Saturday, March 27, 2010

CINTA: ia penyakit & ia penawar!

• macam mana nak rawat penyakit cinta??!! macam mana nak kuat menghadapi
cinta?”
• “gunakan CINTA untuk rawat penyakit CINTA..”


CINTA.....
Dia melindungi aku. Aku melindungi dia. Cukup. Noktah. Aku tidak mahu dia tersungkur rebah keranaku, dan aku tidak mahu terlalai kerana dia. Aku sepenuh hati mencintainya, maka aku ingin menjaganya. Menjaga agar dia tidak lari dari Pencipta Cinta. Dia mencintai aku sepenuhnya,maka aku dijaganya sepenuh hati agar tidak lari dari syariat. Maka, cukup! Cukuplah aku dan dia berkasih dalam doa. Cinta yang rahsia. Menggunung tinggi, tanpa sesiapa pun tahu. Namun Allah tahu. Lafaz yang tersimpan ini akan terluah setelah Allah mengizinkan. Kuasa Hebat yang menyatukan dua hati yang tidak tahu menahu ini. Kuasa Hebat yang telah menumbuhkan cinta itu. Ikatan dalam doa dan ikatan dalam akad.

Cinta yang seni.
Milik Pencipta yang dihadiahkan buat hamba-hambanya. Suci. Bersih. Kerja menyatukan itu urusanNya. Percaya pada ketentuan Ilahi, percaya pada ketetapanNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya, baik buruk sebab dan akibat. Cukuplah dengan keyakinan sepenuhnya pada Dia. Redha, bertawakal, berserah.

Cinta itu benar-benar menguji.
Cinta sebagai ujian; menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah, sejauh mana keyakinan kita pada Maha Kuasanya Allah yang mengatur segalanya, termasuk C-I-N-T-A! Topik perbualan tentunya jadi lebih menarik dengan adanya redha Allah. Ta’aruf akan jadi lebih mesra dengan keizinan Pencipta. Maka, aku memilih untuk mendidik hawa nafsu kerana aku ingin benar cinta itu. Berusaha mendidiknya agar tunduk pada Pencipta. Yang Maha Menciptakan; Dia Tuhan yang mencipta cinta itu!

Percaya bahawa S-A-B-A-R itu menjanjikan suatu yang lebih indah. Aku dambakan keindahan abadi daripada yang sementara. Hakikatnya yang sementara itu walau indah di mata namun langsung tidak bermakna! Mohon pertolongan dengan S-A-B-A-R dan S-O-L-A-T; tidaklah mudah melainkan hanya orang-orang yang khusyuk.

C-I-N-T-A itu saling menjaga.
Dia menjaga dirinya untukku kerana Allah, aku menjaga diriku untuknya kerana Allah. Bertanggungjawab memelihara diri kerana Allah. Menjaga maruah dan peribadi. Tutur kata dan pergaulan. Hati dan jasad. Memelihara diri sebaik mungkin,kerana makhluk yang bernama manusia dicipta sifat cemburu. Cemburu menghuni hati itu. Perasaan cemburu itu ada andai hak milik peribadi yang sangat disayangi, dipandang, dipegang dan dirampas sesuka hati. Sesekali tidak mahu memadam api cemburu, oleh itu aku tidak sesekali ingin menyalakannya! Oh Tuhan, lindungi aku.

C-I-N-T-A- itu semangat. Pengislahan diri.
Transformasi untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa. C-I-N-T-A- itu mengajar diri membentuk peribadi. Malu andai diri masih jahil. Malu kerana masih leka dan lalai. Malu kerana prestasi amal dan iman yang dirasakan tidak setaraf. C-I-N-T-A- sejati mentarbiyah diri mengenal Tuhan.

C-I-N-T-A itu memberi dan menerima.
Aku beri, dia terima. Dia beri dan aku terima. Sebagaimana diri mengharapkan dia sempurna, maka aku harus sempurna pada pandangan dia. Sebagaimana dia mengharapkan aku sempurna, maka dia harus sempurna pada pandanganku. Sebagaimana watak yang kuharap dari dia, watak itulah yang harus ada pada diri. Sebagaimana watak yang dia harap ada pada diriku, watak itulah yang harus ada pada dia. Kita sering mengharapkan orang lain sempurna, namun kadang-kadang kita tersalah menilai diri yang belum pun melangkah ke arah kesempurnaan! Manusia tidak akan sempurna, namun berusaha untuk jadi sempurna dan lebih baik. Oh, bukan mudah! Tetapi, jauh sekali ia mustahil.

C-I-N-T-A- itu masa depan.
Cinta yang dimulakan dengan cara yang baik, pasti akan berakhir dengan jalan yang baik. Cara yang dibentuk dengan acuan syariat, pasti hasilnya cantik dan indah. Cinta yang datangnya dari benih yang baik, pastinya akan melahirkan sesuatu yang baik. Cinta yang baik menyemai sifat-sifat kebaikan dalam jiwa keturunan.

Jalan yang SUSAH itu jarang ditempuh. Namun, siapa yang berani menempuhnya pasti akan berjaya. Yang SUSAH akan menjadi SENANG. Yang SUKAR di MUDAHkan. Wujudkah jalan yang SUSAH namun tiada RANJAU BERDURI? Cinta yang indah itu sukar diperoleh, sekali dapat cerah dunia. Cinta yang indah itu, dugaannya mencabar. Perlu keberanian, kekuatan, kesabaran..

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah:45-46)

M-U-J-A-H-A-D-A-H- = berjuang melawan hawa nafsu
T-A-U-B-A-T- = iringi setiap DOSA, dengan TAUBAT

Kita hamba bernama manusia. Usah jadi malaikat. Usah jadi syaitan. Beribu kali jatuh tersungkur, beribu kali tersadai hilang arah tuju, hilang pedoman, hilang arah punca terus membuat dosa. Normal. Aku manusia. Manusia biasa. Hakimilah aku dan mereka sebagai hamba berjawatan manusia kerana kita sama-sama manusia. Tidak pernah terhindar dari dosa.

Usah membunuh C-I-N-T-A,
kerana C-I-N-T-A- suatu anugerah.
Tanamlah C-I-N-T-A sebagai fitrah,
jangan biar jadi F-I-T-N-A-H.
Bukan mudah menjahit cinta tulus,
bukan mudah, sangat bukan mudah!
Sabarlah wahai hati, kerana yang sukar itulah akan paling dihargai!

“Ya Allah,kurniakanlah untuk kami cintaiMu,cinta orang-orang yg mencintaiMu serta amalan yg dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu…

Ya Allah,segala pemberianMu yg kami sayangi ,jadikanlah ia kekuatan utk kami mencintaiMu,dan segala apa Engkau pisahkan dari kami,sedangkan ianya amat kami sayangi,maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri kami…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan utk mengutamakan cintaMu,melebihi cinta kami kepada keluarga,harta benda dan meskipun air yg dingin ketika dahaga…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu,para MalaikatMu,nabi-nabiMu,para RasulMu serta hamba-hambaMu yg soleh…
Ya Allah,hidupkanlah hati kami dengan cahaya cintaMu dan jadikanlah kami antara hamba-hamba yang Engkau cintai…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami dan redha kepadaMu atas setiap segala usaha kami…

Ya Tuhan kami,jadikanlah kami bagi-Mu akan apa yang Kau cintai…”

Wednesday, March 24, 2010

SELAMAT HARI LAHIR 25 MAC BUATMU TEMAN








selamat hari di lahirkan..
semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu
amiiiin

Monday, March 8, 2010



Semoga kita diberi kekuatan oleh Yang Maha Pemberi
Insya'Allah