Saturday, April 25, 2009

Bilakah....


Subuhnya ..
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu

sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu langkah
tiada arah tuju

fikiran terus bercelaru

terlupa............
aku semakin dihujung waktu

siapa aku di depan Tuhan ku.


Zuhurnya ..

aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku

aku bertolak ansur dengan waktu

aku gembira membilang keuntungan

aku terlupa betapa besar kerugian

jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.


Asarnya ..

aku lupa
warna masa
cepat berubah
bagaikan ditolak-tolak

aku masih dengan secawan kopiku

terlupa...............
panas tidak dihujung kepala

aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si
Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya ..
aku melihat warna malam

tetapi
aku masih berligar di sebalik tabirnya

mencari sisa-sisa keseronokan

tidak terasa ruang masa yang singkat

jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat

siapa aku di depan Tuhan ku.


Isyaknya ..

kerana masanya yang panjang

aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku

aku rela terlena
sambil menarik selimut biru

bercumbu-cumbu dengan waktuku

siapa aku di depan Tuhan ku.


Kini aku menjadi tertanya-tanya

sampai bila aku akan melambatkan sujudku?????
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi

kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini

jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang


Dalam sujud terakhirku, Ya Allah..

Kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya

Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi..

Kumenangis sejadi-jadinya

Biar kering mata ini

Namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman…

Kulihat semua dosa yang membayangiku

Kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..

Biarkan aku patah dalam cahayaMu

Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku

Agar kukembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku..

Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi

Hanya untuk menyebut namaMu

Dan kekasihMu yang tercinta..

No comments: