Tuesday, May 26, 2009


Filem yang berkisarkan nilaian ilmu, perjuangan dan persahabatan....(bilakah agaknya Malaysia akan keluarkan filem yang hebat macam ni?????hmmm.....)

Bagaimana Muslimah menjadi seorang guru, mengajar seikhlas hati mempertahankan sekolah agama yang hanyalah sebuah pondok hampir roboh dimamah usia..bertungkus lumus mengajar erti hidup kepada anak2 murid kesayangannya.

kanak-kanak itu, ke sekolah tanpa adanya pakaian seragam, ke sekolah semata2 untuk ilmu...

Lintang (seorang kanak-kanak genius, lahir sebagai anak sulung di dalam sebuah keluarga nelayan yang hanya punyai ayah kerana kematian ibu)....dia mengayuh basikalnya dari jauh, terpaksa melintasi buaya lapar semata2 untuk ke sekolah mencari ilmu...

Lintang, ..gigih ke sekolah.....turun dari di awal2 pagi disebakan letaknya rumah yang jauh dari sekolah....juga melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sulung, turun ke laut membantu ayahnya untuk mencari rezeki. seorang yang sangat matang dalam bertindak...dan itulah ertinya, murid bagi kehidupan......

Semangat perjuangan, persahabatan, kecintaan ilmu tersemai bersama....namun akhirnya, Lintang, akur dengan taqdirnya...ayah yang menjadi tulang belakang hidup meninggal dunia memaksanya untuk memikul tanggungjawab itu...berhenti sekolah walaupun hakikatnya dia sangat berpotensi untuk terus melangkah....itulah sistem manusia....

'hiduplah untuk memberi dengan banyak, bukan untuk menerima dengan banyak''
(kata-kata guru besar sekolah muhammadiah)


Kanak-kanak itu.....
Belajar melalui realiti kehidupan.
Penuh kesungguhan walau serba daif kekurangan.
begitu cekal menghadapi perjalanan hidup
belajar di malam yang gelap
hanya berbekalkan suramnya cahaya lilin

ana sungguh2 terkesan dengan cerita nih....tiba2 teringat sekolah sendiri....ana bangga dengan sekolah itu dan jugak rangkaian2nya...dibangunkan atas asas iman dan taqwa, melahirkan pelajar yang faham apa itu perjuangan islam yang suci....

SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) MAAHAD MUHAMMADI
Walaupun engkau melahirkan produk gah negara...
namun dirimu tetap disepikan
masih dimanipulasi media....

Pembohongan Tv3 ’suku’!

Boleh dilihat disini!http://www.youtube.com/watch?v=juywPqMFKG0

Namun begitu, peristiwa sama yang berlaku kepada Pelajar Terbaik Negara 2006 berulang lagi, gara-gara kerana malu untuk mengiktiraf kejayaan pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan yang satu ketika dahulu ditarik bantuan perkapita oleh pihak kerajaan sehingga sekarang!

Buletin utama tv3 jam 8.00 malam ini sekali lagi telah membohongi rakyat malaysia dan kelantan khasnya apabila menyatakan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat negeri Kelantan adalah pelajar dari SMKA Naim Lilbanat sedangkan beliau adalah dari Maahad Muhammadi Lilbanat (perempuan).
Sebuah sekolah agama kerajaan negeri Kelantan. Rakaman temuramah sebenarnya dibuat di dewan sekolah tersebut di Jalan Merbau, Kota Bharu bukannya di Pasir Mas yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat pengerusi jawatankuasa pendidikan, pembangunan islam dan dakwah negeri kelantan. Cukuplah pembohongan tv3.



tensen bile tengok tv3 nih.....hmmm
tp ....
ana kata kan pada sekolah itu.....
"biasala tu sekolaaaahhhh .... itulah nama nya perjuangan...kan??????????"

Bila la sistem pendidikan kita akan ISLAM SEPENUHNYA...tidak lagi SESEKULAR sekarang nihhh....xde masalah pon sekolah agama macam tu nk maju, kenapa xnak ikot???adakah kerana itu dari pembangkang???????????hmm...entahlah labuuuu...kalau senang2 je 'diorang' ikot, xde la Al-Quran tu cerita tentang perjungan.........

innallaha ma'ana....
TAKBIR!!!!

1 comment:

Kokurikulum semeseter 2 said...

laskar pelangi...
masa di skolah ana mengajar, ana citer kat murid2, nama budak tu laring....
hehe, tak ingat namanya...
sebenarnya lintang...