Beberapa hari sebelum majlis itu, dia meletakkan jawatannay sebagai guru di sekolah rendah yang dia mengajar. hampir 8 bulan dia mengajar di situ, menyebabkan berat hatinya untuk melepaskan kanak-kanak yang makin dia sayang. Tetapi, ada sesuatu yang dia fikirkan dan ada sesuatu yang memanggil dia untuk kembali ke kampung halamannya..
'cikgu Nisa', betul ke cikgu Nisa' nak berhenti mengajar kami?'. tanya fahim, salah seorang anak muridnya. seorang anak murid yang cerdik, mudah menerima apa yang dia ajarkan..
Nisa' terkesan dengan soalan itu. hampir dia menitiskan air mata, namun dia cuba untuk tidak melakukannay di hadapan mereka.
'Cikgu kena pergi, cikgu ada keje kena buat, nanti insya'allah, cikgu datang lagi tengok-tengok kamu semua, jadi, kamu semua kena la belajar rajin-rajin...jangan malas-malas, nanti xboleh masuk universiti....
'alaaaaaaa, nanti cikgu baru mesti dah x best, kan fayyadh?'..luah fahim pada teman sekelasnya...
'eleeeh, betol ke kamu semua ni, bukan ke cikgu ni garang ke? selalu kamu kena dengan cikgu, x takut ke??' Nisa' cuba-cuba menguji anak muridnya. dia tahu, dia sedikit tegas dengan mereka. wajah seorang gadis yang nampak seakan-akan keanak-anakan tetapi, tegas dalam mendidik mereka.
'ha'ah, cikgu ni garaaang, tapi baik...' balas mereka..mungkin ikhlas atau mungikn juga kerana tidak mahu ditinggalkan. Nisa' lantas tersenyum, melayan kerenah anak-anak muridnya...
'Cikgu, kalau cikgu dah kawin nati, nanti hantar la anak cikgu belajar kat sini, boleh saya kawan dengan anak cikgu'. kata-kata deviyan anak ibu bapa jawa itu menggeletek hati sanubari Nisa'. entah lawak apa yang anak murid dia ni buat..
'laaaa, anak cikgu dah masuk sekolah nanti, devi mesti dah kawin dah..Nisa' berseloroh.' deviyan tersenyum, wajahnya ke indonesiaan itu sangat comel..Nisa' makin sayu.
'Muizuddin...muiz nak kawin ngan cikgu x???' Nisa' cuba menyakat anak murid yang baginya sangat rajin. 'hehe...cikgu kan dah besar, saya kecik lagi..mana boleh??apa la cikgu niii....'
'eleehh...muiz malu la tuuuu....' Nisa' menyakat lagi, menyebabkan muiz tersipu-sipu di hadapan teman-teman sekelasnya. yang lain semua gelak besar melihat telatah muiz...Nisa' terhibur.. hilang segala pening kepalanya yang kusut memikirkan laluan hidup yang bakal dia corakkan.
itulah skrip terakhir yang dia lakarkan di sekolah itu, sebelum kakinya menjejak keluar dari tanah klang...entah bila dia akan kembali menjenguk mereka...
telah lama cerita itu berlalu, tetapi seakan-akan ia masih segar di ingatn...
Pada suatu petang, Nisa' dengan rutinnya, menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada sebelum tamat waktu kerjanya. dia cuba habiskan semuanya. esok, Nisa' bersama-sama ahli sekerjanya akan bertemu dalam satu mesyuarat. dan sebelum mesyuarat itu bermula, segalanya perlu di sediakan. Nisa' semakin cekap melaksanakan tugasan itu. Teman-teman ofis pon turut sama membantu Nisa' menyediakan keperluan mesyuarat itu.
malam itu, Nisa' dikejutkan dengan 1 mesej dari sahabatnya. terasa seperti ada sesuatu yang sahabatnya ingin sampaikan. masakan tidak, telah lama sahabatnya itu meyepikan diri. mungkin dia ada masalah.sahabat Nisa' yang sama-sama di buli dalam program persatuan..sama-sama ditarbiyyah.
bermula dari situla, semuanya dilakarkan..Nisa' cuba untuk jadi yang terbaik, namun Nisa' hanya seorang manusia. banyak kekurangan yang dia tau dalam dirinya...
langkah kakinya diteruskan sehinggalah pada suatu hari....
'kita nikah ye nisa'....
'hmmm....mampu ke fal nak jaga Nisa' yang ntah apa-apa ni?? banyak benda yang Nisa' kurang..terlalu banyak...fal mesti pening nanti'
'Insya'allah, kita masing-masing ada kekurangan, itulah gunanya pasangan yang memahami dan saling tolong menolong mengurangkan bebanan...' naufal meyakinkan...
'nisa' kelu...tiada kata yang mampu dia luahkan, hanya hatinya yang berbicara...
Nisa' perlukan 'dia' yang menguatkan Nisa'...Nisa' perlukan sangat naufal..dan naufal mungkin adalah 'dia' yang Nisa' tunggu selama ni. tanpa kata yang terucap, Nisa hanya mengharapkan....
sehinggalah taqdir itu menyatukan jua..
dalam tempoh yang mengikat, masih lagi belum sah menjadi suami isteri, Nisa' dan Naufal perlu bijak mengawal diri. meletakkan iman di hadapan nafsu, itulah sifirnya...iman perlu di bajai sentiasa, kerana segalanya masih belum pasti. hanya pergantungan kepada Allah yang ada. itulah tawakkal...
Nisa' berdoa di hati sendiri....
'Ya Allah, jika ini taqdirMu, lorongkanlah kami ke jalan yang Engkau Redhai....amiiin'
1 comment:
inshaAllah..moga pernikahan mejadi penguat usaha kita kelak..
Post a Comment