Monday, February 16, 2009

japnyer


grab from...catatan Arruhul jadidah

Assalamulaikum.
pejam celik2 dah 3 kes kematian orang yang dikenali di malaysia ni secara mengejut kerana sakit jantung: arwah Razali MP Kuala Terengganu, MP Bukit Gantang Allahyarham Roslan dan ayah siti nurhliza.

mereka hidup dengan perjuanagn masing2. perjuangan bangsa, perjuangan Islam serta perjuangan seni.

Hanya Allah yang tahu apa yang kita perjuangkan. .adakah nafsu ? adakah nama ? adakah pujian ? adakah gelaran hebat? walaupun secara zahrnya masing2 sibuk dengan urusan jemaah namun cerminan di dalam hati kita hanya Allah yang tahu. (termasuk penulis).

Teringat pada hadith Rasulullah tentang 3 orang pemuda yang mati syahid tetapi turut dihumbankan ke neraka. semata2 kiblat perjuangan mereka adalah gelaran hebat, pujin orang, dan nama yang dikenagkan orang. Terkadang kita tak faham apa yang kita perjuangkan .secara zahirnya Islam yang di julang, namun perkara lain yang bersarang daam hati dan fikiran. Tubuh penat meeting siang malam dan ke sana ke mari..tapi rupanya hanyalah debu di sisi
Allah.
Perjuangan yang hak tidak boleh bercampur dengan yang batil .matlamat adalah redha Allah..kemenangan adalah platfor semata2. kerana, tidak semua orang sempat merasai zaman kemenangan.Mungkin generasi akan datang akan merasai nikmat tersebut. Setiap hari masa berlalu..semakin kurangnya baki Stok usia kita di dunia ini..hari demi hari berlalu kita semakin menghampiri kemaian yang pasti. Tapi terkadang kita sibuk dengan urusan jemaah.tak mustahil kerana kesibukan kita, kekhusyukkan solat terganggu. Amalan2 sunat tidak dapat dilaksanakan dengan istiqamah. hubunagn dengan Allah kian renggang kononnya kerana badan dan aqal ku sudah cukup penat bekerja untuk Islam. Dalam "perjuangan itu sendiri kita tertipu dan dilalaikan".

Merasa hebat kerana telah menerima touch n go dari Allah ( terlibat dengan perjuanagn ni). Terasa jalan menuju ke syurga dipermudahkan. tapi ia tak beerti segala yang lain boleh di redah. halal dan haramnya. yang syubhah dan yang nyatanya. Hadis dan Al-Quran digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan hujjah. agar diyakini, namun Allah lebih Mengetahui. Kerana dalam perjuangan ini..Allah akan sentiasa menapis hamba2Nya agar terbukti siapakah yang benar imannya dan siapakah yang dusta. ujian boleh datang dalam bentuk kesenangan dan kesusahan hidup.

Mencari kekayaan memanglah tidak lah salah tetapi jika meletakkan itu adalah keutamaan melebihi keutamaan jemaah dan amanah, maka kekayaan yang dikumpul tersebut masih belum mampu menjawab segala persoalan Allah di masyar kelak. Amanah yang dipikul bukan satu kemuliaan tali satu amanah yang dikelilingi tanggungjawab terhadap tuntutan amanah tersebut.Begitulah kita di uji Allah. terkadang hati dilanda dilema, ingin memilih di antara wang, takhta ataupun masing bergelumang dengan sepak terajang dalam harakah dan jamaah. sama ada kita yang masih belajar ataupun yang telah menempuh alam pekerjaan ni.

Hati seronok merancang ingin memegang jawatan d sana sini meletak jawatan di sana sini. Amanah bukan satu permainan. Orang yang memahami amanah akan menangis kerana terasa bahu yang akan sarat memikul persoalan yang besar di akhirat nanti. Amanah yang dipegang hanya kerana nama atau kerana ada kepentingannya, tapi tidak dilaksanakan dengan hakknya, maka kita sendiri telah mencampakkan diri ke lembah risiko. menjadi bahan bakar api neraka. pjam celi pejam celik, makin berkurang lagi usia kita. tempoh masa yang ada amat singkat...KEJAP JER..tetapi tugasan dan amanah dalam jamaah yang menanti banyak sangat. Tidak layak kita banyak berehat tapi claim di akhirat kelak kita telah menginfa'kan diri kita untuk agamaAllah. kesian kepada rakan2 masyarakat ( di luar dan di kampus) yang masih terkapai nak fahami Islam. Kita yang sedikit dibri kefahaman tidak memaksimumkan perkongsian kefahaman kita dengan masyarakat. sayang sungguh. mereka ramai yang melakukan maksiat dan dosa lenteran kejahilan. tugas kita sangat besar menanti. Dakwah kita bukan hanya mencakupi uitm, tapi ini tanggungjawab kepada semua manusia, namun uitm mampu dilihat sebagai medan yang boleh memberikan pendedahan da'ie di lapangan sebelum terjun ke lapangan yang sebenar

Ya Allah Engkau tetapkan hati Kami agar berada bersama dengan soff perjuangan menegakkan agamaMu. "Berimanlah kepada Allah kemudian istiqamah"
mohon maaf segala kekhilafan diri.

No comments: