Masa berganjak, detik demi detik berlalu. Bumi terus memusingkan badannya, lemah dan semakin lemah. Berputar dan terus lagi berputar memutar malam menuju siang, siang kembali malam. Begitulah seterusnya sehingga hari pengakhiran menjelma. Dan kita? Melangkah....melangkah.......melangkah dan terus melangkah.
sahabat-sahabatku,
kehidupan ini adalah ibarat menaiki kenderaan yang mana ianya bermatlamatkan untuk menuju ke destinasinya.kenderaan yang kita gunakan ini akan berfungsi sepanjang masa, non stop. bergerak dan terus bergerak.perjalanan yang begiiiiiiitu jauh memerlukan kenderaan yang waja dan mantap.Semestinya, kenderaan itu perlu di service sentiasa untuk menguatkannya kerana di sepanjang perjalanan itu nanti, kita akan menempuh berbagai-bagai bentuk keadaan, pencemaran yang sudah tiada kawalan lagi, hujan, panas, mendung, dan ribut dan tidak mustahil tsunami kembali menyapa. Semuanya itu memerlukan kekuatan engine dan kelengkakan kenderaan yang mantap. tempelan debu disepanjang perjalanan semestinya akan mengotorkan kenderaan yang kita naiki. jagalah kenderaan kita. kita tidak mampu mencari yang lain, kerana kenderaan itu diberi sejak azali lagi kepada semua manusia. bersihkanlah ia dengan air mata keinsafan. ubatilah kenderaan yang sakit itu dengan taubat nasuha. jagalah makhluk amanah kita itu dengan sebenar-benar penjagaan.
Ya Allah' kau jagalah hatiku Ya Allah, janganlah kau biarkan ia berkeliaran tanpa tuntutanmu, berikanlah ia pengetahuan yang luas tentangMu, panggillah ia tatkala ia lalai Ya Allah, kerana sesungguhnya aku tidak mampu menjaganya jika tiada pertolongan dan bantuan daripadaMu Ya Allah'
'Ya Allah Yang maha pengasih lagi maha penyayang, sesungguhnya hambamu ini telah banyak berlaku zalim kepada makhlukmu yang bernama hati, membawanya namun tidak dijaga, Ya Allah, sucikanlah hatiku ini Ya Allah, semoga ianya dipandu dibawah redhaMU, Ya Allah, aku pohon padaMu wahai Tuhanku...."
keseorangan itu lumrah, kerana setiap yang dijumpai hanyalah bayangan, sekadar menjengah dan menyapa ibarat angin lalu.. sementelah melewatinya, kita terus lagi bersendirian...
hanya yang pasti, yang SATU itu terus sahaja menemani"
dalam diam kita disapa, dalam sepi kita diingati, dan siapakah kita untuk berlaku sombong kepadaNYA?
huluran salam adakah telah bersambut?
sama-sama kita renungkan....moga kita sentiasa diingatkan olehNYA. ameeen.
No comments:
Post a Comment