Saturday, February 14, 2009

MUSLIMAT TAYANGKAN GAMBAR???BOLEH KE?



Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat
sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,


Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur :
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan."
Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati- hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi- aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup.
wallahualam.

jazakallah kpd anas basri ~ by tok-senyum on May 25, 2008.
my comment:

Actually, ana sebagai muslimat sangat bersetuju dengan artikel ini.. menayangkan gambar? hurmmmmmmmmm, dari dulu sampai sekarang x bleh terima keadaan perubahan arus dunia teknologi ni. Ana nak share 1 citer...kisah benar...ana ada sorang sahabat. dia ada friendster, dan banyak la koleksi gambar dia dalam friendster...gambar dalam friendster sendiri dan tak kurang jugak la koleksi sahabat2 dia yang ada gambar dia tu. pampangkan jugak di friendster masing-masing.

keadaan itu terus begitu sehingga ada satu jejaka ni menegur sahabat ana tu. katanya ' anti ni muslimat, kawal gambar2 yang nak di postkan, kemungkinan akan wujudnya fitnah'.. tak lame lepas tu, dapat tau ada seorang lelaki lagi mengaku, dia SANGAT MEMINATI MUSLIMAT NI dan dah banyak KOLEKSI GAMBAR MUSLIMAT TU YANG DAH DIA KUMPUL.... so, sape yang silap sekarang ni??

wahai muslimat yang kusayangi,

Jagalah maruah diri kita, jangan disebabklan dunia cyber ini kiter terlalai sendiri.. sesungguhnya wanita adalah punca fitnah. jadi jangan biarkan kita terjebak dalam kancah itu.. if tak letak gambar, adakah tak boleh posting sesuatu? sebab apakah diletaknya gambar tu? fikir-fikirkanlah...sama-sama kita ingat mengingatkan.

1 comment:

Anonymous said...

wah bagus banget tuh berita btw q mau tanya dong bagaimana kalau difotonya rame2?tu kan g terlalu fokus satu rang ja???gmn...????frusti