Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami
Pengembang perjuangan di S A Y A P K I R I
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
Pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH
Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Biarku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya…
Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Atau sesuci Maryam…seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan
Meskipun daku bukan ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
Namun…
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
~~~~~~~~~~~~~~~~~
sajak sempena musim walimah ni....ditujukan buat semua...
ni pon ciplak dari orang..
semoga,lahirnya mujahid mujahidah
menggoncang dunia akhir zaman.
salehuddin Al ayyubi
Muhammad al fateh
juga khaulah al azwar....
di alaf baru
Insya'Allah
kukuhkan peribadi,
perhebatkan jati diri,
demi mencari
Redha Ilahi
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment