Barangkali Allah mengadakan sesudah itu suatu hal yang baru..............
Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini
Bila telah sempurna kegelapannya
Pasti akan datangnya pagi hari
Dengan cahayanya
Betapa nikmatnya kejayaan setelah melaui kesusahan =)
Berbagai-bagai kesusahan telah kualami
Kemudian hilanglah ia
Disana kesusahan itu pergi
Untuk tidak kembali lagi
Seorang yang berjaya pernah berkata:
‘ aku dilahirkan dalam keadaan sangat fakir dan keadaan itu telah menimpaku sejak aku dalam buaian. Aku telah merasakan pahitnya meminta sepotong roti kepada ibuku, pada saat dia tidak memiliki sepotong roti kering pun untuk diberikan’
Tapi, sedarlah bahawa esok mentari kan bersinar..dan diri ini akan bahagia
ana bisikkan dalam diri sendiri......
Perbaiki diri, maka Allah akan redha
Jangan putus asa
Kerana putus asa adalah keingkaran
Barangkali saja dalam waktu yang dekat
Allah akan memberikan kelapangan
RahmatKu mencakup segala sesuatu
kebahagiaan itu ada…
tetapi siapa yang mendapatkannya dengan begitu mudah?
Kukatakan pada hatiku bahawa….
Jika kesusahan menerpamu…
Bergembiralah, kerana kebanyakan hal
Yang menakutkan itu tidak ada kenyataannya..
Seseorang tidak mungkin mendapatkan kebahagiaan kecuali dari dirinya sendiri. Hendaklah dia mambawa dirinya ke jalan keutamaan untuk mendapatkan kebahagiaan. Namun dia harus beusaha menemukan jalan dan cara yang paling utama agar dapat meraihnya.
Hal itu terangkum dalam kualiti hidup dalam dirinya, iaitu kejujuran, keberanian, berusaha, rajin, cinta antara makluk, suka bekerjasama dengan mereka, tidak mementingkan diri sendiri dan selalu memiliki hati nurani yang hidup.
Kebahagiaan itu bukan khurafat. Sesungguhnya ia adalah hakikat yang nyata. Ramai orang yang menikmatinya, dan kita pun memilikinya bila kita dapat memanfaatkan cubaan-cubaan kita dan mengelola pengalaman-pengalaman yang telah kita perolehi dalam kehidupan.
Apabila kita telah dapat memahami erti kehidupan ini, kita akan mampu mengeksploitasi banyak hal yang berguna dari dalam jati diri kita dan kita dapat membebaskan diri dari pelbagai penyakit yang mengganggu kesihatan fizikal dan kejiwaan kita dengan berbekalkan pengetahuan, potensi dan kesabaran. Kita dapat menghayati kehidupan kita yang telah dianugerakan oleh Allah ini dengan sikap tidak ingkar, tidak membangkang, dan……..
Tidak pula menyengsarakan diri sendiri. Perhatikanlah Allah, nescaya Dia akan balas memperhatikan kita
Tumpuan diri pada apa yang ada sekarang
Gelapnya malam pasti akan tersingkap
Maka janganlah takut…
Sebentar lagi fajar akan muncul
Dengan perhiasannya yang cerah…….
ana tinggalkan semua dengan nasyid yang membawa seribu erti buat ana.....mmmm...
Judul : Mimpi Yang Indah
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti
sentiasa tabah menjalani dugaan..
percayalah, ALLAH sentiasa bersama hambaNYA
yang tidak pernah melupaiNYA>..
“Ya Allah….
‘Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Terangilah daku dgn nur imanMu
Hanyn Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampuni segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari2 yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggup kujelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku
dari dibelenggu dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redhaMu
Moga sinarMu terangi hidupku dlm kegelapan
Aku akan kembali padaMu Rabbi
MenghadapMu Ya Rabbul Izzati
Segala pengharapan kupasrahkan
di hujung penghayatan………..”
lagu yangg amat memberi kesan pd diri hamba yg alpa ini. moga Allah ampunkan dosa2 yg telah lalu. hadirlah sinar menerangi kehidupan ana lahir dan batin. Allahuakbar....!!!
"Senyum"
Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah senyumlahSenyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
p/s: mulakan harimu dengan senyuman yang penuh keikhlasan...lupakan segala kisah lama yang mengguris perasaan kerana tiada manfaatnye semua itu dikenang-kenangkan...yang penting adalah keikhlasan dan kejujuran....
salam juang penuh mahabbah
redhai apa yang tiada....
hargai apa yang dimiliki....
kerana disana ada hikmah yang tersembunyi...
senyumlah wahai sahabatku.....hargai apa yang dimiliki saat ini..jangan biarkan dirimu menyesal nanti setelah ketiadaanya....kadang2 kita inginkan bermacam2 benda....walhal Allah mengetahui hakikat kita...maka...bersyukurlah...moga dirimu sentiasa dirahmatiNYA....amin
ana hargai persahabatn ini sampai bila2...dan sahabatmu ini sentiasa disini.....
No comments:
Post a Comment