Tuesday, June 23, 2009

PENGHAYATAN

amek masa jap, tulis sket dalam suasana kesibukan sebelum cuti...nak cuti, kene la siapkan keje seminggu yang ke depan.huuu =(

hmmm....pagi tadi seperti rutin biasa2...majlis ta'alim selepas mathurat selesai...

pagi tadi menyentuh bab penghayatan dalam sembahyang untuk mencari kusyuk...(tajuk full lupe =) )

apa yang ana nak simpulkan kat sini....untuk cari kusyu' dalam solat ada 6 perkara yang wajar kita hayati sebaik2nya....

1. Kehadiran hati
2. Mengetahui makna
3. mengagungkan Allah
4. Takut
5. Mengharap
6. Merasa Malu

ana huraikan sket apa yang 6 perkara tu....

1. kehadiran hati
hati kita x kan pernah kosong..mesti sentiasa terisi..selagi jantung berdenyut..maksud ana adalah waktu kita sedar la..kalau tido, mesti x kan ingat ape2....jadi, bila kita dalam keadaan sedar, hati kita akan berfungsi secara automatik...samada kita ingat Allah atau sebaliknya..jd, bila dalam sembahyang, akan ada hanya 2 perkara terjadi kat hati kita....ingat Allah atau hati melilau kat tempat lain....

jadi, ape yang penting sekali utk dapatkan martabat kusyuk adalah hati yang hadir bersama jasad yang sedang solat...

2. Mengetahui makna.
Untuk menghadirkan hati, salah satu caranya adalah menegtahui maknanya...makna setiap bait2 kalimah yang kita sebutkan dalam sembahyang kita...sebab dengan mengetahui makna, kita akan lebih menghayatinya...saidina Umar dulu, menangis teresak2 bila dia membacakan surah2 yang berkaitan kiamat...

3. Mengagungkan Allah
Ada dua makna dalam perkataan mengagungkan Allah....Pertama: membesarkan Allah, kedua: meletakkan diri kita serendah2 nya...

4. Takut
Takut pada Allah membawa kepada kita membesarkannya....dengan takut padanya, kita cube menghadiahkan sesuatu yang terbaik buatNya...

5. Mengharap
mengharapkan sesuatu dari Allah, iaitu CINTA dan KASIHNYA..

6. Malu
Malu dengan amalan yang sangat sikit yang kita ada..dan malu pada banyaknya DOSA yang kita dah buat pada Allah, dan Allah menyaksikan apa yang kita buat..

ok..tu je la yang ana dapat kongsikan...semoga bermanfaat untuk semua...

Syukran...

wa ila lliqa'

No comments: