Wednesday, June 17, 2009

JAGALAH hatimu

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah segala puja dan puji kita panjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam kita lafazkan ke atas junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W dan seluruh kaum keluarga dan sahabat baginda kerna atas usaha dakwah tanpa mengenal penat dan lelah kita masih lagi dapat menikmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Cuba kita renungkan bagaimanakah keadaan kita kini jika 2 nikmat ini ditarik olehNYA? Apakah kita menghargai 2 nikmat ini atau sebaliknya? Begitulah sifat kita sebagai makhluk yang lemah seringkali lupa dengan nikmat yang ada.

Berhati-hatilah menjaga hati kita kerna amalan yang sebesar gunung pun tidak akan bernilai dan akan hancur menjadi debu sekiranya dilakukan tanpa niat yang ikhlas. Seluruh amal ibadah yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hati kita . sesungguhnya kualiti hati menentukan kualiti amalan dan kuantiti amalan menentukan kualiti hati. Setiap ibadah yang dilakukan adalah untuk membersihkan dan mendekatkan hubungan hati kita kepada pencipta Yang Maha Esa.

Jauhkan diri kita daripada melakukan maksiat kpdNYA kerana virus dosa dan maksiat akan menghakis naluri hati sedikit demi sedikit….

Marilah kita melazimi mencapai Al-Quran dan membacanya,bacalah ayat-ayat Allah itu kerana ianya pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar kepada jiwa dan pengubat kepada HATI. Rawatlah hati kita dengan 3 cara yakni

1. Sering membaca Al-Quran
2. Menunaikan solat
3. ketiga ialah dengan mengingati mati.

Cukuplah mati sebagai satu peringatan,dengan mengingati mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat, memadam rasa enggan menunaikan solat dan ketaatan..berdoalah agar kita dikurniakan hati yang khusyuk dan tawadhuk..berhati-hatilah kita menjaga hati,jangan sampai kita kehilangannya…

Ayyuhal akhwah wa akhwati…

“Kalian adalah sebutir permata yang bersinar,kalian adalah mutiara yang dicari,kalian adalah obor penyinar agama ini,kalian adalah penyebar risalah dakwah Rasulullah S.A.W ketika mana umat di zaman ini kian menyisihkan tugas ini,kita bukanlah orang yang memulakannya atau yang menamatkannya,tetapi kita adalah mata-mata rantai yang saling bertaut antara satu sama lain demi memastikan roda dakwah ini terus berputar dengan laju menuju ke destinasi yang diingini”

tabahkanlah hati dalam mengharungi segala onak dan duri merentasi jalan juang ini,moga-moga kita akan peroleh Redha Ilahi dan segala amal kita ini akan dihisab sebagai kebaikan di atas neraca ALLAH S.W.T kelak…marilah sama-sama kita mencari Redha Ilahi…

FirmanNYA…

“atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNYA”-an-naml:62

Allahlah yang menyelamatkan org2 yang tenggelam,memberi jalan keluar orang2 yg mengalami kesulitan,menolong org2 yang dizalimi,memberikan petunjuk kpd org yang sesat,menyembuhkan org yg sakit dan meringankan beban org yang mendapat cubaan..mengadulah,merataplah,berdoalah dan memohonlah kpdNYA..seorg hamba yg benar2 mengetahui hakikat berdoa kpd Allah,nescaya dia tidak akan pernah resah,gundah dan berserabut fikirannya..

“berdoalah kamu kpdKU,nescaya akan kuperkenankan bagiMU….”
(al-mukminun:60)

“curahlah setiap waktu kita untukNYA dan beribadatlah kpdNYA dgn tekun agar anda mendapatkan kebahagiaan dan kemenangan”

(sumber asal: la tahzan-Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni)


ana pesan pada diri ana sendiri.......jagalah hatimu..........jagalah hatimu.....jagalah hatimu...jangan dibiarkan fitnah2 syaitan menular dalam jiwamu.....semoga dengan sesuatu yang terpelihara itu...membuahkan suatu kemanisan yang bermakna dan diredhai........

innallaha ma'ana abadan abada...........

No comments: