Wednesday, June 24, 2009

Bakti Nisa' melalui 'Smart Clas

budak 2 orang ni kembar...suka sangat melukis...hari tu diorang lukis arnab...cantik pulak..mesti ada bakat terpendam ni...=) yang pakai baju biru tu pulak nama dia bazil..semalam x p kelas..tapi ana terjumpe dia kat tepi flat tu..masa kawan2 dia tengah tuisyen, dia men basikal pulak..tanya dia kenapa...dia kate "x bawak beg la ustazah hari ni"...huu..macam2....

yang ni, ana lupe la nama dia...adik2 muslimat ni xde la masalah sanagat jaga diorang...mudah dengar cakap..x buat bising...tu la bezanya...budak lelaki dan budak permpuan =)

ni, buat2 tekun je kot...sebab ada yang nak amek gambar...=) eh, apa la su'u dzon nagn diorang pulak......maap..maap...
yang kecik tengah2 tu, datang kelas x bawak buku sekolah, dia akan bawak kertas kosong, suh lukis...semalam, ana lukiskan robot...huu, dia siap kaler lagi robot tu, terharu cikgu dia =)...padahal bukan cantik pon....=)


Alhamdulillah, Nisa’ kawasan Bayan Baru, pulau pinang dah berjaya menganjurkan satu benda yang bagi ana sangat bermanfaat..mendidik anak2 masyarakat melalui ‘Smart Class’..smart class tu adalah aktiviti tetap setiap minggu. dan dah start dalam 3 bulan lepas. ertempat di Dewan Ria Flat Baru Uban. Dewan tu milik flat kat situ, dan kami gunakan untuk mengajar anak2 diorang...

Konsep yang dibawa oleh ‘Smart Class’ ni macam kelas tambahan je...ahli Nisa’ yang jadik fasi kepada anak-anak penghuni flat kat kawasan Batu Uban ni. Cuma kelas ni sebenarnya lebih kepada penekanan siapkan keje sekolah diorang.Masanya satu setengah jam je, start jam 8 , habes 9.30 malam setiap hari Selasa dan Rabu, diorang ni akan diawasi dan dibantu untuk menyiapkan kerja sekolah tanpa mengira subjek.kalau x awasi, huuuu........pening jugakkkkk.....maklumla, x same level, ada yang darjah 1, darjah 2 yang memang suke maiiiin je...ada yang form 3 yang nak exam...jadi fasi kena la pandai2 amek part...sebab kadang2 budak2 yang dah besar tu malu nak tanya kalau diorang x paham..hmmm

Setiap sesi kelas selalunya lebih daripada 15 orang pelajar yang akan datang... dan kebanyakannya bersekolah di sekolah rendah. kami, ahli2 Nisa’ kat kawasan ni x la ramai sangat, jadi... dengan kapasiti yang ada tu, kami akan ‘turun padang ’ bergilir-gilir bagi memastikan kelangsungan dan kelancaran kelas. Adik-adik ini akan siapkan kerja sekolah mereka di dalam kumpulan-kumpulan kecil dengan seorang ahli Nisa’ menjadi guru mereka.

Selain memberi ruang dan masa khas utk diorang fokus siapkan tugasan mereka, Nisa’ juga mengambil peluang memberi dorongan dan semangat untuk mereka belajar. Doa belajar serta zikir munajat menjadi amalan setiap kali kelas bermula dan berakhir. Alhamdulillah....

Kelas ini baru disambung semula selepas 2 minggu bercuti sekolah. jadi banyak la kerenahnya..huuu. tapi, yang seronoknya, di pertengahan kelas hari tu, 2 orang ibu datang nak daftarkan anak diorang. Masing-masing menyatakan yg diorang gembira sangat dan dan sangat2 menghargai bila tahu tentang ‘Smart Class’ yang dianjurkan Nisa’ untuk anak-anak penduduk di situ.

Secara peribadi, ana memandang baik usaha yang dilakukan oleh Nisa’ ini. dan Idea serta usaha ini perlu diteruskan memandangkan inilah salah satu wasilah atau cara untuk Nisa’ membantu dan mempelajari hidup bermasyarakat. Seperti mana slogan Nisa’, ‘Connecting Youth’, beginilah kesungguhan Nisa’ dalam merealisasikan usaha menyatukan generasi muda melalui pendekatan yang berbeza.

Mungkin juga Nisa’ Bayan Baru akan menjadi pelopor kepada ‘Smart Class’ yang diadakan di kawasan-kawasan lain. Inilah bakti Nisa’ untuk agama dan anak bangsa khasnya. insya'allah...


p/s: jutaan terima kasih pada semua sahabt2 nisa' yang turun dalam amanah ini...semoga Allah ganjari dengan sesuatu yang lagi baik...Amin

No comments: