Sekitar perjalanan hidup ana di dalam perjuangan kampus.....
Satu detik yang tidak mungkin ana lupakan...seumur hidup ana pun... Namun yang pasti....hitungannya hanyalah disisi Allah, adakah ianya kembali kesisiNya dengan berisi atau hanyalah debu yang langsung tidak bermanfaat...... Perjuangan bersama saff jundullah di medan dakwah kampus amat terkesan...rajuk, perselisihan, sangkaan semuanya menjadi rencah dan asam garam dalam perjuangan... Namun, semuanya itu mampu menyemai satu perasaan yang ana sendiri tidak mampu untuk gambarkan....seterusnya meninggalkan bibit2 ingatan dan kenangan yang mendalam dlm diri ini...
Menyebabkan....................................
Di akhir2 pertemuan bersama2 sahabat2, ana tidak mampu untuk berfikir...sekadar mampu merenung perjuangan masa hadapan yang masih belum pasti...istiqomahkah aku????? ana seakan2 kehilangan punca....mengambil masa utuk memulihkan semangat...membilang hari untuk mengumpul kekuatan baru...supaya menjadi muslimat yang kental jiwanya...tidak mudah terganggu gugat oleh keadaan...bertemankan janji Allah, ana meneruskan langkah menuju destinasi baru...bermatlamatkan Allah Rabbul Jalil... Yang ada hanyalah semangat dan keazaman, supaya jangan cepat mengalah...jangan cepat berputus asa...jangan cepat jatuh...kerana kita adalah mata2 rantai perjuangan...dimana-mana pun kita dilemparkan...dimana sahaja kita diletakkan...bangunlah dan laungkanlah kalimah tauhid yang mulia...Lailahaillallah...letakkan Islam dihati, insyaallah nasrullah akan menghampiri kita...
Yang penting..................
Adalah matlamat....ilmu yang kita ada, kita jadikanlah ia sebagai bekalan menuju amal yang diredhai...
Kadang2, menoleh ke belakang adalah perlu...
Supaya kita sedar siapakah kita...supaya kita berwaspada dengan kesilapan kita yang lalu, serta supaya kita senantiasa mengingati apakah tujuan dan matlamat kita yang sebenar...
kerana....
Tanpa menoleh sebentar ke belakang, kita kadang2 hanyut dengan dunia ciptaan sendiri...jauh berenang ke lautan dalam, dan mungkin juga terlupa bahawasnya kita dulunya pernah hampir2 lemas di lautan itu dengan gaya kayuhan renangan yang sama........ Pernahkah kita mendengar bahawa, seorang mu'min itu tidak akan jatuh di dlm sebuah lubang yg sama sebanyak 2 kali'
Muhasabah.....
Itulah dia perlunya muhasabah diri, menoleh sebentar ke belakang sebelum meneruskan perjalanan...bimbang kita leka dengan pencuri yang sentiasa menjadi pengikut setia kita..menoleh ke belakang mungkin akan menjadikan si pencuri itu mencari2 arah untuk menyembunyikan diri dan seterusnya berwaspada selepas itu..dan kita lantas boleh terus melangkah ke hadapan dengan langkah yang teratur dan tersusuan...yang penting jangan biarkan pencuru itu selsea dengan ekorannya.biarkan dia juga mencari jalan berwaspada lantaran kita yang senantiasa berwaspada....... Perjuangan di alam kampus banyak mengajar ana.... sahabat2 di kampus banyak membentuk diri ana..kini...hampir 2 bulan perpisahan itu berlalu...
Namun...yakinlah sahabat2 akan janji Allah, bahawa mukmin itu sentiasa bersaudara...ukhwah itu dihati, disemai dengan benih2 kejujuran , subur membesar dengan siraman doa....moga Allah berkati kita semua...
pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan
apa yang pasti adalah kita perlu terus melangkah
semoga detik terakhir kita bersama dengan
PERJUANGAN ISLAM YANG SUCI
Moga Allah menjaga hati-hati kita dalam menempuh daerah perjuangan ini......... ameen innallaha ma'ana
Ya Allahu Ya karim...
thabatkanlah diriku Ya Allah
dalam menegakkan Addin ini
di dunia yang belum pernah aku terokai
Jangan Ya Allah....Jangan Kau biarkan diri ini terkapai2 mencari arah
tanpa rahmat dan pertolonganMu
kerana kutahu, manusia itu....
tidak mungkin dapat lari
daripada
DOSA....
No comments:
Post a Comment