Tuesday, July 20, 2010

DUNIA & KEHIDUPAN

teringat perbualan dengan my dear sis last week......masa tu kami di hotel uptown, kajang..sehari sebelum majlis perkahwinan di kajang 17 julai....

___________________________________________________________________

apa itu dunia ea? mmmmm....dunia tu ...mmm....sebelum akhirat laa.....tanya dan jawab sendiri....adik fatin terpinga2..

kalau akhirat maksudnye hari kehidupan selepas dunia.. maka, dunia adalah kehidupan sebelum akhirat la eaaa...kan3?fatin bertamabah2 berkerut2...

mmmm.....ke, dunia tu adalah bumi? adikku menggeleng laju...xlaaaa.....mmmm....kemudian, ffatin bersuara:

" dunia itu adalah kehidupan, dah xde kehidupan, mulalah akhirat, kehidupan selepas dunia...."

eaaaaaaaa....ana tersenyum....betol3......

ok, abes citer tentang word "dunia"

__________________________________________________________

sekarang cerita tentang kehidupan di dunia plak>>>>>

apa yg ana faham, dunia dan akhirat adalah ciptaan Allah yang Maha Agung...xble kita nk fikir macam mana..kan...

emmm.....td, tengok rancangan "TANYALAH USTAZ, rancangan kegemaran sebelum kaki dilangkah menuju ke tmpat keje...... td cerita tentang "cinta Abadi disampaikan oleh ustaz syukri" katanya, kita kalau letih2 berjalan, bersinggah di mana2 sekejeap utuk melepaskan lelah, minum air dan ape2 sahaja....selepas pada itu, perjalanan perlu diteruskan lagi, xkan tetap disitu smp bile2.....itulah sifirnye....dunia adalah sekadar persinggahan menuju ke negeri abadi yakni akhirat...dan di dunia itulah wujudnya macam2 cerita.....bermacama2 ragam org...dan bermacam2 suasana yang kita kena hadapi....itulah manisnya hidup...lagi manis apabila kita hadapi semuanya itu dengan meletakkan bahawa, kita sedang di uji.....DIRI SEDANG DI UJI....ya!!!!!!! menguji ketahanan iman, menguji kemantapan tarbiyyah dan menguji kematangan diri...

___________________________________________________________________________________

teringat lagi perbualan dngn adik fatin....
kali ni, kakak dia yg bercakap..saje2 nk bercakap je la ni....

"positif dan negatif memang ada...memang wujud...tapi, dalam ujian, semua perkara adalah positif...jatuh itu positif, gagal itu juga positif, dimarahi itu pun positif dan x disukai org pun adalah positif..kenapa ea????sebabbbbb.....ALLAH TIDAK AKAN CIPTA SESUATU ITU SIA-SIA....itu shj jawapannya...ringkas tp....penuh makna....segala yg terjadi tu ada hikmahnya..jadi...kembalilah pada cinta abadi tu td....Allah nk kita sentiasa ingat pada DIA....xlalai, dan sentiasa ada tawakkal dalam hati.....

__________________________________________________________________________________

kadang2, kita xsabar....kadang2 kita suka ikut emosi...kadang2 kita terlepas kata2...mmmmm......maka...mulai dari hari ini...cuba ubah diri menjadi hamba yg sentiasa bersyukur..kan org yg kuat tu adalah org yang mampu menahan marah.....kan3? dan org yang paling baik adalah yang mampu bersabar atas musibah yg datang....

......"kan ke kita ada sifir ni..SABAR..."sabar laa....rugiiii je sebelum2 ni kita sabar kalau skrg kita dah x sabar, byk perkara yang tersembunyi daripada sabar tu...." sabar3......=)

_________________________________________________________________________________

ALLAH XKAN CIPTA SESUATU ITU SIA-SIA....JANJI ALLAH ITU PASTI....APA YANG PELRU KITA BUAT ADALAH......CUBA UNTUK JADI YANG TERBAIK DI MATA ALLAH....INSYA'ALLAH, KITA JUGA AKAN JADI YANG TERBAIK DI MATA MANUSIA.....

_________________________________________#####_______________________________________
fasobrun jamiil....

Thursday, July 8, 2010

BERSYUKUR

bersawang sudah blog ni.terlalu lame....sgt2 lame tak update.....ish3.....moga2 hati ni x ikut bersawang seperti sawangnye sang blog...urmmm....

Muhasabah diri balik yerrr......
'baekkkkk' (gaya shin can =)

12 jun 2010, bakal memulai 1 perjalanan...perjalanan jauh penuh cabaran menguji kematangan diri..mudah2han kami mampu hadapi semuanya dengan rahmat dan kasih sayangMy Ya Rabbi....

usaha + doa + Tawakkal....itulah formulanya....

suamiku, nilaian yang x ternilai harganya...x mampu terucap dengan bait kata-kata betapa ku bersyukur dengan anugerah itu...

YA ALLAH,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin.

Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

terima kasih YA RABBI.......

Saturday, May 22, 2010

Siapa Lelaki Dayus ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net


Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.


Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.


Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.


Nabi SAW bersabda :-


ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )


Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?




ERTI DAYUS


Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-



1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله


Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)


Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus


Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-


هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah, 2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)


Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )


Berkata pula An-Nuhas :


قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)


Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )



Imam Az-Zahabi pula berkata :-


فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )


Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.


Dayus adalah dosa besar


Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :


لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )


Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.


Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :


والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )



Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-


الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )


Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah


Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.


Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.


"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"


Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.


Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.


Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi


قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.



Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-


" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"


Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.


Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.


Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.


Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharudd in.net/

17 Julai 2007


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DAN AHLI KELUARGA DARI BAKARAN API NERAKA...AMIIN

Saturday, March 27, 2010

CINTA: ia penyakit & ia penawar!

• macam mana nak rawat penyakit cinta??!! macam mana nak kuat menghadapi
cinta?”
• “gunakan CINTA untuk rawat penyakit CINTA..”


CINTA.....
Dia melindungi aku. Aku melindungi dia. Cukup. Noktah. Aku tidak mahu dia tersungkur rebah keranaku, dan aku tidak mahu terlalai kerana dia. Aku sepenuh hati mencintainya, maka aku ingin menjaganya. Menjaga agar dia tidak lari dari Pencipta Cinta. Dia mencintai aku sepenuhnya,maka aku dijaganya sepenuh hati agar tidak lari dari syariat. Maka, cukup! Cukuplah aku dan dia berkasih dalam doa. Cinta yang rahsia. Menggunung tinggi, tanpa sesiapa pun tahu. Namun Allah tahu. Lafaz yang tersimpan ini akan terluah setelah Allah mengizinkan. Kuasa Hebat yang menyatukan dua hati yang tidak tahu menahu ini. Kuasa Hebat yang telah menumbuhkan cinta itu. Ikatan dalam doa dan ikatan dalam akad.

Cinta yang seni.
Milik Pencipta yang dihadiahkan buat hamba-hambanya. Suci. Bersih. Kerja menyatukan itu urusanNya. Percaya pada ketentuan Ilahi, percaya pada ketetapanNya. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya, baik buruk sebab dan akibat. Cukuplah dengan keyakinan sepenuhnya pada Dia. Redha, bertawakal, berserah.

Cinta itu benar-benar menguji.
Cinta sebagai ujian; menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah, sejauh mana keyakinan kita pada Maha Kuasanya Allah yang mengatur segalanya, termasuk C-I-N-T-A! Topik perbualan tentunya jadi lebih menarik dengan adanya redha Allah. Ta’aruf akan jadi lebih mesra dengan keizinan Pencipta. Maka, aku memilih untuk mendidik hawa nafsu kerana aku ingin benar cinta itu. Berusaha mendidiknya agar tunduk pada Pencipta. Yang Maha Menciptakan; Dia Tuhan yang mencipta cinta itu!

Percaya bahawa S-A-B-A-R itu menjanjikan suatu yang lebih indah. Aku dambakan keindahan abadi daripada yang sementara. Hakikatnya yang sementara itu walau indah di mata namun langsung tidak bermakna! Mohon pertolongan dengan S-A-B-A-R dan S-O-L-A-T; tidaklah mudah melainkan hanya orang-orang yang khusyuk.

C-I-N-T-A itu saling menjaga.
Dia menjaga dirinya untukku kerana Allah, aku menjaga diriku untuknya kerana Allah. Bertanggungjawab memelihara diri kerana Allah. Menjaga maruah dan peribadi. Tutur kata dan pergaulan. Hati dan jasad. Memelihara diri sebaik mungkin,kerana makhluk yang bernama manusia dicipta sifat cemburu. Cemburu menghuni hati itu. Perasaan cemburu itu ada andai hak milik peribadi yang sangat disayangi, dipandang, dipegang dan dirampas sesuka hati. Sesekali tidak mahu memadam api cemburu, oleh itu aku tidak sesekali ingin menyalakannya! Oh Tuhan, lindungi aku.

C-I-N-T-A- itu semangat. Pengislahan diri.
Transformasi untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa. C-I-N-T-A- itu mengajar diri membentuk peribadi. Malu andai diri masih jahil. Malu kerana masih leka dan lalai. Malu kerana prestasi amal dan iman yang dirasakan tidak setaraf. C-I-N-T-A- sejati mentarbiyah diri mengenal Tuhan.

C-I-N-T-A itu memberi dan menerima.
Aku beri, dia terima. Dia beri dan aku terima. Sebagaimana diri mengharapkan dia sempurna, maka aku harus sempurna pada pandangan dia. Sebagaimana dia mengharapkan aku sempurna, maka dia harus sempurna pada pandanganku. Sebagaimana watak yang kuharap dari dia, watak itulah yang harus ada pada diri. Sebagaimana watak yang dia harap ada pada diriku, watak itulah yang harus ada pada dia. Kita sering mengharapkan orang lain sempurna, namun kadang-kadang kita tersalah menilai diri yang belum pun melangkah ke arah kesempurnaan! Manusia tidak akan sempurna, namun berusaha untuk jadi sempurna dan lebih baik. Oh, bukan mudah! Tetapi, jauh sekali ia mustahil.

C-I-N-T-A- itu masa depan.
Cinta yang dimulakan dengan cara yang baik, pasti akan berakhir dengan jalan yang baik. Cara yang dibentuk dengan acuan syariat, pasti hasilnya cantik dan indah. Cinta yang datangnya dari benih yang baik, pastinya akan melahirkan sesuatu yang baik. Cinta yang baik menyemai sifat-sifat kebaikan dalam jiwa keturunan.

Jalan yang SUSAH itu jarang ditempuh. Namun, siapa yang berani menempuhnya pasti akan berjaya. Yang SUSAH akan menjadi SENANG. Yang SUKAR di MUDAHkan. Wujudkah jalan yang SUSAH namun tiada RANJAU BERDURI? Cinta yang indah itu sukar diperoleh, sekali dapat cerah dunia. Cinta yang indah itu, dugaannya mencabar. Perlu keberanian, kekuatan, kesabaran..

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. (iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” (Al-Baqarah:45-46)

M-U-J-A-H-A-D-A-H- = berjuang melawan hawa nafsu
T-A-U-B-A-T- = iringi setiap DOSA, dengan TAUBAT

Kita hamba bernama manusia. Usah jadi malaikat. Usah jadi syaitan. Beribu kali jatuh tersungkur, beribu kali tersadai hilang arah tuju, hilang pedoman, hilang arah punca terus membuat dosa. Normal. Aku manusia. Manusia biasa. Hakimilah aku dan mereka sebagai hamba berjawatan manusia kerana kita sama-sama manusia. Tidak pernah terhindar dari dosa.

Usah membunuh C-I-N-T-A,
kerana C-I-N-T-A- suatu anugerah.
Tanamlah C-I-N-T-A sebagai fitrah,
jangan biar jadi F-I-T-N-A-H.
Bukan mudah menjahit cinta tulus,
bukan mudah, sangat bukan mudah!
Sabarlah wahai hati, kerana yang sukar itulah akan paling dihargai!

“Ya Allah,kurniakanlah untuk kami cintaiMu,cinta orang-orang yg mencintaiMu serta amalan yg dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu…

Ya Allah,segala pemberianMu yg kami sayangi ,jadikanlah ia kekuatan utk kami mencintaiMu,dan segala apa Engkau pisahkan dari kami,sedangkan ianya amat kami sayangi,maka jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diri kami…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan utk mengutamakan cintaMu,melebihi cinta kami kepada keluarga,harta benda dan meskipun air yg dingin ketika dahaga…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu,para MalaikatMu,nabi-nabiMu,para RasulMu serta hamba-hambaMu yg soleh…
Ya Allah,hidupkanlah hati kami dengan cahaya cintaMu dan jadikanlah kami antara hamba-hamba yang Engkau cintai…

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami dan redha kepadaMu atas setiap segala usaha kami…

Ya Tuhan kami,jadikanlah kami bagi-Mu akan apa yang Kau cintai…”

Wednesday, March 24, 2010

SELAMAT HARI LAHIR 25 MAC BUATMU TEMAN








selamat hari di lahirkan..
semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu
amiiiin

Monday, March 8, 2010



Semoga kita diberi kekuatan oleh Yang Maha Pemberi
Insya'Allah

Sunday, February 28, 2010

pelajaran

Syikin teringat....ada sorang shbt sentiasa tsyji' dia dulu...
'syikin......Allah uji manusia ni macam2, ada yg di uji dengan kehidupan yg mewah, ada diuji dengan kehidupan yg miskin, ada yg di uji dengan adik beradik yang ntah ape2 dan ada yag di uji macam2....sebabnya....DIA nak kita berfikir..nk kita ingat pada DIA...dan bersyukurlah sebab dipilih untuk di uji..saat kita di uji kita makin rapat dengan DIA..kita makin bersemangat menjadi yg terbaik disisiNYA, walaupun kita x mampu jadi yg sempurn....syikin kuat, akak tau'

.....terasa hangat airmata laju menuruni pipi...terasa ringan masalah yg dihadapi, terasa tenang dan itulah dia nasihat ikhlas dr seorang sahabat...syikin akan ingat smpai bila2 kak....bisik hatinya sayu...

'kak....orang kate, kalau kita hidup dlam khdpn menekan camtu, kita cepat matang...tp kenapa ana rasa macam x matang2 pun walau kena uji macam2...' Syikin bersoal dengan kakak seusrahnya.

'hmm...syikin, matang ni amcam2 jugak...x semestinya dia perlu jadi camtu baru org kate matang..matang ni bila dia kuat menghadapi keadaan yang rumit..mampu atasinya...dan paling penting pengalaman hidup yg dia ada...syikin tau x knp syikin ada kat sini skrg? sebab, kalau syikin pegi tmpat lain, syikin mungkin xkan jadi syikin camni..kan???'

syikin mengangguk perlahan...dia makin faham dan dia makin yakin...sabar...sabar dan sabar....

-----------------------------------------------------------------------

suatu petang.....hatinya sayu...kenapa...hmmmm....

emm....satu mesej diterima', msj dari org yg dia sayang...org yg sentiasa berkongsi semuanya dengan dia........
'sabar kak...ada hikmah di sebaliknya....kalau terasa berat, nangislah depan Allah, mengadu pada Dia'

itu lah yg penting.....yang selalu sangat dia lupa......kita ada Allah..Dia yang cipta, Dia yang ada peneylesaiannya....
__________________________________________________________________________

teruskan usahamu syikin...moga Allah bersamaMu..amiin.......mungkin melalui ini Allah ingin mengajarimu sesuatu....

impianku.... ingin menjadi solehah...bisik hati siti nur asyikin....

Saturday, January 30, 2010

jadilah diri sendiri

hmmm...pelik la...nape la tibe2 jadik nk sedih ni....
hmmm...pelik3....sangat2 pelik....

ishhhhishishhhh...

dulu2 pagi2 g keje kat penang, dia sroooonok sgt....sebab semua kawan2 dia kat sane, mood cam dia...jarang sekali xd mood....g keje, masuk ofis....same2 jerit...Assalamualaikummmmm...walaupun kitrg yg awal2 masuk...mane ada yg nk jawab salam...tp sebab dah biasa..riang ria di pagi hari....keje pun x stress....rindunye kat sane.....

hmm...

skrg ni suasana dah baru...orang sekeliling pun dah berbeza...mungkin ni medan tarbiyyah..untuk sesuaikan diri dengan orang yg sentiasa berubah mood...

kat tmpat baru ni, dtg keje pg2, bile bg salam pun xd yg jawab dengan ceria pun...macam malaaas je nk jawab salam tu...tengok kite pun x....muke pun buat2 senyum....hmm...xtensen ke jadi macam tu ek?????letih je tengok.....

hmm....awal2 ritu, gtw jugak kat diri sendiri, xpe laaa....dia mmg macam tu la tu...x suke ceria2....

tapi...

hmmmm...ishhhhh...astaghfirullahal adziim...dah la cik oiii......kate orang je dia pandai...cube la tgk diri sendiri kan??????

baeklaaahh....

mmmm...jom!!!!!!
tgk diri sndiri....bg salam kat diri sendiri..senyum kat diri sendiri..pujuk diri sendiri..pastu kata kat diri sendiri...

'jadikla diri sendiri, nape nk sedih dgn tindakan orang lain.....cube la kuat sket.....sampai bila kita nk orang sama cam kita...orang kan macam2...' eaaaaa?????

senyum.....ok....itulah ubatnyer....senyummmmm dan.....ingat DIA.....

Alhamdulillah....

MEHNAH

Bukan maksudnya untuk menyakitkan
Jauh sekali niat untuk menghiris perasaan

Namun
Perlu die ungkapkan
sekadarnya...
Berhati-hati

Agar
Berada di bawah redhaNya sentiasa
Perjalanan kita
Masih terlalu jauh....

Di sepertiga malam itu...
Dirujukinya pada yang Maha Pencipta..
Dhuha itu...
Menitis airmata kepadaNya...
Mencari ketenangan........

Yaqinlah...sahabatku...
ukhwah fillah abadan abada....
innallaha ma'ana

ayuh kita susuli dunia penuh mehnah
dengan setinggi-tinggi tawakkal padaNya

maaf....
andainya....
luahan itu, mencarik perasaanmu..
Allah lebih mengetahui hakikat hambaNya...

'ukhwah itu indah bilamana kita bersandarkan kepadaNya"

Saturday, January 16, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu NAMA
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padaMU atas segala cinta

............................
terima kasih YA ALLAH
Tidak Engkau biarkan diri hanyut daam ni'matMu

Wednesday, January 6, 2010

hidup itu adalah ujian....

kadang-kadang

kadang2 kita asyik fikir masalah diri sendiri je kan.....x penah nk jenguk2 ke luar...apa yg org lain rase, apa yg org lain lalui dan semua2 nya...

kadang2 pulak kita terlalu asyik dengan cerita betapa bahagianya kita sehingga kita terlupa pada siapa patut kita luahkan cerita tu...

kadang2 kita sentiasa sangka rase kita ni hebat...padahalnya, nk banding dengan semut pon, kita x layak...

kadang2, kita nk jadi macam org tu...nak jadi macam orang ni..sebabnya, kita rase dengan jadik orang tu akan selesa....akan gembira dan akan bahagia..padahalnya Allah lebih tahu apa yang sesuai untuk kita..

Berfikir

cumenya, bila Allah uji, bukan untuk kita saje2 terima ujian tu begitu saja...

'tidaklah Allah menjadikan setiap sesuatu itu sia2...'

maksudnye....
semuanya ada yang tersirat, dan yang tersirat itulah yang kita kena hayati...macam mana nk hayati kalau kita x berfikir..kan??? pointnye, Allah ciptakan semuanya tu untuk kita berfikir..

Positif dan negatif

ujian adalah satu wasilah je...samada manusia ambik untuk dia jadi lagi baik dari yang sebelumnya ataupun sebaliknya...masing2 manusia di ebri pilihan..kan???

bertindak

kita boleh bercakap, kita boleh kata....tapi, yang paling susah adalah bertindak...kadang2 kita bertindak, tp kita fikir..betul ke tindakan kita?salah ke??berdosa ke??hmmm..macam2 kan??

Kembali kepada Allah

Hidup ini adalah ujian...setiap saat adalah ujian...susah, senang dan ape jua je, semuanya adalah ujian..makanya, x ada point kita nk kata bila kita susah, kita pn kata 'ni ujiaaannn'...memang xde point...sebab setiap saat kita di uji...makanya setiap saat itulah hati kita perlu ingat pada Allah..kembali pada Allah...Allah mahu panggil kita untuk kita mengingatinya..

dan

bertindaklah dengan mengikut ajaran yang baginda rasulullah ajar...sentiasa solat hajat, solat istikharah...semoga apa yg kita buat di tuntun oleh Allah sentiasa..

_________________________________________......________________________________

Ya Allah..
Engkau tabahkanlah hati semua orang yang sedang di uji ..
Kuatkanlah pergantungannya kepadaMu
Jauhkanlah dia dari dituntuni syaitan dalam setiap tindakannya Ya Allah
Jagalah hatinya Ya Allah
Berikanlah dia kekuatan hati menempuh segalanya...
Semoga dia mampu memberi ketenangan kepada sesiapa yang memandangnya...
Senyumlah kepadanya dalam uijanya itu......

__________________________________......_______________________________

senyumlah.....
Yakinlah, bahawa Allah sedang tersenyum padamu
yang penting....
Tinggalkan larangannya
Laksanakan suruhannya
Jagalah batas pergaulanmu...