksa berjuang untuk membina kepercayaan di antara anda dengan teman akrab sang suami kerana ada kebarangkalian dia itu juga dari spesis yang sama dengan suami anda sendiri. Namun tanpa tekanan dan gangguan-gangguan kesilapan lalu, usaha untuk berkomunikasi dengan sahabat suami jauh lebih mudah berbanding usaha untuk berkomunikasi dengan suami sendiri.

Jika anda bernasib baik, beliau mungkin akan berkongsi dengan anda isi-isi hati suami tatkala beliau bercakap tanpa suara semasa di hadapan anda. Dia tidak meluahkannya kepada anda, tetapi kepada teman karibnya. Anda berhak untuk berkecil hati, tetapi abaikanlah perasaan itu. Sebaliknya rancangan strategi yang sesuai dengan ‘pendedahan’ yang telah anda perolehi daripada sahabatnya itu tadi.

Anda boleh jadikan pendedahan itu sebagai alat untuk memusnahkan terus rumahtangga, atau anda juga boleh menjadikannya sebagai alat penyelamat. Terpulang…
Apa yang pasti, hanyalah satu.


Perempuan sering tidak rasional semasa membuat bising, lelaki pula sering tidak rasional semasa mendiamkan diri.

Belajarlah untuk mengurangkan kebisingan, wahai sang isteri. Belajarlah untuk bersuara, wahai sang suami.

sumber : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Tuesday, March 10, 2009

ujian adalah TARBIYYAH

Kesenangan yang datang,
Tak akan selamanya,
Begitulah selepas susah ada kesenangan,
Seperti selepas malam datangnya siang,
Oleh itu waktu senang jangan lupo daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
Sebelum segalanya TERLEPAS DARI GENGGAMAN,
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
Tiada guna SESALAN HANYA MENEKAN JIWA...

Jangan difikir DERITA AKAN BERPANJANGAN
Kelak akan membawa PUTUS ASA PADA TUHAN
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali..

UJIAN adalah TARBIYYAH DARI ALLAH,
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
KESENANGAN yang datang selepas KESUSAHAN
Semuanya adalah NIKMAT dari TUHAN..........
-The zikr-


"Ya Allah, istiqomahkan diri hambaMu ini dalam mencari keredhaan Mu di samping sentiasa berusaha menambahkan iman di dalam diri YANG KDG2 ALPA INI.
Ya Allah, ya Rabbi, jgn Kau biarkan diri hambamu ini bergantung tak bertali,tersesat dalam dunia yang penuh dugaan ini, tiada lain yang lebih UTAMA dalam diriku melainkan hanya mendambakan CINTAMU YANG MAHA AGUNG.
Ya Allah, bantulah hambaMu yang dhoif ini.Semoga KEMATIANKU dapat menemukan cita-cita dan cintaku padaMU. AMIN..."

kesatuan.....

di antara 2 kasih
di makamnya yg berbeza
mudah dijumpa
namun sukar untuk dipelihara
lahir dr ketulusan jiwa
bersuluhkan iman
namun...nafsu menodainya

antara persahabatan dan perjuangan
antara kebenaran dan kebatilan
antara nafsu dan iman
antar pemikiran dan kesatuan

sahabat datang dan pergi
sahabat dijumpa dan dilupa
sahabat sejati sukar ditemui
persahabatan terjalin hanya keranaNya

setiap insan ada kekurangan
setiap org ada pandangan
setiap manusia ada perasaan
setiap hati menaruh harapan

namun...kemanakah tujuan
memenuhi kepuasan yg terpendam
terasa cukup bergerak sendirian
tidak belajar erti pengajaran

kisah Al Banna jd coretan untuk teladan
isti'jal dan terburu mengejar kemenangan
tanpa bersandar kpd pimpinan
tanpa ada sekelumit perbincangan


senyum seindah suria

10 mac....hari ni balik dr Shah Alam....naik bas....kol 11 naik bas...agak2 kol 4 la smp penang nih....waaaaa....

dah balik ni kena masuk ofis terus pulak....huuuu...tapi...xpe la..tu lah amanah yg ana kn tunaikan...dan ana rase ana dh buat sesuatu yg ana rase betol...moga Allah redhai ape yg ana buat....

jumpa shbt2 di Shah Alam...seronok sgt jmp shbt2...seronok sgttttttttttt....thanks all my frens....i hope u all istiqomah dlm perjuangan...walaupon tanpa ana disane..hiiii

ana doakan semua shbt ana dilindungi Allah sentiasa....

innallaha ma'ana

maafkan diri ini...
jika ada perasaan yg terguris saat ini...
kerana ana x mampu mengubah ape2
sekdar mampu melihat
sekadar itu sahaja...

Monday, March 9, 2009

ku mencari kekuatan yg semakin pudar......

kekuatan....dimanakah dirimu...

dalam kabur ku mencari2 cahayanya..
aku tersedar sendiri...
adakah aku mampu menemuinya lagi?

ku tersenyum
ku mengerti
bahawa
tiada yg lebih membahagiakan
selain melihat shbt2
mengukir senyuman
tanda bahagianya hati
ku juga
pantas
mengukirnya
tanpa disedari

ku bisikkan dlm hati.......senyumlah hati.....barangkali dengan senyumanmu mampu membahagiakan....hmmm....ana pon senyum....hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (ni bkn senyum kot, mengilai...cam hantu ja...huuu)

insya'allah
moga dibekali hati ini dengan keindahan akhlak dna kekuatan iman, dlm menyusuri liku yg penuh mehnah dn tribulsi....

Ya Allah...pimpinlah kami ke jalan redhaMu...amin

kesilapan....muhasabah

bismillahirrahmanirrahim.....

Ini adalah catatan hati....ditulis drpd hati menggunakan bahasanya. sebelum ia mengetuk minda, biarlah ia berteleku di jiwa dahulu. agar tenangnya bersimpuh dan damainya melingkar.

kala ini, dengan puntung jemari, ana menaip sesuatu untuk tatapan minda. Benar..malam sudah larut amat, subuh jugak dlm perjalanan. pantas, ana mengambil masa yg panjang mencatatkan sesuatu. ana harap ianya menjadi 'sesuatu' yg berguna untuk semua..

benar!!!! kita bukan Nabi ataupon Rasul, kita semestinya tidak maksum. kita tidak sunyi dr kekurangan dan kesilapan. setiap perkataan juga mungkin ada yg silap. ampun maaf ana pinta jika ia melukakan...tapi, ana cuba sedayanya untuk menulis yg baik.

bukan niat utk mendera hati sesiapa...jauh sekali utk melukakan. tetapi sekadar untuk berkongsi apa yg baik. lantaran hati kita yg hakikatnye serupa, dikelar akan terluka, jika diguris tercalar juga ia. ana juga manusia...ana juga punya nyawa, akan mati juga suatu masa dan jika dosa yg ana bawa pergi, bukankah malangnya nasib ana disana nanti? ampunkan aku Ya Allah...mog Allah mengampuni kita semua.

tentunya kita sedar, bahawasanya kita semua ada permulaan masing2. kita semua dilahirkan dlm keadaan kita tidak mengenala ape2 pon, langsung tada daya dan sekadar lemah yg menemani. Alam yg menyambut kita pantas mengatakan.....
' jika mahu hidup diatasku, kamu harus bersabar. jika mahu raih impian yg sederhana, kamu tidak perlu berbuat banyak. jika kamu mahu mencapai impian yg besar, kamu harus menjadi luar biasa dan berbeza'.

bererti.....
hidup manusia berbeza2 dgn kadar ujian. jika berat teknan, dia akan menjadi lebih berkualiti. itulah sunnah kehidupan.

lalu....
diperuntukkan waktu utk kita mengejar 'mimp'. jika kita mahu mengejar sesuatu yg besar. kita akan diberi ujian. ketika itu, jiwa diusik, hati ditekan, fikiran dihentak, perasaan akan memberontak..

itulah proses, untuk meraih kebijaksanaan, kematangan dan ketabahan. ia akan memakan waktu utk merasai hasilnya. lama atau sebentar bergantung kpd ' cara' dan 'persepsi' yg mampu menyelamatkannya drpd huru hara itu.

slps itu..
kita akan lahir sbg 1 manusia baru yg memiliki 1 nilai yg baru...pilihannya ada ditangan kita bagaiman utk memilih 'cara' dan 'persepsi' dlm setiap proses.

begitu juga dlm soal membentuk kemahiran. jika mahu memahirkan diri dlm bidang yg besar, prosesnya sama. dari kecil hingga besar...dr awal hingga akhir...dia harus melalui proses itu. ia persis sebuah pertarungan, ia berlangsung sehingga diri sendiri memilih untuk 'berhenti', berundur' dan 'tewas' di dlm proses itu. atau dia memilih 'tahan' , 'mara' dan 'menang'.! atau paling tidak, dia boleh memilih 'berhenti' dan 'bertahan'. bereti pilihan di tangan kita untuk berada di takat mana.

begitu juga ana.....seharusnya ana tidak lemah dengan hanya 1 ujian yg dtg..kerana ana sendiri mahu mengambil sikap 'tahan', 'mara' dan 'menang'. tambahan pula, hidup ana dan hidup kita semua masih ada sambungan. ana akan cuba mencapai impian hidup selagi keadaan mengizinkan...selagi nyawa tidak bercerai....bagaimana kisah hidup akan berakhir???

manusia yg tak pernah gagal? manusia mana yg tak pernah kecewa?manusia mana yg tak ada pasang surutnya? kita bukan malaikat bersayap seribu..kita buka pari2 yg wujud dl mitos dan dongeng..jika ada manusia hari ini yg mendabik dada mengatakan dia manusia sempurna, maka ana sendiri berani katakan bahawa, itulah hanya pembohongan semata...

hidup seringkali berputar,dr bawah keatas dan dari atas kebawah..gelap juga ada waktu cerahnya dan cerah akan ada waktu mendungnya. perubahan akan berlaku. cuma soalnya adalah waktu.

oleh itu, ana ingatkan diri ana sendiri dan shbt2 semua...bahawa berhati0hatilah dlm bicara.

org yg tidak diuji, tidak akan tahu tinggi rendah langit di atasnya. org yg hidup dlm kemewahan akan mudah tenggelam , tambahan pula jika kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwanya..mana mungkindia tahu nilainya sesuap nasi?

oleh itu...bilamana Allah berikan ujian, bererti allah mahu mengajarkan sesuatu. bila adanya gelap, erti sebatang lilin jadi berharga. siapakah yg mampu memberi nilai rasa selain Allah? syukurlah pd Allah tatkala dirimu dianugerahkan ujian...

oleh itu...
kita hidup untuk melihat dan menilai. biar yg buruk jadikan sempadan dan yg baik jadikan teladan. tugas kita berbincang dan mengajak kpd kebaikan, tetapi bukan tugas kita menghukum dan melabelkan org.kita bukan tuhan, tidak layak untuk menghukum sesama umat.

sebaik manapon kita, jangan lupa bahawa Nabi sangat sayangkan umatnya sekalipon ramai lagi umatnya yg masih lupa dan lalai.

p/s: ciplak dari.....novel warkah cinta berbau syurga....
__________________________

tatkala telah tersilap, jangan diteruskan kesilapan itu....kerana kemungkinannya kita akan terjelepok lagi....anadai kita mampu bangun sekarang, namun pastikah kita mampu kembali berdiri di kali keduanya?

jadi...berhati2 sebelum melangkah, berfikir sebelum berkata2....kerana mungkin melalui kata2 kita diuji.

Friday, March 6, 2009

ceria...sayu...atau....

hari ini.....datang kerja. boss xde hari ni...tapi banayk sangat keje kena buat.....tapi seronok banyak keje ni...sb kita akan lupe semua masalah kita....so....lepas ni....pakat2 lah cari keje...noh?

hmmm....

hari ni ana pon xtau...perasaan camne yg sepatutnye ana letakkan dlm diri...di perjalanan itu...ana sedaya mencuba supaya tiada perasaan yg terguris...

di sekeliling ana...hanyalah imej yg tidak bermakna ape2 kalau ana sendiri tidak menghargainya..siapa diri kita untuk menolak taqdir??

jadi...hargailah jalinan persahabatan yg terikat...namun...harus ada waspada dlm meniti jalan itu...kerana....kemalangan tidak memberitahu bila dia akan datang menemui....

dalam kita mengukir senyuman...kadang2 ada jiwa menangis...jadi..kenapa kita asyik berfikir tentang apa yang kita tiada.....sedangkan kita memiliki sesuatu yg org lain x pernah ada...

hmmm...

biaselah...kita kan manusia...

percaya x, kita mampu tersenyum tanpa kita sedar? try la buat....boleh kot....hiiii

lapar pulak...ingat2 balik..tengahari td x mkn....sbnye...ntah la...x de selera..heee...(padahal xde duit)...

setakat ni je la...hari pon dh gelap...ana nk balik ke pangkuan keluarga seperjuangan...diorg mesti bimbang ni...heee...perasan je ada org bimbang...

wassalam...
innallaha ma'ana
redhai apa yg terjadi
barangkali disane terselit sejuta hikmah

kita x mengerti knp itu terjadi...
yg pasti, kita x mampu untuk kembali
seperti mana yg kita pernah jadi sebelum ini
kerana, bila kita telah beralih hari...maka, kita sudah diberi pengetahuan oleh Allah....hargai pemberian Allah dengan penuh ucapan syukur...

ana rase macam ada yg x balik lagi tyme ni...
dah ...p balik....heeee....

wassalam....

Thursday, March 5, 2009

kehidupan ini



Sahabat yang di rahmati Allah,

sebagai seorang manusia jelas kita memiliki perbezaan dalam menjalankan kehidupan sehari-hari.

Kehidupan bukanlah sekadar sama sahaja,Kehidupan adalah kesempatan untuk kita mencurahkan potensi diri kita untuk orang lain,dan kehidupan ini sebenarnya adalah untuk menguji kesabaran dengan ujian dan dugaan dari Allah SWT.

Sahabat semua,

Jadilah kita seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa,seandainya darjat itu telah kita perolehi,maka dengan sendirinya hubungan kita dengan Allah juga hubungan kita sesama manusia membawa kita kejalan yang benar dan diredhai..insyaAllah.

"KEHIDUPAN adalah kesempatan untuk kita BELAJAR dan terus belajar tentang erti kehidupan,

KEHIDUPAN adalah kesempatan untuk kita selalu mengucap SYUKUR pada yang maha ESA"

"Belajarlah mengenali diri, carilah ilmu selagi kesmpatan masih ada.Cintailah ALLAH lebih dari yang kita sayangi kerana disitu tersembunyi erti cinta yang SEJATI dan HAKIKI"

Mengertilah wahai sahabat semua,
kehidupan yang sebenarnya hanya akan kita lalui setelah kematian menjemput kita dari dunia yang fana' ini,masih ada ruang dan waktu,untuk kita lakukan sesuatu,

percayalah..katakanlah..,
sesungguhnya ALLAH bersama hambanya dalam keadaan susah dan senang, dalam tawa dan duka, dalam derita dan bahagia.Buat akhirnya,CArilah bekalan untuk di akhirat sana.

wslm.

usah dihiraukan rajuk itu.....

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena.

Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah.

Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...


Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia.


Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa.


Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'.


Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .


Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...


"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya

Sembahlah Allah Yang Maha Esa

Tinggallah berhala yang tidak bernyawa

Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima

Nabi diejek dan Nabi dihina

Baginda tidak berputus asa

Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa

Umatnya masih menderhaka

Lalu dia pergi membawa hati

Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang

Membawa diri ke rantau orang

Malangnya laut bergelombang

Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan

Terjun ke laut penuh bergelora

Baginda ditelan ke perut Ikan Nun

Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah baginda akan silapnya

Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa

Menangislah Nabi penuh duka

Memohon Ampun dari Tuhannya"


Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…


Wahai Dai'e Rabbani......
cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi.


Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti.


Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56- 57)


Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:


"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa' :87)


Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi..


Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…


Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...