Sekarang semuanya sudah berlalu. Mengejar cita-cita masing2. Entah bila akan bertemu kembali, dan semestinya pertemuan baru tidak akan seperti dulu.
An, teman sekuliahnya. Juga pernah menjadi roomate rasmi di kolej kediaman memantapkan lagi keakraban antara mereka. Perjuangan dilalui bersama walaupun terkadang ada garis-garis perselisihan menyapa hidup. Mereka pernah juga bertelagah, pernah juga bermasam muka, sesekali rajuk membawa diri. Namun, keadaan itu saban hari mengikat hubungan persahabatn yang makin hebat. ke mana sahaja Nisa' pergi, orang akan bertanya, mana An? Kemana An pergi, Nisa' akan jadi soalan pertama mereka.
Nisa' dan An. Teman baik yang merentasi perjuangan da'wah kampus. Banyak cerita yang terukir, banyak kenangan yang di lakar. Perjalanan menakluk dunia itu, terpaksa dilepaskan. Menunggu datangnya pejuang-pejuang hadapan yang bakal dilahirkan. Bersama-sama mentarbiyyah dan ditarbiyyah.
Permulaan persahabatan mereka bukan di situ, ia bermula seawal pendidikan pertama selepas sekolah menengah mereka di akhiri. Bibit2 itu di sambung sehingga tamat 3 tahun pengajian di kampus. hmm...terlalu banyak untuk diingati.memori itu kini tersimpan kemas di lubuk hatinya.
Sepanjang di kampus, ada prinsip yang kedua2 teman rapat ini pegang. Itulah yang menguatkan. Satu hari nanti...ya!! Bukan di zaman belajar. permainan2 perasaan itu x wajar dicetuskan semata2 kerana keinginan, tetapi keyakinan yang dipasakkan..Insya'allah, satu hari nanti...Ya!! suatu hari nanti, pastinya ada...Nisa' dan An mengangguk tanda setuju. prinsip itu dipegang. "An, kuatnya dirimu", bisik Nisa' mengagumi sahabatnya.
"An, tolong ambik Nisa' boleh? di komuter..."
An tanpa mengeluh, menghulurkan bantuan itu. Nisa' terharu, dirinya memiliki sahabat sebaik itu. bukan sekali Nisa' menyusahkan An, bukan sekali. Banyak kali. Nisa' ingin jadi seperti An, kuat, tabah, berprinsip dan semuanya. Nisa' mahu jadi hebat seperti sahabatnya. tak hairanlah, An mampu meninggalkan orang sepertinya di lapangan kampus, meneruskan perjalanan dakwah di medan itu. dia pernah mengatakan "dia akan berusaha meninggalkan seorang lagi An di sini"...Nisa' makin kagum dengan sahabatnya...
An, menjadi sahabat pendengar setia diri Nisa'. Begitu juga sebaliknya. Mereka saling mengenali, saling memahami. hebatnya ukhwah fillah itu. An mengetahui hidup Nisa', simpati yang di hulurkan. Nisa' menumpang kasih keluarganya. Malu dia. Keluarga Nisa' tidak sebertuah keluarga An, kadang2 hatinya terusik, sungguh hebat keluarga ini. sungguh gembira keluarga ini. kadang2 Nisa' cemburu. Melihat hebatnya hubungan keluarga An. .tapi An senantiasa menguatkan Nisa' sehingga dia sendiri mampu tersenyum, ceria itu menjadi karakternya, menyembunyikan sesuatu yang pahit pernah dia rasai".....
"Nisa' lemah, Nisa' x kuat, Nisa' seringkali rendah hati, Nisa' kadang2 terusik, mencemburui sahabat baik Nisa' sendiri"..monolog Nisa' di suatu hari...
"x, Nisa' x lemah, Nisa' kuat, Nisa' ada prinsip". ada satu suara menyapa Nisa'. Entah suara siapa. Dia pun tak pasti. yang pasti suara itu sentiasa dia dengari. suara yg sentiasa memotivasikan dia, dari dia kecil hingga dia sampai ke tahap ini.
1 tahun sudah berlalu, kehidupan perjuangan Nisa' bersama An masih segar di kotak ingatan. Masih subur di lubuk hati. An, sahabat Nisa' dunia dan akhirat.
Suatu hari nanti, ada sesuatu yg Nisa' dan An akan tempuhi. Masyarakat kecil akan dibina. Dan kematangan itu penting. Dulu, Nisa' dan An sekadar kanak-kanak riang yang akan mengakhiri taman-taman persekolahan, kini bakal menempuh satu daerah. Berbekalkan prinsip yang ada Nisa' dan An mencuba untuk memasuki daerah itu.
Nisa' tau, An hebat. mesti dia mampu hadapi mehnah dan cabaran dalam menunggu untuk memasuki daerah itu. Nisa'? bagaimana dengan dia? kuat atau lemah? mampu atau bakal tewas? Terkadang dia merasakan seakan-akan dia x seperti dia, prinsipnya ke mana? Kadang2 dia rasa seperti bersalah. kerana apa? kerana apa dia rasa bersalah?
Kerana.....
dia adalah Nisa', dia bukan Rijaal.Ya!!! Nisa' adalah Nisa'...Dia selalu mendengarkan, Di sebalik kehebatan seorang Rijaal, ada Nisa'nya yang menguatkan, Dia seharusnya sanagt faham, Nisa' itu mampu menguatkan dan Nisa' itu mampu juga menjatuhkan..
Jadi, Nisa' terfikir, dia mana dia? menguatkan? atau menjatuhkan?
Astaghfirullah...Nisa' beristighfar.
apa yang Nisa' sudah buat? tersilap cara? atau dipandu syaitan yang membiaskan? perbualan itu singkat cume, pertemuan itu sesaat ketikanya, tp.....tanpa sedar, mampu mencipta satu penyakit...mencipta satu virus kepada Rijaal...
Nisa' termenung lagi...Nisa' bergegas ke tempat kerjanya pada pagi itu...Nisa' terasa sesuatu..dan pagi itu, dia terbaca sesuatu...hmmm..kata2 itu memang meletakkan diri Nisa' di suatu tempat. Dia rase bersalah. Mungkin juga dia tersilap cara. Mungkin Nisa' sudah terlalu jauh meniti titian..seakan2 Nisa' sudah tidak nampak lagi tebingnya..
Nisa'....sesungguhnya Nisa' itu adalah fitnah dunia.. itu yang selalu dia rakamkan. itu yang sentiasa dia waspadakan dari dulu, tapi......Nisa' di uji..Hiba dirinya memikirkan itu....Nisa' xkuat, dia makin lemah...
“ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.”
lantas, Nisa' teringat 1 ayat Allah:
" Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, " kami telah beriman" dan tidak akan di uji? (QS 29:2)
Ya Allah, rapuhnya iman Nisa'....
Dalam niatnya untuk menjadi yang menguatkan..
Tak disangka dia juga mampu melemahkan...
Astaghfirullah,
Semoga Allah menjauhkan sesuatu yang di murkaiNya..
Semoga Allah permudahkan segala2 yang Nisa' hadapi..
Rijaal...
Ketahuilah,
Nisa' hanyalah Nisa'
Dia adalah lemah darimu
Kerana....
Terciptanya dia, dari tulang rusukmu yang bengkok
Semestinya...
Nisa' perlukan pimpinanmu
Nisa' perlukan nasihat darimu
Semoga Allah mengampuni
Kesilapan yang Nisa' sendiri ciptakan
Mungkin dalam sedar, mungkin juga tidak
Ketika dia
Terkabur dalam indahnya cahaya
yang terbias dari
musuh azali manusia.......
Rijal perlu kuat
Kerana Nisa' perlukanmu
Nisa' juga perlu menjadi yg menguatkan
kerana
Disebalik hebatnya Rijaal itu
berdirinya seorang Nisa'
yang tegar menyokong perjuangan
Terima kasih ...Ketahuilah,
Nisa' hanyalah Nisa'
Dia adalah lemah darimu
Kerana....
Terciptanya dia, dari tulang rusukmu yang bengkok
Semestinya...
Nisa' perlukan pimpinanmu
Nisa' perlukan nasihat darimu
Semoga Allah mengampuni
Kesilapan yang Nisa' sendiri ciptakan
Mungkin dalam sedar, mungkin juga tidak
Ketika dia
Terkabur dalam indahnya cahaya
yang terbias dari
musuh azali manusia.......
Rijal perlu kuat
Kerana Nisa' perlukanmu
Nisa' juga perlu menjadi yg menguatkan
kerana
Disebalik hebatnya Rijaal itu
berdirinya seorang Nisa'
yang tegar menyokong perjuangan
kerana...kata2 itu telah mengingatkan yang lalai, membangunkan yang terlena, dan menyedarkan yang hanyut....dalam lamunannya...
'dia insan yang lemah, maaf andai dia telah tersilap cara, kerana dia hanyalah manusia biasa"
No comments:
Post a Comment