usia yg merangkak ke daerah senja, bakal mewujudkan satu lagi cerita...keadaan yg semakin mencorakkan sesuatu..corak yang akan cuba die baca dengan teliti..mungkin die x mampu nak buat yg terbaik, tp die akan cube utk buat yang terbaik.....semoga Allah kurniakan kekuatan itu......
'semua yg berlaku bukan sia-sia...pastinya ada hikmah yg tersembunyi, yg die sendiri pun xtau'......
jadi, senyumlah, dan tabahlah hadapinya..Insya'allah, Ada sinar bahagia di hadapan..
seperti satu kate2....
Pelangi, hadirnya selepas hujan berhenti...itulah juga kehidupan, bahagia akan dtg selepas kesusahan itu berlalu pergi...
wallahua'lam
SAY NO 2 MUNAFIQIIN
AKAN KU INGAT KATA2 INI.....
Friday, November 27, 2009
seseorang yg diuji Allah
Dicatat oleh nisrin nusrah di 11:25 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Thursday, November 26, 2009
hari raya aidiladha dan pengorbanan
2 minggu ni memang sangat2 meletihkan...
perjalanan balik raya kali ni memang sangat2 menarik =) dari penang p alor star n dari alor star ke penang, then dari penang balik kelate.....
before balik kg, p exam di satu tempat di kedah....kelakar jugak la exam tu...macam2 soalan yang x terjangka keluar...tentang asas islam pun ada, x kurang jugak tentang hal ehwal politik kedah....orang ni memang bukan org kedah, sebelum ni memang jarang sekali amek tau pasal kedah, alih2 ditanya soalan kedah....tau2 la die ni jawab ape...hehe
hmm...paling xtersangka pulak adanya soalan esei bahasa arab....uiiii...dah la die ni dah laaaaaaaama tinggalkan sekolah,so, vocab bahasa arab memang dah banyak x ada...nasib baik x tulis ayat quran...hehe...tulis je ape2 yang patut kat situ...kalau la diorang baca, nak nak diorang gelak abes2 ...hmm...xpe la...yg penting ketas tu x kosong, ada jugak bekas dakwat pen..kan????
bersoal pada pengorbanan....
hmm...dah lama sangat x menyentuh bab ni...pengorbanan...tadhiyyah...
sempena aidiladha, sama2 la kita hayati erti pengorbanan dengan sepenuh2 penghayatan...kadang2 kita sedia berkorban, tp kadang2 kita hanya sekadar terpaksa berkorban....hmm...buat sesuatu, tp hati masih mempersoalakan...itu dan ini....
sebab ape ye??
itulah pentingnya FAHAM...rukun baiah yang pertama....FAHAM dalam ertikata memahami matlamat sebenar...kenapa kita perlu berkorban..bukan sebab individu yg kita nk jaga hati, tp matlamat yg lagi besar dari itu...
hmm....stiap detik, setiap saat dan setiap masa, kita akan di uji...
ujian yg menuntut pengorbanan...semoga kita mampu melepasinye....insya'allah
Dicatat oleh nisrin nusrah di 11:57 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Monday, November 23, 2009
Jalan2 kt PENANG
sahabat dari UIA...(dah kawin dah ni)
masa naik ketapi ke bukit bendera
hari tu, temankan kawan dari UIA jalan2....hmm...banyak ceritanya hari tu..p bukit bendera, p batu feringgi...seharian jalan2...
kelakar betol...sepatotnye yg duk penang ni la bwk diorang jalan2, tp ni x jadik gitu...kitrg yg duk penang ni bersungguh2 jalan nye...drivernye pulak, bagi kat suami kawan tu..dh la dtg dr jauh, kena pulak drive..sebab kalu bg kat kami drive, alamatnye esok la br smp...hehe
Dicatat oleh nisrin nusrah di 11:50 PM 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Sunday, November 15, 2009
kisah 'Write Up'

write up...
baru terasa susahnye..hmmm.can i do it???hmm..this question always coming into my mind..a question about 'ability'..
hmm...
susah jugak nk wat paper dgn vocab yg x bape nk betol ni...kalau banding kan ngan kanak2 PASTI skrg, lagi terer diorg....hmmm
tgh2 buat write up, ada Dr offer diri..'kalau ada nk edit ape2 tntang paper yg u buat tu, come to me, i will help u'...huuu...
tp kan, ana rase la...kalau ana gi jumpe dia, bukan editing yg jadik nye kot....dia buat y len punyer...hehe...sebab semua ayat dlm tu kena buang...ape nk jadik la ngan kanak2 ni..ish3,
cube bayangkan, die ni kan....nk buat introduction yg x makan half of a4 paper tu pon amek masa sehari...cane la nk siapkan tesis master nanti..ape nk jadik lerr...
org kate...'practise make perfect'..
jadiiii, kena la kite prctise everytyme..everywhere..hmm
Dicatat oleh nisrin nusrah di 4:57 PM 1 ulasan Pautan pada catatan ini
Sunday, November 8, 2009
2 perkara membawa wanita ke neraka
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut :
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka :
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan :
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah :
Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut :
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".] [Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar :
a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk :
1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
Dicatat oleh nisrin nusrah di 11:53 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
temasya sukan kelantan..
tarikh : 13-14 nov 2009
tempat : padang jubli perak, stadium dan sekitar bandar kota bharu kelantan
tema : sukan pengikat kasih sayang....
terdapat banyak acara menarik seperti konvoi berbasikal, hantu raya ( cakjing), galah panjang, sepak takraw bulatan, gasing pangkah, kaki gajah, sumpit, bolasepak bawah 16 tahun, bowling wanita, mewarna..
terdapat juga persembahan hebat2 iaitu daripada pancaragam sekolah, persembahan rebana dan kerkok, persembahan org asli..
hadiah yg disediakan juga lumayan..iaitu daripada rm100-RM1500
jom sama2 berkasih sayang kerana Allah dan melalui cara yang betul...!
sayang itu jangan dihadkan utk pasangan sahaja terutama yang masih belum berkahwin... jika anda menghayati sayang dalam Islam, ana akan teruja utk melaluinya.. .
SUKAN JUGA SATU IBADAH..PASTIKAN ANDA MENUTUP AURAT DAN NIAT KERANA ALLAH SWT....!!!!
Dicatat oleh nisrin nusrah di 11:49 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini


