Saturday, September 12, 2009

Teori malam lailatul qadar

Cara Mencari Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam Qadar berlaku pada satu malam daripda 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan..

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari :

i) AHAD atau RABU - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

ii) ISNIN - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan

iii) SELASA atau JUMAAT - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

iv) KHAMIS - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan

v) SABTU - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Berdasarkan petua di atas Insyaallah malam lailatul Qadar jatuh pada malam ke 23 Ramadhan 1430H bersamaan dengan malam sebelum siang 13 September 2009 iaitu hari SABTU malam AHAD - 12 September 2009.

Walaubagaimanapun, janganla korang beribadat malam ni je...carila malam Lailatul Qadar pada malam2 yang ganjil juga..

Tanda Malam Lailatul Qadar

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2) Siangnya pula matahari warnanya pucat

3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis dan teresak2 secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudaha-mudahan kita akan mendapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita...


p/s....

hmmm...ntah la...pagi ni tengok kat luaq macam mendung dari pagi td......hujan x hujan....hmmmm.....kalau malam td, semoga ramai yg di kejutkan oleh Allah....tepuk dada tanya iman..dimana kita malam td???

walaupon teorinye begitu, tapi, Allah maha mengetahui...sisa2 ramdahan perlu betol2 dihayati...insya'allah...

wallahua'lam

No comments: