Sunday, June 21, 2009

PENGORBANAN

19hb ... adik di kg menyampaikan 1 berita.....dia dapat sambung ke UPSI...Alhamdulillah.tercapai jugak hasrat Umi untuk adik bongsu ana ni masuk jurusan guru....mungkin berkat doa Umi yang nak sangat anak dia jadi cikgu..

hmm.....anak ke 3 dia ni pulak nk sangat2 jadi cikgu, tapi xde rezeki lagi....dah ada peluang, buat main2....padan ngan muke....huuu

Bermula lagi episod lama umi, tinggal sorang2 kat kg...selepas hampir 6 bulan di temani adik selepas dia grad Diplomanya....

kata Umi: anak2 Umi, teruskanlah belajar tinggi2, Umi xpe...nazrin ada (nazreen tu baby yang Umi jaga, umur dia 1 tahun lebih...nak same ngan name ana..huhu) ...

hmmmm.....sebak dengar ayat Umi camtu..betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang ana sendiri pon xkan mampu balas...hanya doa yang mampu ana panjatkan supaya Umi sentiasa dilindungiNya...

28hb ni adik ana akan masuk mendaftar sebagai pelajar di UPSI...dan Umi ana nak ikut sama hantar adik ke sana...walaupon hanya dengan menaiki keretapi yang mungkin akan menyakitkan badannya yang semakin di mamah usia tu, tp dia nak jugak pegi......mungkin sebab ni la anak bongsu dia.......dah xde dah lepas ni nak hantar2...mmmm

Umi....ku tahu betapa gembiranya hatimu untuk melihat anak umi berjaya...tapi, bagaimana dengan anak umi ni???berapa banyak pengorbanan yang dia telah buat???hmm...sayunya hati...

kami semua sepakat plan.....di hari penghantaran tu nanti, Abang sulung di perlabuhan klang akan temani umi dan adik ke UPSI, mungkin naik komuter dari pelabuhan kelang terus ke tanjung malim....abang kedua pulak keluarkan duit untuk bayarkan yuran masuk adik sebab dia yang stabil sket kewangannya berbanding yang lain..dia x dapat join hantar adik nanti.. dan ana pulak, insya'allah akan hantar Umi balik kampung selepas semuanya proses mendaftar telah selesai..Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab mudahnya dapat cuti.......=) dan Alhamdulillah juga sebab semua adik beradik ambil part masing2...........

______________________****_________________________________

Ana sentiasa sangat doakan...moga2 kami semua anak2 umi ni x jadi anak2 yang x concern pada umi...kadang2 takut sangat di uji dengan kesibukan dan alasan2....terutamanya bila masing2 sudah ada kerjaya dan lagi2 yang dah ada keluarga sendiri....mmmmm.....

Bila semua anak2 dah besar, tinggalla mak sendiri2...jarang sekali tanya khabar, jarang sekali...padahalnya pengorbanannya terlalu besar...sangat besar.....kita sakit, dia x boleh tidur, kita pegi sekolah, dia risau kenapa x balik2 lagi...sedangkan kita? bergelak ketawa dengan kawan? terlupa ada seorang yang menunggunya dalam risau...

mohon di jauhkan semua2 tu terjadi....

dan Alhamdulillah, anak2 Umi setakat sekarang ni masih mampu melaksanakan tanggungjawab yang x seberapa ni kalau nak di bandingkan dengan pengorbanan yang umi buat...dari kecik sampai kami besar, asuh dan didik kami sampai kami jadi macam ni...betapa kuatnya dia, xtau dari mana dia dapat kekuatan itu.....Hanya pada Allah aku panjatkan syukurku....

dan terima kasih umi...


ku sentiasa meminta agar dia doakan kami menjadi pejuang agama Allah....insya'allah...

dan adikku...teruskanlah perjuangan......kakakmu ini akan sentiasa mendoakan agar dirimu nanti akan jadi seorang guru yang berbakti pada masyarakat berteraskan agama.....
________________*****_________________________________

No comments: