Sunday, May 31, 2009

PESTA BUKU P.PINANG


Buat Pencinta Buku

Entry kali ini khas saya tujukan buat individu yang tidak berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa 2009, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Insya Allah, Pesta Buku Pulau Pinang 2009 akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula pada tarikh 29 Mei sehingga 7 Jun 2009. Tapak ekspo akan dibuka bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Pesta buku ini merupakan anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Syarikat Adam. Penerbit-penerbit yang akan terlibat dalam ekspo tersebut antaranya ialah PTS, Alaf 21, SASBADI, Oxford Fajar, Longman, Pan Asia, dan Pelangi. Kalau tidak silap saya, penerbit Anbakri Publika, Pustaka Salam, Jundi Resources dan Al-Hidayah tidak ada di situ…(tak ada dalam iklan pun…) Jadi untuk mencari bahan berunsur agama agak terhad. Tetapi jangan bimbang PTS masih ada.

Selain itu terdapat aktiviti lain yang turut berlangsung antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak da keluarga, program setiap bayi satu buk, cari benda tersembunyi, roda ilmu, akal pantas, teka-teki jawi, dan cepat akal.

Potongan serendah 20% sehingga 70% kepada buku-buku yang dijual di sana akan diberikan kepada pengunjung. Jadi jangan lupa untuk berkunjung ke tapak pesta buku tersebut.

Friday, May 29, 2009

TARBIYYAH yang tersemai


hati ini di uji ....
di atas nama perjuangan islam yang suci...

bangunlah...bangunlah...
lemparkan dunia ke lautan dalam..
berjalanlah denagn penuh penghambaan

nescaya........

akan hadir suatu hakikat bahagia
tidak mampu kita fahamkannya

dengan hati
yang hanya
pinjaman dari
Tuhan.

Berdoalah...
Berusahalah dlm batas2 syariat.....
bertawakkallah........
dan Bersabarlah..
yakinlah dengan janjiNYA

kerana janji Allah itu adalah pasti
hanya yang tersoal
adalah bilakah masanya.....

itulah dia Tarbiyyah
yang mendidik hati

supaya sabar dalam menanti....


ujian sentiasa datang,
tidak mengenal siapa...
berhati-hatilah dalam mentafsir ujian..
supaya kita x tersasar,
jatuh ke lembah penyesalan..
kerana....
segala sesuatu yang kita lakukan sekarang ini
adalah pengukuran kepada apa yang bakal diperolehi nanti..


tepuk dada tanyalah iman....
apa yang kita ingini?



PEMIMPINku


tok-guru-nik-aziz-2.jpg

tok-guru-nik-aziz-1.jpg

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

tok-guru-nik-aziz-4.jpg

Namun kerana kau lelaki

Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang maha ESA

(Siso Kopratasa / Habsah Hassan)

tok-guru-nik-aziz-3.jpg

DOA itu.....


Mafhumnya:-Ya Allah kami, anugrahkan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Mafhumnya:- Ya Allah. Sesungguhnya kami memohon kepada Mu kasih sayangMu dan kasih sayang orang yang menyintai Mu dan amalan yang membawa kepada menyintai Mu. Ya Allah! Jadikanlah cinta kami kepada MU lebih daripada cinta kami kepada keluarga dan diri kami dan daripada air yang menyejukkan.


Mafhumnya:- Ya Allah! Permudahkan bagiku untuk mendapatkan suami yang soleh, bertakwa, bersopan santun, meminang dan mengahwiniku serta menyayangi ku dengan penuh kasih sayang kerana Allah dan aku menyintainya dengan cinta yang mendalam kerana Allah. Dan dia jujur pada ku di dunia dan di akhirat dan janganlah engkau tinggalkan aku kesorangan. Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pewaris.



Mafhumnya:- Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.

Mafhumnya:- Tiada tuhan yan disembah melainkan Allah yang bersifat maha mengetahui dan mulia. Maha suci Allah tuhan kepada arays yang maha besar. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Aku momohon rahmat Mu serta keampunan Mu, perlindungan daripada segala dosa, serta pertolongan Mu dalam melakukan kebaikan, serta perlindungan daripada setiap perkara buruk serta aku memohon darjat syurga yang tinggi. Jangan Kamu tinggalkan dosa terhadapku kecuali Engkau mengampuninya, tidak ada kesulitan kecuali Engkau permudahkannya, tidak ada hutang kecuali Engkau permudahkan urusan pembayarannya, tidak ada hajat dunia dan hajat akhirat kecuali Engkau perkenankan hajat tersebut wahai tuhan yang pemurah.

Thursday, May 28, 2009

SYARIAT mengajarkan.....


''dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "jadilah, lalu terjadilah", dan ditangan-Nyalah segala kekuasaaan di waktu sangkakala di tiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
(surah al an'am 73)


"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung"
(Surah Ali Imran 200)


"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya) mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat oleh Allah iaitu: Nabi-nabi, para siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya"
(Surah An-Nisa' 69)


"Allahlah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhlukNya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) supaya kamu meyakini pertemuanmu dengan Tuhanmu"
(Ar-Ra'd 2)


"dan kepunyaanNyalah segala rahsia langit dan bumi. Dan kepadaNyalah dikembalikan segala perkara. Oleh karana itu pujalah Dia dan bertawakallah kepadaNya. Tuhanmu tidak akan alpa terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Hud:123)


"Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pelindung"
(Al-Ahzab:3)


Jika engkau tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Pasti mereka menjawah: "Allah!" Katakanlah: "Kalau demikian, tahukah kalian bagaimana halnya dengan pujaan-pujaanmu selain dari Allah itu, seandainya Allah hendak mencelakakan aku, apakah mereka sanggup melenyapkan bencana itu? Atau Allah hendak menganugerahkan rahmat kepadaku, apakah mereka dapat mencegahnya?" Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku! Kepada Dialah orang yang bertawakal menyandarkan harapan dirinya!"
(
Az-Zumar:38)

Berhati-hatilah dengan nafsu dan syaitan kerana ia sentiasa berusaha mengindahkan sesuatu juga memburukkan sesuatu untuk menjerat makhluk yang bernama manusia...

Oleh itu...
Sentiasalah memohon perlindungan dari Allah daripada syaitan yang direjam supaya gerak hati adalah petunjuk dan isyarat dari Allah. Untuk memastikan mendapat petunjuk Allah hendaklah menjaga hubungan dan syariat Islam. semoga sesuatu yang terjaga menghasilkan sesuatu yang bernilai di sisiNya..insya'allah..

Tuesday, May 26, 2009

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri


KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.



baca lagi....


Filem yang berkisarkan nilaian ilmu, perjuangan dan persahabatan....(bilakah agaknya Malaysia akan keluarkan filem yang hebat macam ni?????hmmm.....)

Bagaimana Muslimah menjadi seorang guru, mengajar seikhlas hati mempertahankan sekolah agama yang hanyalah sebuah pondok hampir roboh dimamah usia..bertungkus lumus mengajar erti hidup kepada anak2 murid kesayangannya.

kanak-kanak itu, ke sekolah tanpa adanya pakaian seragam, ke sekolah semata2 untuk ilmu...

Lintang (seorang kanak-kanak genius, lahir sebagai anak sulung di dalam sebuah keluarga nelayan yang hanya punyai ayah kerana kematian ibu)....dia mengayuh basikalnya dari jauh, terpaksa melintasi buaya lapar semata2 untuk ke sekolah mencari ilmu...

Lintang, ..gigih ke sekolah.....turun dari di awal2 pagi disebakan letaknya rumah yang jauh dari sekolah....juga melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sulung, turun ke laut membantu ayahnya untuk mencari rezeki. seorang yang sangat matang dalam bertindak...dan itulah ertinya, murid bagi kehidupan......

Semangat perjuangan, persahabatan, kecintaan ilmu tersemai bersama....namun akhirnya, Lintang, akur dengan taqdirnya...ayah yang menjadi tulang belakang hidup meninggal dunia memaksanya untuk memikul tanggungjawab itu...berhenti sekolah walaupun hakikatnya dia sangat berpotensi untuk terus melangkah....itulah sistem manusia....

'hiduplah untuk memberi dengan banyak, bukan untuk menerima dengan banyak''
(kata-kata guru besar sekolah muhammadiah)


Kanak-kanak itu.....
Belajar melalui realiti kehidupan.
Penuh kesungguhan walau serba daif kekurangan.
begitu cekal menghadapi perjalanan hidup
belajar di malam yang gelap
hanya berbekalkan suramnya cahaya lilin

ana sungguh2 terkesan dengan cerita nih....tiba2 teringat sekolah sendiri....ana bangga dengan sekolah itu dan jugak rangkaian2nya...dibangunkan atas asas iman dan taqwa, melahirkan pelajar yang faham apa itu perjuangan islam yang suci....

SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) MAAHAD MUHAMMADI
Walaupun engkau melahirkan produk gah negara...
namun dirimu tetap disepikan
masih dimanipulasi media....

Pembohongan Tv3 ’suku’!

Boleh dilihat disini!http://www.youtube.com/watch?v=juywPqMFKG0

Namun begitu, peristiwa sama yang berlaku kepada Pelajar Terbaik Negara 2006 berulang lagi, gara-gara kerana malu untuk mengiktiraf kejayaan pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan yang satu ketika dahulu ditarik bantuan perkapita oleh pihak kerajaan sehingga sekarang!

Buletin utama tv3 jam 8.00 malam ini sekali lagi telah membohongi rakyat malaysia dan kelantan khasnya apabila menyatakan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat negeri Kelantan adalah pelajar dari SMKA Naim Lilbanat sedangkan beliau adalah dari Maahad Muhammadi Lilbanat (perempuan).
Sebuah sekolah agama kerajaan negeri Kelantan. Rakaman temuramah sebenarnya dibuat di dewan sekolah tersebut di Jalan Merbau, Kota Bharu bukannya di Pasir Mas yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat pengerusi jawatankuasa pendidikan, pembangunan islam dan dakwah negeri kelantan. Cukuplah pembohongan tv3.



tensen bile tengok tv3 nih.....hmmm
tp ....
ana kata kan pada sekolah itu.....
"biasala tu sekolaaaahhhh .... itulah nama nya perjuangan...kan??????????"

Bila la sistem pendidikan kita akan ISLAM SEPENUHNYA...tidak lagi SESEKULAR sekarang nihhh....xde masalah pon sekolah agama macam tu nk maju, kenapa xnak ikot???adakah kerana itu dari pembangkang???????????hmm...entahlah labuuuu...kalau senang2 je 'diorang' ikot, xde la Al-Quran tu cerita tentang perjungan.........

innallaha ma'ana....
TAKBIR!!!!

Monday, May 25, 2009

KEINDAHAN dan KEINSAFAN

Hujung minggu lepas..bekerja dalam cuti.....hmmm...turun ke Balik pulau...di kawasan pulau betong untuk siapkan kaji selidik..dalam pada menyiapkan keje2 tu, sempat jugak menyinggah sekejap di pantai...tp ana pon lupe nama pantai tu...tp kat pulau pinang la..area pulau betong..cantik sangat2...dah lama x p pantai...dari atas bukit nampak bawah yang sangat2 cantik..subhanallah...pegi sana pon on the spot, xde dalm schedule pon..tu la dia TAQDIR...Ada 'sesuatu' yang Allah rancangkan......begitu cantik ciptaan Allah....

Ni'mat apa lagi yang kita ingin dustakan???ana terfikir sendiri....

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” QS. Ali Imron (3) : 190

“Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah disamping Allah ada tuhan yang lain? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).” QS. An Naml (27) : 60

kagumnya melihat ciptaan Allah itu...kadang2, kita sendiri lupa, berapa sangat masa yang kita gunakan untuk mengingat Allah???kadang2 kita asyiiiiik sangatt mengimbau kenangan lama....tapi, jarang sekali memuhasabah diri, adakah diri kita ni sudah betul2 kembali kepada Allah????...

2 hari di Pulau Betong, ana dapat habiskan 1 buku....tajuknya 'Nilai Cinta Menurut Penilaian Al-Quran'...buku tu sangat menarik..(*tp lupa nama pengarangnya)

Terasa sangat2, macam diri sendiri dipanggil Allah untuk memikirkan kebesaranNya..rasanya diri sendiri ni dah sering sangat lalai dan leka dalam ni'mat yang Allah bg...padahal....ni'mat2 tu, hakikatnya semuanya adalah makhluk bagi Allah...

ana teringat sedikit point dalm buku tu....kisah rabiatul adawiyyah yang sangat cinta pada Allah, dalam munajatnya, dia mengatakan...

''adakah manusia itu beribadat semata2 keran syurgaMu Ya Allah???Adakah mereka beribadat semata2 untuk menghidarkan diri dari neraka dan azabMu Ya Rahman.....jadi, dimanakah mereka meletakkanMu Ya Rabbi....Adakah jika Engkau tidak menciptakan Syurga dan Neraka, mereka tidak akan bersujud kepadaMu????"

ana termenung sejenak...terfikir2...itulah nilaian hamba yang sebenarnya...beribadat, bersujud kepada Yang Maha Agung semata2 keranaNya...kerana Cinta kepadaNya, kerana Rindu kepadaNya....itulah nilaiannya.....

Cinta dan kasih sayang itu adalah makhluk
diciptakan dan dianugerahkanya kepada sang pemilik2 hati....
sebagai pelengkap naluri...
supaya....
manusia itu menjadi insan
yang meletakkan cinta kepadaNya
sebagai
CINTA YANG HAKIKI...CINTA YANG TERTINGGI...

bersyukurlah kepada sang pemilik hati,
yang dianugerahkan ni'mat perasaan cinta dan kasih sayang
maka,
yang PALING UTAMANYA ...
kita kembalikan ia kepada YANG MAHA PENCIPTA..
kerana dari situlah kita akan bertemu dengan cinta yang sebenarnya......

Cantiknya alam ciptaan Allah itu
Namun, bagaimana nilaian cintaku kepadaNya,
Masih lagi tertatih2 mencariNya...

Siapa kita untuk meletakkan Allah menunggu2 kita untuk bersujud bertaubat kepadaNya???
sedang Allah sentiasa memanggil2 hambaNya....
Allah sentiasa ingin mendekati hambanya..
betapa gembiranya Allah bila mendengar rintihan hambanya...
betapa riangnya Allah bila hambaNya mengangkat tangan, menadah memohon kepadaNya....
itulah Allah, Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

akhirnya....

sama-samalah kita menjaga hubungan dengan Allah....
maka...
Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia...

Terima kasih Ya Allah
menganugerahkan ilmu
pada hambaMu
Yang sememangnya
terlalu banyak dosanya....

Innallaha Ma'ana....

Wednesday, May 20, 2009

Ni'mat itu.....

RB....
ringkasnya nama rumah itu...teringat kat rumah lama ana di shah alam...BS....macam mane la agaknya....

RB......
Rumah yang ana kira banyak mencorak tarbiyyah ana..walaupun baru 4 bulan jadi ahli rumah tu, rasenye sangat2 manis....penuh dengan suasana Tarbiyyah..membina diri untuk jadi manusia yang ikhlas kerana Allah...terima kasih sahabat2.....

Pengisian di RB....
setiap selepas subuh dan selepas maghrib akan ada majlis ta'alim selepas baca mathurat...walaupun ada yang bz, tapi tetap akan dijalankan majlis itu walau 10 minit..walaupon kadang2 hanya 2 orang tp, tetap juga diteruskan..kerana itulah disiplin...itulah amanah yang wajib dipenuhi....sekadar untuk mencorak hati.....dan memuhasabah diri..

Majlis Ta'alim..
pagi tadi, taalim berkaitan dengan:

'merasa aman dengan dosa'

ana nak ulas sedikit tentang tajuk itu yang ana kira sangat memberi kejutan keinsafan pada diri...

' Rasulullah suka ulang2 doa ini ....
Ya muqollibal Qulub, Tsabbit qalbi 'ala diinik wa'ala to'atik....
wahai YANG membolak balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu) ...

Allah membolak balikkan hati manusia itu lebih laju dari hembusan angin...saat itulah, kita terlalai denganNya...nauzubillah...

Maghrib mlm td juga ada majlis ta'alim,
berkenaan dengan, kepastian kita adalah yang TERAKHIR...maksudnya adalah, kita akan dinilai oleh Allah dengan bagaimanakah pengahiran kita nanti...mungkin skrg kita baik, tapi kita x pasti, akhirnye kita bagaimana...dan boleh jadi yang kita anggap x baik itu, berubah menjadi baik diakhirnye...

jadi antara kedua2 pengisian yang ana dapat pagi dan malam itu, banyak hubungannya...

cume ana nk simpulkan sket apa yang ana phm dan apa yang mengajar ana...

" setiap manusia itu adanya 2 peneman yang menjadi pelengkap kepada seorang manusia normal....iaitu NAFSU dan IMAN....

dan sentiasa berwaspada itu adalah taqwa...yang mampu menyuburkan IMAN dan menundukkan NAFSU...kadang2 kita rasa kita baik, itulah NAFSU...kerana TAQWA tidak akan merasa begitu....sebab itulah, MUHASABAH ITU PENTING...

ana teringat 1 kata2,(lupa la hadis ke ape)

'jika kita x mampu bangun tahjjud, jangan berani buat maksiat di siang harinya...'

1 kisah....
'ada 1 kisah seorang abid dan seorang pencuri....pencuri ingin bersama abid untuk mendapat tempias kebaikan dari abid itu, manakala abid pula ingin menjauh dari pencuri kerana takutnya tempias keburukan dari si pencuri, maka, Allah telah membuangkan semua amalan kebaikan yang dilakukan oleh abid itu dan juga menbuang semua keburukan si pencuri itu...'

kefahaman dari cerita....
'abid itu merasakan dirinye baik, sedangakn pencuri merasakan dierinya x baik...jadi, siapakh si abid di depan ALLAH???????sama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri kita...moga2 Allah bersama2 kita....

MUHASABAH DIRI.....
tibe 2 terfikir sesuatu.....LALAI DALAM NI"MAT...ujian paling sukar untuk dikesan....amat halus menjalar dalam urat tubuh, hingga menghilangkan rase BERTUHAN..tibe2 je hati rase galap....susahnya menitiskan airmata dikala bersujud mengadapNYA...nauzubillah....

Ya Allah, kembalikan kami dalam hidayahMU, jangan engkau lemparkan kami dibawah murkaMU lantaran maksiat yang kami lakukan....sesungguhnya hambaMU ini tidak mampu menepis apa2 melainkan dengan keizinanMU....YA rabbana.......terangkan hati kami dengan hidayahMU....kuniakanlah kepada kami kesudahan dan taqdir yang baik..Permudahkanlah urusan kami Ya Allah..Peliharalah kami disisiMu, sesungguhnya hanya kepadaMU kami bertawakkal...Amin

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU......

selamat hari guru buat semua yang bergelar guru....

xkesah la jadi guru ape pon...

guru kelas ke....

guru tuisyen ke...

guru iqra' ke...

hmm...naqib/ah pon guru jugak...


lagiii...


guru ajaq sukan ke...

guru ajaq nasyid ke...


ape2 je la lagi....


sebabnya....siapa yang ajar orang lain walau dengan mengenal huruf A sekalipun, itu juga adalah guru....mak ayah kita pon cikgu jugak kan???


jadi, x spesifik la....guru ni terlalu luas maksudnye...


cume yang formalnya guru yang kat sekolah la.....huuu...


so, selamat hari guru buat semua guru...terutamanya guru2 yang mengajar ana =)


Semua guru yang mengajar ana di:


Sekolah PASTI AL HIDAYAH, Kg Kedemit Wakaf Bharu Kelantan (Tahun 1991)

Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu Kelantan (1992-1997)

Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Lilbanat Pasir Pekan, Kelantan (1998-2004)

Kolej Matrikulasi Pahang (2004-2005).....(kat matrik kitorang panggil cikgu jugak....)

UiTM Shah Alam (2005-2008) ...awal2 dulu tersasul panggil pensyarah cikgu..huuu...sah budak dari matrik la tu camtu tu...huuuu


terima ksih cikgu2 semua...moga Allah ganjarinya dengan pahala sebagai bekalan kesana...


X lupe jgk buat sahabat2 yang jadi cikgu...(ramai la..nak state takot ada tertinggal, nanti ada yang sedih plak....jadi ana wish general jek la noh).....teruskan perjuangan...semoga thabat dalam perjuangan islam yang tercinta....


dan


juga x di lupai ...my brother...Mohd Suhaime Bt Muhammad.....Guru di sekolah Dato Jaafar Johor Bharu.....keje leklok yer.....jaga anak2 murid baek2....jangan lupa jaga adik hang ni pulak...huuu



Wednesday, May 13, 2009

MAHALNYA sebuah HIDAYAH

Renungi kembali sejarah silam...
Muhasabahlah diri...

Saidina Umar.....
siapa sangka, Insan ini yang dulunya zalim....sanggup menguburkan anaknya sendiri....TAPI....akhirnya berubah menjadi pembela kuat Rasulullah hanya asbabnya terdengar alunan 'toha'.....

Khalid al walid
siapa sangaka insan ini yang dahulunya menjadi panglima perang menentang Nabi, bertukar menjadi sezuhud2 manusia??sanggup manjadi kuli walaupun ternyata hebatnye dia mangatasi segalanya....

bersyukurlah....
tatkala ujian itu datang
kerana, ia menandakan
Allah sentiasa mengingati kita...
tidak dibiarkan kita lalai sendiri
jatuh kita
dipimpinNya
untuk bangun kembali....
nikmat Allah yang manakah yang kita dustakan??

usah ditangisi kehidupan lalu...
ayuh kita menjengah jendela taubat..
kerana disitulah
terletaknya nilai seorang hamba....

sejarah manusia membuktikan...
tiadanya manusia yang sepenuhnya sempurna....
apalagi kita yang terlalu jauh zamannya dengan baginda Rasulullah...
sesungguhnya............
kita tidak akan mampu
mengintai apakah yang Allah rancangkan untuk kita..
mungkin diberinya sesuatu takdir yang baik
lantaran niat yang ikhlas
siapa pun tidak akan mampu menyangkakan...
kerana
berlakunya sesuatu itu...
dibawah perancanganNya...

oleh itu......
bersyukurlah....
disaat kita di uji
kerana disana tersembunyi rahsia
MAHALnya HIDAYAH Allah.......
dikurnikan hanya kepada
insan yang dikehendakiNya..
Ni'mat Allah yang manakah yang kita dustakan?


jangan dilihat berdurinya mawar itu mencacatkan,
tapi...
hidu lah harumnya yang mengasyikkan

jangan difikirkan hujan itu menyusahakan
tapi...
rasailah kesejukannya membuai tidurmu


setiap yang berlaku itu
pastinya...
ada HIKMAH yang TERSEMBUNYI...

kita boleh mengimpikan sesuatu, kerana itulah fitrah manusia...
namun, jangan sekali-kali kita lupakan...
bahawa...
tidak semuanya yang kita impikan itu adalah yang terbaik untuk kita...
kerana DISANA...ALLAH merancangkan sesuatu yang lagi baik dari perancanganmu...

sesungguhnya....Allah mengetahui masa depanmu sedang dirimu tidak mengetahui..maka,letakkanlah keyakinan itu disisiNya...Krn...Dialah penjaga yg TERBAIK..


Innallaha ma'ana...

Wednesday, May 6, 2009

Balik kampong.....jom!!!

ni situasi2 kebanyakan org yg penah hidup di zaman kecik2 dulu....

masa kecik2....duk kat kampong......main-main kat kampong.....hmmm...best sangat2 kan??

pegi sekolah balik sekolah...petang2 plak, naik basikal...xpon, duduk kat depan umah....tunggu ayam masuk reban...=)



sekitar zaman sekolah....ni kes budak sekolah agama, di sekitar pemerhatian dan pengalaman...=)

di sekolah,sebenarnye kita telah dilatih...cikgu bagi ilmu...bekal untuk 'kehidupan'...tapi kadang2 kita yang sempitkan....bile cikgu ty...kenapa kamu belajar?sebab ape kamu belajar? kita kate...'belajar untuk masuk u'...hmmm...tu la silap kita....jadinye, ape yg kita belajq semua dh ilang....sebab kita belajaq utk masuk u.....tol x??


jadi, kat sekolah dulu, belajaq banyak sangat2...bayangkan dari peralihan,ting 1, ting 2, ting 3, ting 4,ting 5 n ting 6....banyak kitab dah abes....siap hafal lagi kitab tu..bab2 hafal ni budak sekolah agama semangat sket..sebab boleh skor..padahalnye, dalam banyak2 yang dihafal tu, banyak yg x phm dr yg paham..huhuhu....sebab tu la, kalau tertinggal sepatah perkataan yang x ingat, abes laaa...semua yang kat belakang dah x ingat dah....sebabye???hanya hafal...x pahm ape dia...padahal boleh jek alter sket2, wat ayat sendiri...tp maklumla...kecik2 lagi tyme tu kan???.huuu...tp...pk2 balik..kemana dah semua hafalan2 tu ek???mmm????sirah pon same...ingat lagi ustaz yg ajar sirah dulu...garanggggg sanagt2...kalau ada perkataan arab yg kite x tau makne, nanti dia rotan tangan..hukhukhuk...so, dari malam dah ready dah...tp untuk subjek tu je laaaaa...huuu...baekk punye budak...hiii

Join Usrah......
ana ingat zaman sekolah dulu memang sangat2 best..baju serangam pon lain dari sekolah lain..huuuu...kat kampong tu, ada 2 org je pakai pakaian seragam sekolah camtu..adik beradik dalam 1 family..huuu....

dan,



waktu kat sekolah , banyak benda yang kite belajar sebenarnye...hampir 80% perangai kita ditarbiyyah sewaktu di sekolah...sebab mase sekolah tu la cabarannye lain..dlm proses mengenal zaman remaja...silap langkah jatuh terjunam...mmm...bahaya sanagt2...(lagi2 zaman sekarang ni...dah jauh berbeza...masa zaman dulu2, mane la ada benda2 pelik cam sekarang ni....huh...)

masuk2 je sekolah tu, tu dia orientasi sebijik cam 'TAM'...garang plak la akak2 ni..ooo...akak2 je la tarbiyyah kitrg, sebab sekolah tu semuanye 'banat' je....xde 'banin'...jadi, akak2 la yg mencorakkan kami semua..thanks akak2...ingat lagi kat sorang akak ni, baekkk sangat2....macam ne la diasekarang ni kan???dah lame x jumpe dia...

ooo, berbalik cerita zaman mula2 masuk sekolah tu, awal2 dah kene paksa p usrah...pelik..ape tu usrah???jadi, mula kenal usrah pon masa tu la....kat sekolah tu....tapii...masa tu,kecik2 lagi... join usrah pon celup2 lagi....sekali tu, kena panggil ngan ustazah..padan muke...huuu...dah la nak masuk sekolah tu pon susah..kene jawab soklan, temuduga....n amek exam..huu...rasenye sebijik macam nk amek KPLI je...

mase kecik2 dulu tu, masih x faham kenapa kene join usrah...hmm...kenapa ye kene join usrah? xcukup ke belajaq dlm kelas?tauhid ada, feqah ada, sirah ada, akhlak ada...semua2 ada...siap usatzah lagi yang ajaq...kenapa kena join usrah lagi???huuuu...

masa awal2 tahun start sekolah, akan kuar name kat board...setiap awal2 tahun memang akan macam ni....ramai la yg akan p tgk name...xtau la..maybe excited nak join usrah kot...ataupon, nk chek kot2 la name terlepas dari senarai group......hiii....so, bile kuar name masuk group mana2, mula la carik nama geng2....huuu....x same geng x best la...ada gak la yg p rayu2 kat ustaz nak tukaq group usrah...nak same2 kawan2....hmmm...ustaz pon jawabla....'ustaz bukan ape, nak ntunna semua ni kenal jugak sahabat2 len, bukan kawan2 ntunna tu jerr''....=( sedih la tyme tu.....

masa berlalu dan berlalu....
Bile dah makin besor sikit tu, dah makin paham la, nape kene join usrah..masa tu la nk sangat2 p usrah...masa pon makin suntuk...maklum la di sekolah tu, setiap tahun ada exam....jadi kadang2 pelajar nye tengok pada akdemik...padahalnye usrah sekali seminggu jek..bukan kena carik tempat lain pon, kat kelas pon boelh, kt taman sekolah, kat mane2 pon ok...tp, cabaranye lain pulak...cume tu la...kadang2 tu terikut geng2 gak...dapat geng yang x suke join usrah, kadang2 tu terikut la gak..ishhh...ape la salahkan org len plak???ish..ish..ish...astaghfirullahala'dzim....

ok, dah abes pasai usrah...kite ke situasi len plak....

hmm...situasi dalam kelas....

masa tengah belajaq tu, belajaq sungguh2...kadang2 x p rehat pon tyme rehat...sebabnye...x siap keje sekolah...add math lebih2 lagi...tunggu copy jek...hiii...result pon power la....terkorban waktu rehat...tp dh beli kuey awal2, tunggu tyme makan bile berpeluang....'kantoi'...huuu...air pulak letak kat tengah2..antara meja...jap2 minum...cikgu pon pelik...ape la budak2 ni buat....laaaaa...minum air rupenye...tp, cikgu tu baek...dia kate: 'xpe...asalkan kamu bersemangat nak belajar...tp, janganlah makan nasik plak...tu melampau laaa".....huuu...

masa cikgu mesyuarat...waaa..tu la masa untuk buat forum...kat tempat geng2...huuuu...biase la...sesi imbas balik cerita drama2 tv yg tengok malam td...huu..macam2 la kan???padahalnye masing2 dah tgk, tp nk jugak citer balik.....hmmm...pelik jugak pk2 balik...tu la ukhwah namenyer....salah satu cara ertakan ukhwah...berkongsin cerita....huuu....tp kadang2 tu baek la jugak...buat keje sekolah, hafal kitab...(prepare untuk disoal nanti)....

masa rehat...
p rehat ramai2 kat kantin....tp kadang2 je beli makanan kat kantin tu...sebab x nak beratur....jadi beli siap2 kat umah....bawak air sendiri...then makan ramai2...penah jugak dulu, sekolah keluarkan rules...x boleh beli makanan kat luar....tp, sekejap jek...sebab x boleh kontrol...after makan, p koperasi sekolah...beli gule2...prepare mkn tyme ngantuk2....biase la tu...cara pencegah mengantuk yg senang...

banyak lagi la...ni just yg rutin2 je.....x kire lagi yg perkampungan ilmu, bakaq ayam ramai2..kelas tambahan petang..makan goreng pisang....n jamuan akhir tahunnnnn....sedey2....terutamanya form 5...sebab ramai yg dh kuar....tp...sambung amek STAM lagi best kan???mmm...

18tahun di kampong.....13 tahun untuk sekolah....

kesimpulannya....

setiap saat kita semua ni adalah berbeza....dulu lain, sekarang plak lain...dulu cabarnnye macam kecik kalau kite tengok dari perspektif kite sakarng ni, padahalnye masa tu, kirenye besar la jugak...sebab tu kita xleh nilai kita dulu2....kita kena sentiasa ingat...cabaran amnusia ni ikut kemampuan dia...dah tingktan 3 mesti la aemk PMR...xkan nk berebut amek UPSR plak...dah PMR jangan lekehkan adik2 yang amek UPSR kononye soklan UPSR tu senangggggggg la sanagt...tu kite...bukan adik2 tu...jadi, bile kita nk berckp, kita kena melihat sape audience kite...x leh main bantai jekk....

masa kecik2 pon kita dah paham ape itu kawan, sahabat, riangnya hidup bila ada kawan2 yang memahami...siap x nak p usrah aklu x se geng...huuu....tu la pentingnya ukhwah....ikatan yang suci....lillahi taala....

belajar...itu adalah amanah....setiap saat kita belajar...bukannya bile dah grad, dh keje, kirenye x belajr....bagi ana belajar tu konteksnye terlalu luas...belajar mengenal kehidupn..belajar supaya menajdi lagi matang, lagi dewasa, lagi memahami situasi...tu semua belajr...hmm....

dan....
jadi cikgu...pekerjaan yang sanagt2 mulia...terutamanya bile anak2 muridnye jadi baik...pahala dapat kat cikgu...sebab tu, cikgu kene selalu betolkan niat...mengajr kerana ape???yer???kerja2 lain pon kene betol niat jugak....haaa...jangan kate x plak....ana pon nk jadi cikgu...kalu ada rezeki....huuuu

sekolah...
kalau kite hitung2...kita banyaknye habiskan masa kita di sekolah...5 tahu je mak ayah kita jaga sepenuh2 nye...after tu, tyme cuti dan waktu balik sekolah je ada ngan family...sepatutnye banyak la ilmu yang kita dapat...tp, mungkin sebab 'ke sekular an' institusi pendidikan kita sekarang ni menyebabkan kita rase outputnye kurang berkualiti...ibu bapa nk antar anak2 ke sekolah pon risau...takut2 terikut dengan budak2 lain...ibu bapa yang fhm islam ni dah ajr anak2 dia baik2 dah, tp...kesan kat sekolah pulak...

hmmmm....pening jugak...sebab tu kena pilih sekolah yang baik...mahal sket pon berbaloi la daripada kita letakkan anak2 kita jadi mangsa...parah dah rasenye sekolah2 kat malaysia sekarang ni...
usrah...pentingnya p usrah ni untuk membina kesatuan...jati diri, kefahaman, semangat...name pon usrah=family....bagi kite xde family macam xde tempat kan???kite letak la formula yang same pada usrah...same la tu....jadi, jangan cilok2 p usrah....

ishhh...panjangnye rasenye menulis hari ni....ape yang ana nk fokus adalah.....

'masa lalu tetap masa lalu...yang sekarang adalah kita...dan amnfaatkan yang sekarng utuk hasil yang baik di masa depan...jangan tunggu esok, kerana kita x pasti adakah esok itu adalah untuk kita....'

Sentiasa muhasabah diri, cari kemampuan diri, cari apakah yang kita boleh buat untuk islam....kerana setiap dari kita masing2nya ada 'keunikan' yang tersedni...hadiah dan ni'mat dari Nya....jangan sia2 kan ni'mat itu.....

Berjuang itu pahit kerana syurga itu manis...berjaunglah kerana Allah, yakinlah bahawa disisnya ada janji yang pasti...pasakkan keyakinan dalam diri....kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...usaha dan tawakkal......jika Allah menkehendaki sesuatu itu berlaku, tiada sesiapa yang mampu menghalangnya...begitulah juga sebaliknye....

Teruskan perjuangan dimana jua kita berada......ingatlah Allah sentiasa bersamamu...I'allah, ketentuan Allah itu pasti....yakinlah dengan janjiNya...


Tuesday, May 5, 2009

hikmah 7 ayat

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

  • Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  • Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  • Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  • Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  • Mengucap La Haula Wala Kuwwata Illa Billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  • Mengucap Inna lillahi Wa inna Ilaihi Rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  • Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. Mudah-mudahan ingatan kita sentiasa mengingati ALLAH maha pencipta dan kekasihnya Nabi MUHAMMAD Sallallahualaihiwassalam.

Monday, May 4, 2009

Dimanakah Cantiknya seorang wanita

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Mahalnya PERKAHWINAN Bila Adanya KETENANGAN

MAHALNYA PERKAHWINAN BILA ADA KETENANGAN
www.iluvislam.com
dihantar oleh: sharmerlyana
(koleksi ANIS/ temubual: Zakaria Sungib)

editor: azzahra_solehah


“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan. Ketenangan ini yang paling mahal. Sebab itu dikatakan "rumahku syurgaku",
kata perunding motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz.

Ketenangan memang dicari-cari oleh manusia. Bagi seorang lelaki misalnya, apabila hendak mendirikan rumah tangga, fitrah hatinya inginkan seorang wanita yang solehah sebagai teman hidup kerana, menurut Dr. Shafie, “wanita solehahlah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. ”

Isteri yang solehah, ujarnya, akan menjana aktiviti amal soleh di dalam rumah tangga yang menjadi saluran Allah datangkan ketenangan atau kehidupan yang baik.

Firman Allah:
“Siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…”
(An-Nahl: 97)

Isteri yang solehah juga menyejukkan pandangan mata, sekaligus menenangkan jiwa.
“Dalam berumah tangga, kita hendakkan kehidupan yang lapang dan tenang. Tapi kenapa rumah tangga jadi sempit?” soal Dr. Shafie (pengasas Kaedah Al-Huffaz, teknik mudah menghafaz al-Quran).

Beliau berkata, sempitnya rumah tangga disebabkan kita tidak ikut formula yang Allah beri dalam mengatur kehidupan. “Dalam memberi ketenangan, Allah tidak beri begitu saja. Ada formula, ada peraturannya,” ungkapnya dalam pertemuan di pejabatnya di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Jelas Dr. Shafie, secara umumnya hati akan tenang bila ingat Allah.
“Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,” demikian maksud firman-Nya (Ar-Ra’d: 28).

Di dalam solat, kita memohon melalui bacaanAL-FATIHAH, “Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat …”.

Nikmat adalah sesuatu yang setiap orang suka dan ia boleh menenangkan hati atau memberi kebahagiaan. “Tetapi dalam realiti,” terang Dr. Shafie, “orang hanya melihat nikmat itu ada pada harta, isteri, anak-anak.”

“Ada yang banyak harta, banyak anak tapi tak bahagia. Kalau semua yang kita miliki itu dapat mendorong kita melakukan amal soleh, barulah ia menjadi sumber kebaikan (dan ketenangan),” jelasnya, merujuk pada amal kebaikan yang dilakukan dalam keadaan beriman iaitu yakin kepada Allah dan ganjaran di akhirat.

Allah menjelaskan, “Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.” (Thaha: 124)

Oleh itu, kehidupan yang sempit selepas kahwin adalah natijah dari tidak mengikut aturan Allah dalam mengatur rumah tangga, termasuklah seawal memilih jodoh lagi. “Kadang-kadang sudah bagus dalam memilih pasangan tapi di hari perkahwinan banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberi efek kepada perkahwinan,” katanya, memberi contoh amalan bersanding, unsur muzik dalam majlis walimah, mahar yang menyusahkan dan sebagainya.

Dr. Shafie berkata, “Mesti balik kepada formula yang digariskan oleh agama. Kalau tidak, kita akan membinasakan diri kita.” Katanya, rumah tangga yang baik tidak akan lahir jika agama hanya diletakkan sebagai satu segmen kecil dalam kehidupan. Sedangkan, menurutnya, agama Islam itu ad-deen – formula kehidupan.

“Melalui agama, semua formula kehidupan Allah sudah ajar kepada kita,” katanya. “Dalam kehidupan ini setiap sesuatu ada formulanya,” tambahnya, dengan memberi contoh perlunya kita ikut resipi jika hendak buat kuih.

Katanya, Allah telah memberi formula melalui sabda Nabi-Nya, kalau berkehendakkan kehidupan yang baik, rumah tangga yang balik, pilihlah calon pasangan yang beragama. “Manusia memang sukakan kecantikan, tapi asas pemilihan nombor satu mesti agamanya. Agama itu mencetuskan ketenangan,” katanya.

Dr. Shafie berkata, jika formula dari Allah ini dituruti dalam mendirikan rumah tangga bermula dari pemilihan jodoh lagi, dari situlah tercetusnya ketenangan yang akan menjadikan mahalnya sebuah perkahwinan.

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" (Imam Nawawi)