Tuesday, October 27, 2009

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Monday, October 26, 2009

Syukurku.....

kita xtau bila Allah nak uji kita...
sebab tu la setiap masa, kita perlu sentiasa bersedia...
kan?

Hmm...
takutnya menerima Ni'mat
bimbang diri sendiri xpandai mengucapkan syukur
bimbang diri menjadi penderhaka kepada Pemberi ni'mat

syaitan....datang datang dan datang...
kenapa?
adakah sebab kita x kuat?
ye ke???
sebab x kuat ke atau.......
hmmm...ntah la...

perkara yang baik....
seringkali di ganggu gugat oleh syaitan...
perkara yang baik....
orang kata
Ujian nya tinggi
sebab dari situ Allah nk nilai
bersyukur ke x hamba tu....
mampu ke dia??
hmm...

Ishhhhhhh...
mana boleh layan perasaan...
sebabnya syaitan suka benda2 macam tu...
jarum dicucuk...
perasaan ditekan2
maka.......kita yg jadi x batul

kenapa kita x kembali pada yang MENCIPTA??
luahkan segalanya pada DIA...
lantas, kita akan dapat satu ketenangan...
menandakan
kita telahpun MENANG...

Senyumlah...
Allah akan tersenyum padaMu...
Yang Terbaik itu janjiNya
pada hambaNya yang tidak melupakanNya
saat hamba itu dalam bahagia

Insya'allah

Tuhan..
DOSAku menggunung tinggi,
tp RAHMATMu melangit luas..
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmatMu di bumi.
Tuhan,
walau taubatku sering kumungkir
Namun pgmpunanMu xpernah bertepi..
Bila selangkah kurapat pdMu,
1000 langkah Kau rapat padaku....

Friday, October 23, 2009

Pesona Cinta

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yg berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta, kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak kehujung

Lilin yg menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

C/o
Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya
Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

KESUCIAN CINTA,
IKHLAS TAK DI UNDANG,
PERLIHARALAH

________________________________*****_________________________________

syaitan berbisik..
"teruskan wahai manusia"
"teruskan dalam laghamu"
"teruskan meniti perasaan itu"

syariat mengatakan....
"bersabarlah di kala haramnya"
"Berbahagialah di saat halal itu tiba"
"jagalah ia untuk hasil yang terbaik....Insya'allah...."

Jadilah mawarputih yang mewangi di taman yang di redhai..

wallahua'lam....

Thursday, October 15, 2009

Maafkan dirinya

dah lama x mengoreksi diri...
rase cam....... teruknye.......teruknye.....teruknyeeeerrrr....hmmmm

__________________________******________________________

saat org perlukan keindahan warna
saat orang ingin berkongsi cerita
saat orang di selubungi derita jiwa
tibe2, dia seakan2 mengeruhkan cerita...

bukan dia ingin mengeruhkan
juga bukan niat dia untuk memeningkan

dia tau
dia faham
siapa dia???
untuk mengusutkan..

hmmm...
kenapa dia tidak menjadi penceria keadaan?
meringankan penanggung bebanan...

hmm...
dia baru sedar...
itulah diri yang dia perlu belajar menjadi
menenangkan...meringankan...menceriakan...

________________****__________________


maaf..maaf dan maaf....
ungkapan ini selayaknya di hulurkan
penerimaannya??

'ok'.....ringkas sahaja....

wallahua'lam....
doanya....
semoga kita semakin matang membaca warna2 kehidupan....
insya'allah

kuat...kuat dan kuat...
Insya'allah....Innallaha ma'ana

"jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu,jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka, siapakah gerangan yg dpat menolongmu selain Allah sesudah itu?kerana ini, hendaklah kepada Allah sahaja orang2 mukmin bertawakkal" (Ali Imran 160)

__________________________________________________________________________________

***esok, macam xjadi p Langkawi...hmmmmmm....***

nk ikut g gua kelam pun xleh (^_~)

Wednesday, October 14, 2009

WACANA ILMU

ASSALAMUALAIKUM. . Ini hanyalah sekadar pengetahuan Sahabat2, mgkin antara kita x dpt prgi tp sekurang2nya kita tahu & mgkin blh ajak sdre-mare yg ad brdekatan dgnnye..

Mengumumkan program Wacana Ilmiah 2009

Tajuk :"Sebat Kerana Arak : Adilkah?"
Tarikh : 22 Oct 2009
Masa : 8.30 mlm
Hari : Khamis malam Jumaat
Tempat : Audi KOM UIA Kuantan
Panelis : Ustaz Nasrudin At-Tantawy (KETUA DPPP)
Dato' Safri (Exco Agama Pahang)
En. Najid bin Husin (Peguam Syarie Phg)
Dr. Hamidah Marican (Executive Director, Sister in Islam)
Moderator : Prof Dr Fauzi, Dekan Kuliyah Perubatan UIA

progrm ini adalah yg julung kali diadakan di uia kuantan ni..

Semoga ianya berjaya dilangsungkan, insyaAllah..

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
Takbir!!!

Thursday, October 8, 2009

Yang sama tapi berbeza

makin lama makin kurang idea untuk dia menulis...itulah yg dirisaukan, teringat ungkapan kata Hassan Al Banna, Tanggungjawab itu adalah lebih banyak dari masa yang kita ada...tp, di mana dia meletakkan bait kata2 tu? makin lama makin tenggelam dikambus masa...nau'zubillah, jangan Engkau tarik kembali anugerah fikrah yg Engkau telah campakan dalam hatinya....amiiin....

Hari itu, adik dia yang tengah belajar tu mintak ajarkan cara2 buat blog..dan dia yakin adik dia mampu buat yang lagi baik, lagi bagus, lagi bermanfaat untuk semua. sebaaaab...dia kenaaaal sangat adik dia tu....teruskan usahamu adikku yg kusayangi ..

hari itu, bersamaan 21 Muharram...dia mengucapkan selamat hari melahirkan buat umminya yang tersayang. itu yg abang dia ajarkan...di mana kita? ego menguasai? sehingga malu ungkapan itu di lafazkan untuk seorang insan semulia itu...seakan2 dia mahu melangkah menuju ummi...Ummi, maafkan anakmu itu Ummi....

"Ummi...Selamat hari melahirkan....terima kasih atas pengorbananmu yang langsung xmampu anakmu itu balas.sungguh2 tadahan doa buatmu Ummi...semoga diriMu sembuh dari penyakit yg mendugamu, kerana disisi Allah itu ada janjiNya....mohon maaf diatas keterlanjuran kata dan akhlak yg x terjaga, anakmu itu...."

hari itu...
memang berbeza..
sungguh berbeza...
dan dia masih cuba untuk mengerti
cuba untuk belajar
bahawasanya hari itu adalah berbeza

sama tapi berbeza

pertama kali menerima
pertama kali dikejutkan dgn 'sesuatu'
pertama kali merasai
pertama kali di beri peluang untuk menghargai
pertama kali...
Dia semakin menerima, bahawasanya...
hari itu.....
sama
tp
berbeza

'hanya padaMu dia panjatkan kesyukuran, atas kurniaan anugerah dariMu yang jarang sekali dia hargai....ampunkan dirinya Ya Allah'


bukan yg terbaik
bukan juga yg baik
tp
tak mustahil utk belajar jadi baik
bukan hanya mampu membimbing
tp
sama-sama bimbimng membimbing
bersedia utk ditegur dan bersedia utk menegur
bersedia utk marah dan bersedia utk dimarah
bersedia utk dikasihi
bersedia juga utk mengasihi
YG PENTING
bukan hanya MENERIMA
tetapi
perlu bahagia utk MEMBERI

Terima kasih pada yg sudi memberi.....

Wednesday, October 7, 2009

selawat syifa'



“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati, kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Renungan dari al-quran

"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat"
(ayat 22: Surah Ar Ra'd)

"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat."
(Ayat 26: Surah Ar Ra'd)

"orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" (ayat 28: Surah Ar Ra'd)


Marilah sama2 kita membaca al-quran dan menjadikan ia rutin harian kita dalam mencari keredhaan Allah..

Monday, October 5, 2009

Perlu Lebih Kuat Kerana Hidup Akan Makin Sukar

Kehidupan kita secara beransur-ansur akan berubah. Masuk ke alam kerjaya. Ada keluarga dan anak-anak. Kenalan semakin meluas dan pelbagai ragamnya.Keperluan kewangan semakin meningkat. Tanggungjawab semakin berat. Semua pihak mula menuntut sesuatu dari kita; dari ibu bapa,anak-anak, suami atau isteri, majikan, , rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Usia pula semakin menua, sekali gus menjadikan jasad tidak selincah dulu.

Ujian dan Tekanan Sunnah Kehidupan

Hari-hari yang dilalui diharapkan semakin mudah, tetapi rupa-rupanya ia tidak berlaku sedemikian. Sebaliknya kita semakin susah. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan ini yang menguji dan menambah tekanan.

Sebelum ini kita mungkin tertekan dengan study dan exam. Rupa-rupanya alam kerjaya tanpa study dan exam jauh lebih berat dan lebih mencabar.

Sebelum ini kita mungkin tertekan kerana hidup seorang diri tanpa pasangan hidup. Rupa-rupanya alam rumahtangga menyelesaikan sebahagian masalah tetapi mengundang masalah lain yang lebih besar.

Semasa bergaji kecil, kita berasa tertekan lalu berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang lebih besar. Dapat pendapatan besar, lain pula bentuk tekanannya.

Inilah hakikat kehidupan. Kehidupan di dunia adalah ujian dan tekanan. Inilah kenyataan yang perlu diterima sebaiknya.

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).” (Al-Balad: 4)

Al-Hasan menafsirkan kesulitan dan kesukaran itu: “Kerana manusia akan menghadapi musibah di dunia dan kesulitan di akhirat.”

Hadapi dan Tinggikan Martabatmu di Sisi Allah

Kita berada di alamNya. Kepatuhan kepada Allah bererti kita mesti menerima peraturanNya.

“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)

Imam al-Mawardi menafsirkan ‘siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya’ sebagai ‘siapakah di kalangan kamu yang lebih redha terhadap ketentuan Allah dan lebih sabar terhadap ujianNya’.

Jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah Maha Adil untuk menzalimi manusia.

“dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.” (Fussilat: 46)

Yakinlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan takdir Allah. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup. Semua itu untuk mengangkat martabat manusia. Lebih tabah kita menghadapinya, lebih tinggi martabat kita di sisi Allah.

Kehidupan generasi awal membuktikan hakikat ini. Mereka diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan.

Saidina Osman r.a. diuji dengan kematian satu demi satu isterinya (kedua-duanya adalah anak Rasulullah s.a.w.). Rasulullah s.a.w. memujuknya ketika beliau berada di kemuncak kesedihan pulang dari majlis pengkebumian: “Jika aku mempunyai yang ketiga (anak perempuan lain yang masih belum berkahwin) akan ku kahwini denganmu.” Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi anak perempuan lain dan Saidina Osman r.a. tabah menerima hakikat itu.

Saidina Omar r.a. diuji dengan kemarau dan wabak penyakit yang menimpa negara Islam selama bertahun-tahun. Kulit Saidina Omar r.a. yang asalnya berwarna putih kemerah-merahan bertukar gelap disebabkan kekurangan makan dan minum. Umat Islam ketika itu menangisi keadaan dan kesulitan yang dihadapi oleh Khalifah mereka tetapi Saidina Omar r.a. terus bertekad untuk menjadi manusia yang paling sedikit makan dan minum di kalangan umat Islam sepanjang krisis ini berlaku.

Kenapakah manusia yang berjasa kepada umat Islam juga diuji dengan ujian hidup? Kerana kecintaan Allah kepada mereka. Mereka menghadapi semua itu dengan tabah lalu Allah mengangkat martabat mereka di sisiNya. Kemudian mereka diuji lagi dengan ujian yang lebih besar, mereka menghadapinya dan martabat mereka akan semakin tinggi. Demikian pusingan kehidupan.

Begitulah Kita

Hadapilah ujian hari ini dengan tabah. Bersedialah untuk ujian seterusnya yang lebih besar. Jadilah orang yang kuat untuk menghabiskan baki kehidupan. Moga Allah menempatkan kita di kedudukan yang tinggi di akhirat kelak.


p/s: Selamat Pengantin Baru kepada semua sahabat2 yang telah selamat diijabqabulkan sebagai suami isteri..lakukanlah yang terbaik untuk Islam...Maaf, banyak walimah yg ana x mampu nk hadiri..mohon maaf....