Sunday, September 27, 2009

Nur Kasih

Di suatu hari, Nisa' ke K.l, majlis konvokensyenya hampir tiba. dia perlu awal ke kampus memandangakan ada mesyuarat tahunan persatuan.

Beberapa hari sebelum majlis itu, dia meletakkan jawatannay sebagai guru di sekolah rendah yang dia mengajar. hampir 8 bulan dia mengajar di situ, menyebabkan berat hatinya untuk melepaskan kanak-kanak yang makin dia sayang. Tetapi, ada sesuatu yang dia fikirkan dan ada sesuatu yang memanggil dia untuk kembali ke kampung halamannya..

'cikgu Nisa', betul ke cikgu Nisa' nak berhenti mengajar kami?'. tanya fahim, salah seorang anak muridnya. seorang anak murid yang cerdik, mudah menerima apa yang dia ajarkan..

Nisa' terkesan dengan soalan itu. hampir dia menitiskan air mata, namun dia cuba untuk tidak melakukannay di hadapan mereka.

'Cikgu kena pergi, cikgu ada keje kena buat, nanti insya'allah, cikgu datang lagi tengok-tengok kamu semua, jadi, kamu semua kena la belajar rajin-rajin...jangan malas-malas, nanti xboleh masuk universiti....

'alaaaaaaa, nanti cikgu baru mesti dah x best, kan fayyadh?'..luah fahim pada teman sekelasnya...

'eleeeh, betol ke kamu semua ni, bukan ke cikgu ni garang ke? selalu kamu kena dengan cikgu, x takut ke??' Nisa' cuba-cuba menguji anak muridnya. dia tahu, dia sedikit tegas dengan mereka. wajah seorang gadis yang nampak seakan-akan keanak-anakan tetapi, tegas dalam mendidik mereka.

'ha'ah, cikgu ni garaaang, tapi baik...' balas mereka..mungkin ikhlas atau mungikn juga kerana tidak mahu ditinggalkan. Nisa' lantas tersenyum, melayan kerenah anak-anak muridnya...

'Cikgu, kalau cikgu dah kawin nati, nanti hantar la anak cikgu belajar kat sini, boleh saya kawan dengan anak cikgu'. kata-kata deviyan anak ibu bapa jawa itu menggeletek hati sanubari Nisa'. entah lawak apa yang anak murid dia ni buat..

'laaaa, anak cikgu dah masuk sekolah nanti, devi mesti dah kawin dah..Nisa' berseloroh.' deviyan tersenyum, wajahnya ke indonesiaan itu sangat comel..Nisa' makin sayu.

'Muizuddin...muiz nak kawin ngan cikgu x???' Nisa' cuba menyakat anak murid yang baginya sangat rajin. 'hehe...cikgu kan dah besar, saya kecik lagi..mana boleh??apa la cikgu niii....'

'eleehh...muiz malu la tuuuu....' Nisa' menyakat lagi, menyebabkan muiz tersipu-sipu di hadapan teman-teman sekelasnya. yang lain semua gelak besar melihat telatah muiz...Nisa' terhibur.. hilang segala pening kepalanya yang kusut memikirkan laluan hidup yang bakal dia corakkan.

itulah skrip terakhir yang dia lakarkan di sekolah itu, sebelum kakinya menjejak keluar dari tanah klang...entah bila dia akan kembali menjenguk mereka...

telah lama cerita itu berlalu, tetapi seakan-akan ia masih segar di ingatn...

Pada suatu petang, Nisa' dengan rutinnya, menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada sebelum tamat waktu kerjanya. dia cuba habiskan semuanya. esok, Nisa' bersama-sama ahli sekerjanya akan bertemu dalam satu mesyuarat. dan sebelum mesyuarat itu bermula, segalanya perlu di sediakan. Nisa' semakin cekap melaksanakan tugasan itu. Teman-teman ofis pon turut sama membantu Nisa' menyediakan keperluan mesyuarat itu.

malam itu, Nisa' dikejutkan dengan 1 mesej dari sahabatnya. terasa seperti ada sesuatu yang sahabatnya ingin sampaikan. masakan tidak, telah lama sahabatnya itu meyepikan diri. mungkin dia ada masalah.sahabat Nisa' yang sama-sama di buli dalam program persatuan..sama-sama ditarbiyyah.

bermula dari situla, semuanya dilakarkan..Nisa' cuba untuk jadi yang terbaik, namun Nisa' hanya seorang manusia. banyak kekurangan yang dia tau dalam dirinya...

langkah kakinya diteruskan sehinggalah pada suatu hari....

'kita nikah ye nisa'....
'hmmm....mampu ke fal nak jaga Nisa' yang ntah apa-apa ni?? banyak benda yang Nisa' kurang..terlalu banyak...fal mesti pening nanti'
'Insya'allah, kita masing-masing ada kekurangan, itulah gunanya pasangan yang memahami dan saling tolong menolong mengurangkan bebanan...' naufal meyakinkan...

'nisa' kelu...tiada kata yang mampu dia luahkan, hanya hatinya yang berbicara...
Nisa' perlukan 'dia' yang menguatkan Nisa'...Nisa' perlukan sangat naufal..dan naufal mungkin adalah 'dia' yang Nisa' tunggu selama ni. tanpa kata yang terucap, Nisa hanya mengharapkan....

sehinggalah taqdir itu menyatukan jua..

dalam tempoh yang mengikat, masih lagi belum sah menjadi suami isteri, Nisa' dan Naufal perlu bijak mengawal diri. meletakkan iman di hadapan nafsu, itulah sifirnya...iman perlu di bajai sentiasa, kerana segalanya masih belum pasti. hanya pergantungan kepada Allah yang ada. itulah tawakkal...

Nisa' berdoa di hati sendiri....
'Ya Allah, jika ini taqdirMu, lorongkanlah kami ke jalan yang Engkau Redhai....amiiin'

Wednesday, September 16, 2009

selamat hari raya















16 september. 3 hari lagi mengahmpiri 20 september bersamaan 1 syawal..

persiapan berhari raya sudah tentu semakin lengkap...

Tapi, kawan kita dah nak pergi, kawan kita dah nak pergi, kawan kita dah nak pergiii...
rasanya macam baru je semalam berjumpa, baru rase nak mengenali dengan lebih dekat, tapi ia harus juga melangkah pergi. akan kembali nanti tahun depan, namun kita sendiri x boleh nak yakin yang kita akan kembali bertemu dengannya lagi.....

hmmm...
sejauh mana kita menjaga hatinya???semesra mana kita berkawan dengan dia? benarkah hatinya betul2 puas dengan apa yang kita buat kat dia???hmmm...tepuk dada tanya iman....

wallahua'alam, leka, lalai atau.......

kawan baru akan datang.....rebutlah bulan hadapan ini....sama2 kita meneruskan apa2 yang tersisa....Alquran yang masih belkum di khatamkan, kita cuba semampunya untuk habiskan....solat yg selalu kita lengahkan, kita usaha untuk perbaiki....

Ya Allah
ampuni kami atas kelalaian kami ya Allah
dosa kami, ampunkanlah ya Allah
alpa kami ingatkanlah ya Allah

salam eidulfitri.......

pada yang akan mulakan perjalanan jauh, samada drive sendiri atau jadik penumpang, berhati2 di jalan raya...jangan lupa baca doa, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju....

di hari raya ni, bersama eratkan ukhwah islamiyya....
ibadat jangan lupe plak..
solat di awal waktu,
jangan jadikan hari raya sebagai penghalangnya....

Tuesday, September 15, 2009

Doa itu

Nisa' tekun mendengar alunan nasyid nyanyian inteam. sementara itu, dia teringatkan sesuatu. Entah kenapa selepas solat Dhuha dia tadi terasa seperti ada satu perasaan. hmmm...ntah la, dia sendiri kurang mengerti....

Tidak tersedar rupenya namanya dipanggil.

"aiiii, kusyu' nampak" perli kawan sepejabatnya.

"laaaaaa, dah ada benda ni kat telinga, mesti la x dapat nak dengar, hehe. Nape? akak panggil saya ke?"

"xla, akak panggil dinding ni je...hmm, nasib baik akak panggil, kalau boss?padan nagn muke..."

"ape la akak ni,kalau boss akak la kena selamatkan saya...kenapa kak?" tanya Nisa' bersungguh2.

"x ada la, kita nak makan kat mana tengahari ni? Nak gi Pisang macam letiiih je...hmmm..."

Pisang, tempat kegemaran mereka berlima, satu kedai di luar tempat mereka bekerja"

"aikkkk...macam saya paham je maksudnye tu"

"hehe, alaaaaa...boleh la...kita p r dua orang..nak?"

"ok la.....akak collect order nae"

"no problem, hehe, tenkiu Nisa'"......

itulah rutin dia semenjak dia bekerja di situ. tapi dia sangat gembira. seronoknya Nisa' kerana dapat membantu, melihat kawannya gembira, mampu juga menggembirakan Nisa'..tiba-tiba dia teringat sahabatnya di kampus dulu...An....dulu, Nisa' selalu menyusahkan An, dan biarlkah kali ini, Nisa' membantu orang lain sama macam An pernah bantu Nisa' dulu....

sementara kawannya menjalankan kerja mengumpul pesanan, Nisa' kembali kepada kerja awalnya, mendengar dan menghayati......

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


Nisa' mengukir senyuman. Dia semakin yakin dengan jalan yang bakal dia lalui...

"insya'Allah, Allah tidak akan mengsia-siakan hambanya yang berdoa" Bisik Nisa' pada dirinya. Nisa' menutup PC dan bergegas keluar membeli makanan untuk teman-teman ofisnya.

Janji Allah itu pasti.....teruskan dengan Doa dan keyakinan..

Saturday, September 12, 2009

Teori malam lailatul qadar

Cara Mencari Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam Qadar berlaku pada satu malam daripda 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan..

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari :

i) AHAD atau RABU - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

ii) ISNIN - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan

iii) SELASA atau JUMAAT - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

iv) KHAMIS - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan

v) SABTU - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Berdasarkan petua di atas Insyaallah malam lailatul Qadar jatuh pada malam ke 23 Ramadhan 1430H bersamaan dengan malam sebelum siang 13 September 2009 iaitu hari SABTU malam AHAD - 12 September 2009.

Walaubagaimanapun, janganla korang beribadat malam ni je...carila malam Lailatul Qadar pada malam2 yang ganjil juga..

Tanda Malam Lailatul Qadar

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) Siangnya pula matahari warnanya pucat

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis dan teresak2 secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudaha-mudahan kita akan mendapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita...


p/s....

hmmm...ntah la...pagi ni tengok kat luaq macam mendung dari pagi td......hujan x hujan....hmmmm.....kalau malam td, semoga ramai yg di kejutkan oleh Allah....tepuk dada tanya iman..dimana kita malam td???

walaupon teorinye begitu, tapi, Allah maha mengetahui...sisa2 ramdahan perlu betol2 dihayati...insya'allah...

wallahua'lam

Wednesday, September 2, 2009

Kota Bharu bandaraya Islam

today is my third day ana kerja di tempat baru...hmm...dari kerjaya cikgu, jadi researcher, then jadi admin pulak...macam2...ntah apa yang nk jadi la kanak2 sorang ni...

Kota Bharu...
dah lama ana tinggalkan bumi itu...balik pun kejap2 je...alih2 balik kali ni, tu dia....jalan pun dah lain macam je...yang dulu boleh 2 hala, kali ni dah jadik sehala...maka, terjadilah 1 keadaan dimana ada sorang rakyat kelate yg baru balik tersesat di negeri sendiri...hehe...pusing pusing jugak la....nasib baik BKB dah kuat selepas mandi hari tu.....tp xlah lame pun pusingnye, jap je sebab ada taktik yang ana penah belaja waktu di shah alam ritu =)

Kota Bharu,
dah makin besar....kete pon banyak dah..jem pulak...sama cam KL pulak nengoknye...haaa....sape yang kate kelate x membangun tu meh sini, nk sekeh2 dia...hmm.......nk perangkap orang yg x penah dtg kelate buleh lerrr......

ape2 pon, semoga kelate terus utuh dengan kepimpinan Ulama'...Takbir!!!!