Wednesday, February 18, 2009

Debu-debu dosa

Manusia tidak akan terlepas daripada ujian daripada Allah. Tidak kira dia itu remaja, dewasa, petani, pekerja kilang malah ustaz, ustazah, ulama, semuanya diuji...di uji mengikut tahap masing2...kerana semakin bertaqwa seseorang itu, semakin tinggi pangkat syaitan yang dihantar untuk menghasut menuju ke lembah kenistaan. dan lalai itu juga adalah salah satu sifat manusia yang ada disebut dalan Al-Quranul karim.

tatkala diri telah bertekad untuk bertaubat, saat itulah syaiatn berusaha keras memalingkan wajah2 kita daripada mendekati kesucian...

Malam tadi kita bangun menghadap Allah. berdoa penuh pengharapan. Menadah tangan mengucapkan kalimah2 puji-pujian kepada yang Maha Pencipta..sekali sekala terdengar esakan kecil menandakan betapa insafnya diri......

Maka......keesokan hari, pastinya kita akan diuji..thabatkah kita dalam taubat..mampukah kita mengatasi semua dugaan dan godaan dunia..

mampukah kita? nilailah sendiri...kita tahu siapa kita..

kerana taubat itu datang dari hati, bukan hanya ucapan..dan sesungguhnya, hati itu akan membentuk peribadi...

ujian senantiasa akan datang mendatangi manusia...

tarbiyyah...

tarbiyyah adalah tunjang jemaah..rapuh tarbiyyah...rosaklah jemaah...
tarbiyyah adalah tunjang hati...rapuh hati...rosaklah diri


Tidak kira kita ini pejuang islam, pemegang tampuk kepimpinan, memegang jawatan tunjang jemaah, namun tidak mustahil kita akan lagi lagha draipada orang lain...kerana..........ujian itu datang kena pada orangnya...

ayuh sahabat2....

ayuh kita bertaubat tatkala nyawa masih di kandung badan...kerana jasad ini hakikatnya hanyalh pinjaman,dan janganlah kita berlaku sombong dengan harta yang sekadar pinjaman...dan bila-bila masa sahaja ianya akan dipanggil pulang oleh pemiliknya yang Maha Agung...

insafi diri, kembali kepada ilahi...
Innalaha ma'na...

No comments: