Sunday, June 21, 2009

SEMBAHYANG

Pagi tadi, selapas bacaan mathurat, seperti biasa, ada majlis Ta'lim...tapi pagi ni juz ada 4 orang jer. Sebab ramai yang ada program di luar..hmmm...daripada ta'alim tadi, ana ada sesuatu yang ana rasa menarik untuk ana kongsikan. Semoaga ilmu ini sama-sama kita manfaatkan.

___________________*****____________________*****________________

Analogi sembahyang

  • SEMBAHYANG itu umpama MANUSIA
  • ROH dan HIDUPNYA adalah KUSYU'

(tidak kusyu'/ lalai dalam solat seolah2 seperti seorang manusia yang tiada roh dan tiada hidup)

  • RUKUN-RUKUN SEMBAHYANG ibarat HATI, KEPALA dan JANTUNG

(tanpa rukun-rukun sembahyang, sembahyang itu seakan-akan tiada, sebagaimana manusia yang tiada hati, tiada kepala dan tiada jantung tidak akan mampu hidup)

  • SUNAT-SUNAT SEMBAHYANG itu umpama TANGAN, MATA dan KAKI

(tanpa amalkan sunat-sunat di dalam sembahyang itu, sembahyang itu akan cacat seperti manusia yang tiada tangan, tiada mata dan tiada kaki. Masih boleh hidup tapi tubuh badan yang tidak elok)

  • SUNAT-SUNAT HAI'AT dalam sembahyang adalah tambahan keelokan tubuh seperti ALIS, BULU MATA, JANGGUT, WARNA KULIT dan lain-lain.

sunat-sunat hai'at :

-duduk IFTIRASYI : (duduk di atas tapak kaki kiri sewaktu tasyahhud pertama)
-duduk TAWARRUK: (duduk di atas pangkal kaki sewaktu tasyahhud akhir)

makanya, melakukan sunat2 hai'at ini diibaratkan seperti seorang manusia yang memelihara alisnya, janggutnya, bedakkan mukanya dan lain-lain dengan tujuan memperelokkan wajah.


_______________________________******____________________________

SEMBAHYANG adalah umpama PERSEMBAHAN atau HADIAH yang akan kita hulurkan kepada MAHARAJA bagi sekalian RAJA .

Maka, sesiapa yang HANYA MENCUKUPKAN dirinya dengan mengerjakan perkara-perkara WAJIB sahaja samalah halnya seorang HAMBA yang menghadiahkan HADIAH YANG KURANG SEMPURNA kepada MAHARAJANYA.

Padahalnya, MAHARAJA telah pun menyatakan bahawa DIA ingin mencari KEKASIHNYA melalui PERSEMBAHAN/HADIAH itu. Sesiapa yang elok HADIAHNYA akan di KASIHI dan di CINTAINYA. Dan DIA akan berbangga dengan HADIAH TERCANTIK yang dipersembahkan oleh hambaNYA dan DIPERTONTONKAN dengan BANGGANYA di hari besar nanti (Kiamat).

Sumber: Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat MUKMIN, ringkasan dari IHYA' 'Ulumuddin karangan IMAM AL GHAZALI)

_________________#####_________________________#####___________

Keadaan2 ni semuanya ALLAH dah bocorkan rahsianya, pun masih susah kita nak buat...padahalnya semua2 ni bukannya sesuatu yang disembunyikan seperti KUIZ-KUIZ di DUNIA sekarang ni yang penuh dengan PENIPUAN..ini adalah JANJI ALLAH...JANJI YANG PASTI ALLAH MAQBULKAN..

Terpulanglah kepada kita samada ingin mencari CINTA yang ALLAH janjikan itu atau tidak...kita di berikan kuasa MEMILIH..maka, PILHLA yang TERBAIK...yang MEMBAWA kepada CINTANYA....


Wallahua'lam.

Innallaha Ma'ana

2 comments:

Kokurikulum semeseter 2 said...

hmm ada satu lagi kurang...
kalau seseorang nak persembahkan kepada maharaja, mestilah dihantar seseorang yang bijak, yang mampunyai manfaat pada negara.
Pada ana, bijak itu adalah KHUSHU' dalam solat....
**mungkin dah ada catat dalam kitab tu**

ana dapat idea dari novel 1515(faisal tehrani), Nyemah dipersembahkan pada raja portugis..

Nini Muhammad said...

hmmm..betol3..mungkin kot ada tulis dalam buku tu....mungkin ana x terperasan..mmm...syukran kathira