Monday, August 31, 2009

bertukar....

today is my first day ana keje di tempat baru...hmm...masih ada perasaan rindu kat penang..proses perjalanan hidup, memang akan macam ni, x tentu kita akan terlontar ke mana...jadinye, ana simpulkan buat ingatan diri sendiri, di mana sahaja diri tercampak, cuba jadi diri sendiri, cube buat yang terbaik.....sebab, kita xpasti sampai bila kita akan disitu...

kawan2 dalam ofis USM...maafkan salah silap kawan korang yg sorang ni.....ada jodoh, kita jumpe lagi noh???hmmm....

semalam mandikan kuda BKB....sebab hari ni dia nak ikut ana p keje...memang la xleh nak tinggal...sebab xde yang nk bagi dia makan kt rumah tuuu...kena la bawak....dan before bawak , kena mandikan bersih2 dulu...sebab dah lama sungguh dia x mandi..sejak duk penang berapa kali je dia dimandikan...selalunya, termandi hujan je selalu..hehe

sahabat2 rumah di hilir pemncar penang, mohon maaf atas khilaf yang ada....moga jumpe lagiii...

Ramadhan ni akan sangat bermakna...berlainan dari tahun lepas...insya'allah, akan di gunakan ia sebaik2nya....moga Allah redhai setiap yg berlaku dan akan terjadi nanti..

wallahua'lam...

salam dari tanah air...Kelate =)

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN KAREEM




Salam Ramadhan kareem...

Apa perancangan untuk isikan Ramdhan? semoga kita success dalam Madrasah ramadhan.....mencari malam Lailatul Qadar.


Sekadar pesanan, buat diri sendiri:
"Cubalah lakukan yang TERBAIK untuk RAMADHAN ini, Semoga Allah permudahkan"

Salam Ramadhan kareem buat semua.....

Thursday, August 20, 2009

kehidupan Nisa'

Sesekali nisa' termenung sendirian...terkenangkan masa lalu..seronoknya bila zaman itu kembali, suka, gembira, sedih, kecewa semua bersama taman rapatnya...An,indahnya nama itu...

Sekarang semuanya sudah berlalu. Mengejar cita-cita masing2. Entah bila akan bertemu kembali, dan semestinya pertemuan baru tidak akan seperti dulu.

An, teman sekuliahnya. Juga pernah menjadi roomate rasmi di kolej kediaman memantapkan lagi keakraban antara mereka. Perjuangan dilalui bersama walaupun terkadang ada garis-garis perselisihan menyapa hidup. Mereka pernah juga bertelagah, pernah juga bermasam muka, sesekali rajuk membawa diri. Namun, keadaan itu saban hari mengikat hubungan persahabatn yang makin hebat. ke mana sahaja Nisa' pergi, orang akan bertanya, mana An? Kemana An pergi, Nisa' akan jadi soalan pertama mereka.

Nisa' dan An. Teman baik yang merentasi perjuangan da'wah kampus. Banyak cerita yang terukir, banyak kenangan yang di lakar. Perjalanan menakluk dunia itu, terpaksa dilepaskan. Menunggu datangnya pejuang-pejuang hadapan yang bakal dilahirkan. Bersama-sama mentarbiyyah dan ditarbiyyah.

Permulaan persahabatan mereka bukan di situ, ia bermula seawal pendidikan pertama selepas sekolah menengah mereka di akhiri. Bibit2 itu di sambung sehingga tamat 3 tahun pengajian di kampus. hmm...terlalu banyak untuk diingati.memori itu kini tersimpan kemas di lubuk hatinya.

Sepanjang di kampus, ada prinsip yang kedua2 teman rapat ini pegang. Itulah yang menguatkan. Satu hari nanti...ya!! Bukan di zaman belajar. permainan2 perasaan itu x wajar dicetuskan semata2 kerana keinginan, tetapi keyakinan yang dipasakkan..Insya'allah, satu hari nanti...Ya!! suatu hari nanti, pastinya ada...Nisa' dan An mengangguk tanda setuju. prinsip itu dipegang. "An, kuatnya dirimu", bisik Nisa' mengagumi sahabatnya.

"An, tolong ambik Nisa' boleh? di komuter..."
An tanpa mengeluh, menghulurkan bantuan itu. Nisa' terharu, dirinya memiliki sahabat sebaik itu. bukan sekali Nisa' menyusahkan An, bukan sekali. Banyak kali. Nisa' ingin jadi seperti An, kuat, tabah, berprinsip dan semuanya. Nisa' mahu jadi hebat seperti sahabatnya. tak hairanlah, An mampu meninggalkan orang sepertinya di lapangan kampus, meneruskan perjalanan dakwah di medan itu. dia pernah mengatakan "dia akan berusaha meninggalkan seorang lagi An di sini"...Nisa' makin kagum dengan sahabatnya...

An, menjadi sahabat pendengar setia diri Nisa'. Begitu juga sebaliknya. Mereka saling mengenali, saling memahami. hebatnya ukhwah fillah itu. An mengetahui hidup Nisa', simpati yang di hulurkan. Nisa' menumpang kasih keluarganya. Malu dia. Keluarga Nisa' tidak sebertuah keluarga An, kadang2 hatinya terusik, sungguh hebat keluarga ini. sungguh gembira keluarga ini. kadang2 Nisa' cemburu. Melihat hebatnya hubungan keluarga An. .tapi An senantiasa menguatkan Nisa' sehingga dia sendiri mampu tersenyum, ceria itu menjadi karakternya, menyembunyikan sesuatu yang pahit pernah dia rasai".....

"Nisa' lemah, Nisa' x kuat, Nisa' seringkali rendah hati, Nisa' kadang2 terusik, mencemburui sahabat baik Nisa' sendiri"..monolog Nisa' di suatu hari...

"x, Nisa' x lemah, Nisa' kuat, Nisa' ada prinsip". ada satu suara menyapa Nisa'. Entah suara siapa. Dia pun tak pasti. yang pasti suara itu sentiasa dia dengari. suara yg sentiasa memotivasikan dia, dari dia kecil hingga dia sampai ke tahap ini.

1 tahun sudah berlalu, kehidupan perjuangan Nisa' bersama An masih segar di kotak ingatan. Masih subur di lubuk hati. An, sahabat Nisa' dunia dan akhirat.

Suatu hari nanti, ada sesuatu yg Nisa' dan An akan tempuhi. Masyarakat kecil akan dibina. Dan kematangan itu penting. Dulu, Nisa' dan An sekadar kanak-kanak riang yang akan mengakhiri taman-taman persekolahan, kini bakal menempuh satu daerah. Berbekalkan prinsip yang ada Nisa' dan An mencuba untuk memasuki daerah itu.

Nisa' tau, An hebat. mesti dia mampu hadapi mehnah dan cabaran dalam menunggu untuk memasuki daerah itu. Nisa'? bagaimana dengan dia? kuat atau lemah? mampu atau bakal tewas? Terkadang dia merasakan seakan-akan dia x seperti dia, prinsipnya ke mana? Kadang2 dia rasa seperti bersalah. kerana apa? kerana apa dia rasa bersalah?

Kerana.....
dia adalah Nisa', dia bukan Rijaal.Ya!!! Nisa' adalah Nisa'...Dia selalu mendengarkan, Di sebalik kehebatan seorang Rijaal, ada Nisa'nya yang menguatkan, Dia seharusnya sanagt faham, Nisa' itu mampu menguatkan dan Nisa' itu mampu juga menjatuhkan..

Jadi, Nisa' terfikir, dia mana dia? menguatkan? atau menjatuhkan?

Astaghfirullah...Nisa' beristighfar.
apa yang Nisa' sudah buat? tersilap cara? atau dipandu syaitan yang membiaskan? perbualan itu singkat cume, pertemuan itu sesaat ketikanya, tp.....tanpa sedar, mampu mencipta satu penyakit...mencipta satu virus kepada Rijaal...

Nisa' termenung lagi...Nisa' bergegas ke tempat kerjanya pada pagi itu...Nisa' terasa sesuatu..dan pagi itu, dia terbaca sesuatu...hmmm..kata2 itu memang meletakkan diri Nisa' di suatu tempat. Dia rase bersalah. Mungkin juga dia tersilap cara. Mungkin Nisa' sudah terlalu jauh meniti titian..seakan2 Nisa' sudah tidak nampak lagi tebingnya..

Nisa'....sesungguhnya Nisa' itu adalah fitnah dunia.. itu yang selalu dia rakamkan. itu yang sentiasa dia waspadakan dari dulu, tapi......Nisa' di uji..Hiba dirinya memikirkan itu....Nisa' xkuat, dia makin lemah...

“ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.”

lantas, Nisa' teringat 1 ayat Allah:

" Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, " kami telah beriman" dan tidak akan di uji? (QS 29:2)


Ya Allah, rapuhnya iman Nisa'....
Dalam niatnya untuk menjadi yang menguatkan..
Tak disangka dia juga mampu melemahkan...
Astaghfirullah,
Semoga Allah menjauhkan sesuatu yang di murkaiNya..

Semoga Allah permudahkan segala2 yang Nisa' hadapi..

Rijaal...
Ketahuilah,
Nisa' hanyalah Nisa'
Dia adalah lemah darimu
Kerana....
Terciptanya dia, dari tulang rusukmu yang bengkok

Semestinya...
Nisa' perlukan pimpinanmu
Nisa' perlukan nasihat darimu
Semoga Allah mengampuni
Kesilapan yang Nisa' sendiri ciptakan
Mungkin dalam sedar, mungkin juga tidak
Ketika dia
Terkabur dalam indahnya cahaya
yang terbias dari
musuh azali manusia.......

Rijal perlu kuat
Kerana Nisa' perlukanmu
Nisa' juga perlu menjadi yg menguatkan
kerana
Disebalik hebatnya Rijaal itu
berdirinya seorang Nisa'
yang tegar menyokong perjuangan


Terima kasih ...
kerana...kata2 itu telah mengingatkan yang lalai, membangunkan yang terlena, dan menyedarkan yang hanyut....dalam lamunannya...

'dia insan yang lemah, maaf andai dia telah tersilap cara, kerana dia hanyalah manusia biasa"

semoga Allah menyembuhkanmu....

Ada hamba Allah tu, hari tu baru sembuh dari demam...tp Allah nak uji dia lagi....Allah nak mantapkan lagi iman dia...Allah nk tingkatkan lagi mujahadah diri dia...Allah nak tambahkan lagi kasih sayangNya pada dia...Allah x tinggalkan dia sendiri2 ...

Ya Allah, semoga Engkau hilngkan penderitaannya & Engkau smbuhkanlah dia...
YaAllah,Tuhan yg maha penyembuh.Tidak ada kesembuhan, melainkan ksmbuhn itu hanya dtg dariMu. didalam tanganMu semua kebajikan dan Engkau Maha kuasa ats setiap sst..

Ya Allah, jika itu menyebabkan dirinya lebih dekat denganMu, maka engkau rahmatilah dia dalam kesakitannya Ya Allah....amiin

hmmm....risau jugak sahabat dia ni...tapi, sahabatnya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya....

Moga2 Allah menyembuhkan.....

Wednesday, August 19, 2009

RAHSIA WAKTU SOLAT & kesihatan

Rahsia Solat Awal Waktu
Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Pada waktu Subuh

alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi
sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua
agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam
,

alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Tuesday, August 18, 2009

pegheleh...

outstesen...kali ni ke negeri perlis, 1st time jejak kaki ke negeri tu selama idup 24 tahun ni..hmm..

14 ogos mula dari penang, naik bas...rapid penang...rm2 sorang tambangnye...menuju ke jeti feri...naik feri ke butterworth...naik bas dari butterworth ke kangar..kul 1 ptg masanya...


hmm...cane la perlis tu ek?ada orang kate negeri tu panas sikit sebab jauh sikit dari garis khatulistiwa...kami bawak payung =) tapi, 1 jek...kongsi2 la..

sampai kangar kol 3.30ptg...menunggu orang datang amek, p mkn dulu...

20 minit la agak2, orang yg kami tunggu sampai...bawak kami ke homestay Kg paya Guring Pauh, perlis...

Kami setelkan apa yg patut, kemudian terus start keje petang tu...temuramah orang kampung.ada 22 orang yang perlu kami temuramah...tp ptg tu hanya dapat siapkan 9 org je, sebab dah petang..lagipon kami baru sampai, jadi smeua nk bawak kami jalan2..hehe..kami ikut je laaaa.....

ramah sungguh makcik2 ni...macam dah kenal lama je rasenye...makan buah mangga ptg tu, sambil borak2......seronok pulak....

ok...keje ni kene stopkan ptg ni, start balik pagi esok...cuaca pun macam dah nk ujan, payung tinggal kat rumah rehat..huu...kene cepat balik...

malam tu, hujan lebat....hmm..perlis di basahi hujan yang lebat malam tu...

ni la rumah rehat kami, chalet encik ramli kg paya guring...


makcik2 kg paya guring yang ramah sangat...insya'allah satu hari nanti, kita jumpa lagi kalau Allah izinkan...yer makcik2...=)

pintu gerbang kg paya guring, depan tu sekolah rendah pauh...

15 ogos....pagi yang cerah selepas 1 mlm dibasahi hujan...hmmm...laparrrr....hmmm...
kene p carik makanan...kawasan baru dikenali, xtau nk carik kedai kat mane...tp, nak hidup ni kena la usaha..x usaha mana la datang bergolek..kan?

kul 9, jumpe 1 kedai..name dia kedai sri pauh...hmm...xpe la kedai ape pun, yang pasti boleh cari tenaga untuk buat keje jap lagi...hmm...padahalnye, kalau p umah makcik2 tu, sahny diorang akan ajak makan sekali, tp xpe la..lagi seronok usaha cari sendiri....

makan roti canai je...fiza, teman sepermusafiran...dia order 2 roti canai untuk dia sorang..huu...dia lapar sangat katenye...sian dia...

lepas makan, kami jalan la balik umah..bersemangat nk start keje, sebab nk siapkan awal2..sebab ada lagi tempat lain nk kene temuramah ni...

tengah jalan2 tu, biasa la tetau luaq, jalan2 mesti la nak tengok persekitaran kat situ...

tibe2...

aiiii...macam kenal je sorang atas jalan raya tu...tapi betol ke?biaq betol....konfius pon ada, pelik pon rase2 cam ada...hmm...macam2.....tp, xsure sgt tyme tu, sebab kenderaan tu laju sangat..tp, rase2nye yer dah tu kot....

hmmm.....Perlis, kecik pulak rase tempat ni...=)

kedai makan sri pauh....


ok, kami teruskan keje yang tertunda semalam tu, hari ni cerah..matahari bersinar dengan gumbire....payung oh payung...

seronok sanagt buat keje ni...dapat kenal nagn ramai orang...ramah sangat semua orang ni...ana pulak banyak pulak cakapnye...hehe..

budak ni ana curik jap...masa ni, kawan ana yg jalankan tugas temuramah tu, kami gilir2, sebab kalau dua2 temuramah, sat lagi pening makcik tu nk jawab..huhu..curik la budak kecik yg comey nih...sukenye die amek gambar...senyum sungguh2...


ni pulak kucing2 yang ada sorang makcik tu bela....ramai la kucing umah die...

ok, dah kul 1 ptg...ada lagi 3 rumah nak habis...hmm...dah tengahari dah ni...sket lagi jek...sabaq ek...

rumah seterusnya, umah makcik saodah...abes temuramah, dia paksa kami makan tengahri kat umah dia...huhu..xmampu dah nk tolak...makan je la...Alhamdulillah..tenkiu...

ok, kami end kan keje di kg tu tepat jam 2.30 ptg...kul 3 nanti ada RTM nak dtg kg ni...balik umah sat, pasni kene keluaq balik..hmm

ptg tu RTM dtg, last ada 1 cerita yang kelakar dgn RTM, tp xleh citer la....nanti kami jadi glamour plak...hihi

ptg tu abes progrm RTM tu, ada la lecture UNIMAP..nk buat temuramah jugak..jadik, kami share la ape yg patut...

6.20 ptg, kami dihantar ke UiTM...sepatutnye ken p Ujong Bukit, tp kene cancel sebab orang kat sane ada hal tibe2...nasib abik ada tujuan...UiTM Arau....

selekoh masuk UiTM ada tarfik light..hmm...skali lagi, macam kecik perlis nih....tp betol2 kecik kan? sungguh2 kecik..laju pulak pecutnye....hmm...macam2...dari mane dan nk ke mana, cheq pon xtau...

uitm Arau

16 ogos...kami xde tmpat nk p, shbt ana tu pulak ada kelas...hari ahad pon ada kelas..ish3...kami p kg paya guring balik sebab ada hal nk kene setel...after tu p jalan2 di pasar pagi Pauh...beli mkanan pagi...dan dalam kul 10 tu, kami p bukit ayer...huh..jauh jugak noh....santai2 jap, kol 2 kami berangkat pulang ke Arau...matahri di Arau bersinar gumbire, meninggalkan sedikit kesan...huhu...mane buleh pakai payung tyme bawak moto....terpakse la...macam la x biase...kan??dulu2 biase jerrr....await skrg x boleh plak...hehe


17 ogos...kami akan ke ujong bukit pagi ni...pukul 8 kami dah keluaq...tp, pakcik kg tu kate, datang ptg pulak..hmm...macam ne ni...kalau ptg baru p mknenye selasa baru boleh balik penang ni..terpaksela...jadi, pagi tu kami p mkn dan jalan2 kat kangar...KB lagi cantik...hehe...jangan marah ek orang kangar...=)

after zohor nk p ujong bukit tu, tp.............ada masalah plak..tayar moto pak guard kunci sebab silap parking..hmm...mane la org luaq ni tau kat situ xleh park....mane tulis ponnnn...lagipun letak balik kt tmpat dia ambik, tu yg umi dia ajr dari dia kecik...ambik dan letak tempat same...mudah..hehe...jadik, dia praktik laaaa....

bile jadik camtu, kena la tunggu lagi...after asar baru leh gerak ke ujong bukit tu...hmm...esk nampak gayanye kene dtg lagi la ni...

6.50ptg, habis 3 rumah je ptg tu...esok lagi 9 nk kene habiskan....ok, dtg lagi la esok...

18 ogos....siapkan 9 buah rumah lagi di ujong bukit...kawasan ni kawasan sawah...cantiiiik sangat2...orang2 kg pun baik2...sanagt ramah...macma dah lame kenal je...ada soran nenek tu pulak, bawak kami jalan2 kenal2 pokok hutan...hmm...sedih pulak bile dah nk balik tu...tp kena balik la jugak, nanti penang sedih pulak...=)

k....balik uitm, jumpe shbt dan plan nk balik kul 3, bajet2 smpi butterworth 6ptg...tp....hujan lebat lagi di perlis...hmm...kene balik jugak...kena balikkkk....

tunggu hujan stop, renyai2 kami pun balik...naki bas ke alor star.masa tu dah pukul 5 ptg...sm alor star 6.15....6.30 naik bas ke butterwrth, 8.20 smp bterworth..

naik feri, naik bas dan smapi umah....waaaa...esok kene p keje...hmm

ini lah sedikit perjalanan kami ke perlis.....travel ngan fiza, partner sebelah meja ofis....lepas ni dah nak berpisah...sedey2...memori ngan fiza kat perlis...

semoga fiza pon akan dapat keje tetap nanti...mungkin kat negeri kelahiran dia..Batu caves selangor....


itu sahaja coretan ntah ape2...dalam kita sedang berperang dengan virus H1N1 ni....ramai jugak yg travel...kan???ada org p langkawi...macam p kursus, tp macam jugak p jalan2 makan angiiiin jekkk gayenyer....pastu kutuk2 feri penang pulak...padahal bukan feri langkawi tu bayaq dia pon promote sampai camtu skali...ishishish...nak kene ni....naik, kene bayaq jugak ponnn...

Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH



Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Sama-sama kita doakan kerahmatan Allah buat Ust Asri
melaluinya Allah menyampaikan kpd kita akan kekuasaan-Nya sbgai peringatan MATI ITU PASTI

Wednesday, August 12, 2009

Congratulation, Mabruk, Tahniah

Selamat berjaya...


Khas buat sahabatku...
Selamat test...
Pandu cermat, jiwe selamat...
Selamat berjaya
Chaiyo2 =)

Jangan stress2...
Fokus2, dan bertenang...

Ingat Allah sentiasa...
Senyum seikhlasnya
sahabatmu mendoakan

hmm...
ana plak bile la nak amek..dari dulu asyik cancel jek...
kat Penang murah je.....huuuu

ada cerita sorang kanak2 riang ni...,
masa sekolah menengah dulu, dia tumpang pakcik dia p sekolah...tiap2 hari pakcik dia ajar guna gear kete...jadik, tiap kali nk gi sekolah dia rase bersemangat dan bermotivasi..hehe..belajaq gear saje pon xpela...kira ok la tu...

satu hari tu, pakcik dia bawak dia p padang...suh bawak kete kat padang tu...masa tu dia tingktan 4 rasenye...waa...seronoknyer...tp gune gear 1 dan 2 je la...

hmm..kancil merah itu..
1 hari, dia nampak kete pakcik dia kat depan rumah...ape lagi..dia amek dan cube bawak sendiri..huu...round kg tu...sekali..tau ape jadik???x leh pusing..=) tp, dia cube jugak, pusing..pusing..pusing...ye!!!!dia berjaya....hmm...lawak je...tu la, perangai dia ni.

cube dan cube...pakcik pulak kalut carik kete tu...dah lesap, anak sedara dia amek bawak lari...adik dia pon terlibat dalam subahat itu..adik dia ikut sama melarikan kancil merah milik pakcik dia.....kuangkuangkuang...senyum pakcik dia melebar bile tengok anak sedara dia dah boleh gerakkan kete tu...tp, dia juz pandai sampai gear 3 jek..huhu..

masa kecik2 dulu pulak, abang dia ajar dia bawak moto..masa tu dia darjah 5 rasenye...abang dia suh dia duk depan, suh pegang handle..xpandai lagi masukkan gear...jadi, dia juzt pulas minyak je la...pusing la kg, berlagak la kononye, padahal pegang handle je pon...biase la budak2 kan???

1 hari,
dia ada nampak moto abang dia.cantik parking depan umah...hmm..dia dah lakar plan...nak buat test jpj la ni...dia amek moto abang dia tu..huhu..yeaaayyyy...dia dah boleh bawak...tp, awal2 nk start tu, memang dasyat jugak la jadik moto abang dia tu...incident yg dia pon kelakar tengoknye..nasib baik x kena marah..=) macam2 la adik dia ni...biase la...budak2...

seronok jugak dia,wat keje pelik2 sekali sekala ni...sekarang ni, dia dh lupa balik dah cane nk bawak kete...dah lame terpisah dari kancil merah tu...dan kancil merah tu pulak dah xde..sedey2...kenangan lame dia...

ape2 pon, belajar tu penting....bahaya x belajar ni...hehehe

jadik..tahniah pada yg diberi kesempatan untuk belajar...

lagi sekali...semoga berjaya =)

Muhammad Al Fateh

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1)

Semenjak dari kecil dia sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama.Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan.

Ayahanda baginda,Sultan Murad begitu menitikberatkan tarbiah kepada anaknya.Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Dia tidak dimanjakan, walaupun beliau hidup dalam istana. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang.

Dengan tujuan mendidik, sewaktu berumur 16 tahun pernah Sultan Muhammad Al Fateh diberi kepercayaan oleh ayahandanya untuk memangku jawatannya sebagai pemerintah Turki semasa Sultan Murad pergi ke Pulau Magnesia untuk bersuluk. Beliau mula menduduki takhta pada masa umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh

Ketika Maharaja Kristian dari Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata "Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir."

Sewaktu pemerintahannya juga, baginda membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga dengan itu ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut kerja juga.

Hati Maharaja Rom gementar melihat usaha Sultan Muhammad Al Fateh itu. Benteng yang dibina siap dalam masa tiga bulan. Dari benteng itu, dikawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Dan dari situ juga beliau mempersiapkan kelengkapan untuk membebaskan Konstantinopel - cita-cita utamanya untuk merealisasikan hadith yang telah disabdakan Rasul tercinta 700 tahun sebelumnya.

Setelah persiapan taqwa dan kekuatan lahiriah telah mantap, peperangan dimulakan. Berbulan-bulan lamanya berlaku peperangan, namun belum tampak tanda-tanda kemenangan di pihak tentera Islam. Muhammad Al Fateh pun merujuk guru mursyidnya, Shamsudin Al Wali bilakah masanya benteng Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Gurunya melalui firasat memberitahu: pada hari yang ke 53, hari Selasa… pukul 11.00 pagi

Di sepanjang tempoh menunggu tersebut, kesemua tentera menghabiskan masa dengan perjuangan yang gigih di siang hari serta mempertingkatkan ibadah di malam hari.

Pada 29 Mei 1453, baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar nama kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang mana kini dikenali dengan nama Istanbul.

Baginda menunjukkan sikap berlemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk Kaum Nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia telah ditukarkan kepada masjid.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam.

Muhammad Al Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.

Muhammad Al Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk.

Muhammad Al Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Muhammad Al Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Begitulah kisah pemerintah yang begitu akrab hubungannya dengan Allah. Berbeza dengan kebanyakkan pemerintah hari ini yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada agenda yang diperintahkan oleh Allah.

_____________________________**********************_____________________________

kelak, bakal hadir lagi pejuang sepertinya....Umar Al Fateh? wallahua'lam...

'Teman sejati'

Selama ini kumencari cari teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci

bersyukur kini padamu ilahi
teman yang dicari selama ini
telah kutemui

dengannya disisi perjuangan ini
senang di harungi
bertambah murni kasih ilahi

kepadamu Allah kupanjatkan doa
agar berkekalan kasih sayang kita
kepadamu teman kumohon sokongan
pengorbanan dan pengertian
telah kuungkapkan segala-galanya

kepadamu ALLAH kumohon restu
agar kita kekal bersatu
kepadamu teman teruskan perjuangan
pengorbanan dan kesetiaan

telah kuungkapkan segala-galanya
itulah tandanya kejujuran kita..

Selama ini kumencari cari teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci

_____________*****______________

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap kata yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

salam perjuangan bertunjangkan ukhwah
sirru 'ala barkatillah



Monday, August 10, 2009

MATANG

jom kita cuba nilai diri sendiri

Anda tentunya dewasa dan matang bila :
  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
  • Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
dapat berapa markah agaknya ye?

Cabaran wanita untuk lahirkan generasi cemerlang

Setiap kali saya bertanya pesakit mengenai kerja mereka, ramai suri rumah menjawab bahawa mereka tidak bekerja. Pada hakikatnya mereka adalah seorang pengurus rumah tangga. Tetapi profesionalkah mereka?

Tugas pengurus rumah tangga tidak pernah habis dari pagi sampai malam. Tanggungjawab mereka berat dan rencam. Justeru, kerja rumah tangga perlu diurus secara profesional. Seorang wanita berkeluarga tidak boleh lari daripada menjadi pengurus rumah tangga walaupun dia seorang yang berkerjaya atau seorang yang professional dalam bidangnya di luar rumah.

Seorang pengurus rumah tangga mempunyai tanggungjawab berat sebagai seorang isteri, ibu (jika mempunyai anak), pengurus rumah tangga dan keluarga. Apatah lagi, jika dia mempunyai kerjaya lain.

Justeru, untuk menunaikan pelbagai tanggungjawab ini dengan berkesan, seorang wanita perlukan pelbagai kemahiran dan kecekapan. Mereka juga perlukan sokongan moral suami dan lebih daripada itu, pengorbanan, kerana ia bukan kerja mudah.

Sebagai seorang pengurus, kita harus pandai merancang.
Contohnya:
  • merancang masa,
  • mengatur kegiatan harian,
  • mengawal kewangan,
  • mengatur kebajikan serta keperluan suami dan anak-anak.
Sediakan masa setiap hari, misalnya 15 minit selepas solat Subuh untuk merancang kegiatan harian.

Tetapkan juga satu hari dalam sebulan, contohnya, setiap hari minggu terakhir, untuk:
  • merancang kegiatan keluarga,
  • senarai barang keperluan dapur dan rumah serta
  • senarai bil untuk dibayar.
Kita juga perlu melakukan perancangan tahunan. Sebaik-baiknya berbincanglah dengan suami, misalnya:
  • perancangan akademik anak-anak dan jadual peperiksaan,
  • masa untuk balik kampung, atau melancong.
Perancangan sangat penting kerana sumber kita sentiasa terhad. Kepentingan perancangan dapat dilihat dalam firman Allah, yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok(akhirat).”
(Surah al-Hasyr: 18).


Sebahagian proses perancangan dan pengurusan rumah tangga ialah merancang keluarga, iaitu merancang masa sesuai untuk hamil dan melahirkan anak. Jika kita tidak merancang, sebenarnya kita merancang untuk gagal. Sebaik-baiknya, berbincanglah suami isteri mengenai batas kemampuan masing-masing untuk memastikan pengurusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak lebih teratur dan sempurna.

Jika isteri tidak bekerja, tanggungjawabnya sebagai pengurus dan pendidik di rumah, bukan mudah. Tugas isteri tidak sepatutnya dibebankan dengan kelahiran anak setiap tahun. Suami juga harus prihatin dengan kemampuan isteri mengurus rumah dan anak-anak, sama ada dia seorang yang cekap dan berkesan mengurus, atau sebaliknya. Bantulah dia memilih kaedah merancang keluarga yang sesuai.

Kita perlu ingat bahawa pendidikan anak bukan setakat memenuhi keperluan fizikal iaitu makan dan pakai sahaja, malah keperluan emosi, mental dan rohaniah.

Dalam menangani urusan harian, kita perlu mengambil berat keperluan diri sendiri dan pengurusan diri. Berapa ramaikah di antara kita yang mengurus keluarga dengan baik, tetapi lupa untuk menjaga diri sendiri?

Jagalah:
  • masa makan,
  • rehat tidur yang cukup.
  • Makanlah makanan berkhasiat dan seimbang.
  • Minum air secukupnya.
  • Sebaik-baiknya sediakan masa untuk beriadah, misalnya pergi ke kelas aerobik atau berjoging tiga kali seminggu. Selain membantu menghalang kegemukan dan meningkatkan kecergasan, ia juga melambatkan proses pereputan tulang atau ‘osteoporosis’.
  • Sediakan masa untuk diri kita.
  • Uruskan supaya hal rumah tangga dan anak-anak tidak menjadi penghalang.

Kesihatan dan kecergasan diri akan meningkatkan keyakinan diri dan membolehkan kita melaksanakan urusan rumah tangga dan melayan suami dengan lebih berkesan. Sekiranya kita sentiasa letih, kita akan mudah marah dan merungut, serta tidak tenang menghadapi karenah suami dan anak-anak. Jagalah kesihatan kulit, muka dan rambut serta kekemasan dan penampilan diri supaya sedap mata suami memandang dan menjadi contoh kepada anak-anak.

Dalam kegiatan harian,
  • Utamakan solat apabila tiba waktu. Tinggalkan apa juga kerja yang sedang dibuat. Biasanya, kita akan menetapkan solat selepas habis membasuh pinggan, cuci kain dan sebagainya. Namun, selalunya ada saja kerja baru timbul dan akhirnya kerja kita tidak beroleh keberkatan Allah, dan urusan rumah tangga pun tidak berjalan lancar.
  • Rancang kerja supaya waktu rehat ada.
  • Gunakan waktu solat untuk berehat dengan mengerjakan solat yang khusyuk dan diikuti membaca al Quran dengan tenang.
  • Sediakan peralatan rumah tangga yang mampu kita miliki. Misalnya, mesin basuh automatik, ketuhar gelombang mikro dan pembantu rumah.
Kesemua ini penting supaya kita boleh menumpukan lebih perhatian kepada kerja pengurusan dan pembinaan keluarga daripada perkara teknikal. Berusahalah mengumpul duit untuk menyediakan kemudahan itu kerana ia membantu keberkesanan pengurusan rumah tangga untuk tempoh panjang. Ia lebih baik daripada menghabiskan duit membeli barang kemas atau pakaian mahal.

Sediakan juga masa untuk pengisian minda dan kegiatan sosial bermanfaat yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran komunikasi dan keyakinan diri. Jangan kita membiarkan diri kita hanyut dalam arus sembang kosong atau mengumpat bersama jiran di tepi pagar.

Pengisian minda dapat membantu kita mengurangkan tekanan perasaan apabila berselisih faham dengan suami atau kecewa dengan kerenah anak. Misalnya, aktiviti perbincangan sesuatu isu seperti pendidikan anak remaja atau kemahiran teknologi maklumat serta komunikasi. Sesi ini boleh diadakan bersama majlis minum petang dengan jiran. Kita boleh menjemput seseorang yang pakar dalam isu itu di kalangan jiran atau kawan lain.

Kegiatan membina begini boleh dikembang dengan membabitkan anak remaja sebagai kegiatan pembinaan remaja. Ini supaya remaja tidak hanyut dengan perbuatan sia-sia.

Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.” (Surah ar Ra’ad : 11).

Jika setiap daripada kita menjadi pengurus rumah tangga dan keluarga berkesan, insya Allah setiap institusi keluarga terbina dengan kukuh. Setiap ahli keluarga akan menjadi ahli masyarakat berkesan. Akhirnya, akan terbentuk umat cemerlang.

Oleh: Dr Lily Fariza Karim

Sunday, August 9, 2009

sekitar KONVO DQ

8 ogos 2009...detik bersejarah para hafidz dan hafidzoh DQ..menamatkan 30 juzu' hafazan Al-Quranul karim...Tahniah ana ucapkan kepada semua..

kamera pulak xde...jadik, bergambar je la dengan henset yg comel tu...milik adik jugak..kakak dia enset lame je..xde kamera..

perjalanan dari shah alam..memakan masa lebih kurang 3 jam...jauh la jugak...pening naik komuter yg sesak tuh...pening pening...berbagai ragam orang...dah lame x merasai suasana pening komuter camtu...

sampai di DQ pun dah malam...memang plan pegi sehari lebih awal sebab takut x sempat...sessi graduan diploma sebelah pagi...Alhamdulillah..berjalan dengan baik...sebelah petang pulak sesi graduan persijilan..

hmm...konvo+teddy bear pooh...dalam ingatan...=)

Petangnya hujan lebat di DQ...masa tu dah siap2 nak balik...hmm...sedih pulak nk balik....kalau x bawak orang temankan, mesti x balik lagi tu...ye la....bila lagi la nk sampai sane lagi, kan?tapi, xboleh...dah janji jugak denagn sahabat shah alam..bayak planning yg kami buat..hehe...jadik, petang tu, bertolak balik ke shah alam...

hmm....manusia ni Allah bagi kelebihan masing2...masa di Konvo tu, ada anugerah untuk graduan tahfiz OKU....masya'Allah...tergamam sejenak..ana pk2 balik...OKU pun mampu hafaz 30 juzu' Al Quran dengan tahap MUMTAZ....ana pulak??celup2 hafal Quran...time rajin baru nk hafal...pastu lame2 ilang balik sebab x ulang..hmm...ape nak jadik laa...kan? Tahniah ana ucapakan buat graduan tahfiz OKU....ALLAH meletakkan dirimu istemewa disisiNYA...

hmmm....jayyid jiddan...tahniah Fatin...hebatnya dirimu..dulu dia selalu kata...."kan best kalau kita same2 belajar di DQ ni..."hmm...hanya yang terpilih sahaja layak ke situ adikku...pilihan Allah, dan Allah berhak meletakkan kita di mana2, dan itulah yang terbaik buat hambanya...




Generasi Al Quran pemangkin pembangunan Ummah....

p/s: yg di post tu gambar yg ana kidnap dari buku konvo jek...gmbr sebenar dr jurukamera profesional ni belum di transfer lagi =)


MABRUK LIMARRATAN UKHRA

Monday, August 3, 2009

rentetan peristiwa...

hmmm...terlalu lama rasenye x menulis....dan akhir2 ni pun dah kurang membaca buku...artikel2 di internet je la sumber yg ada...sebab tu la pemikiran dah x berkembang...nk tulis pon dah xtau ape...dan jugak ada 1 alasan lagi kot...kesibukan sendiri......sibuk?????hmm..layak ke kita bagi alasan tu ye???

3 ogos...Dr baru balik dari US....balik2 je, dia datang keje...seungguh2 komited....datang ofis dan kami semua buat perancangan.....renovate ofis...huu..buat 1 perubahan.....jadik skarg ni, ofis dah bertukar rupe....disebabkan sibuk renovate ofis, keje ana key in data terpaksa di extendkan...ada lagi dalam 70 borang yang perlu disiapkan....hari ni insya'allah bakal habiskan semua tu....

semalam jugak borak dgn kawan2 ofis...tibe2 tersedih2 plak...hmmm.....nak buat macam mana...kehidupan perlu diteruskan....tp sungguh2 terasa...nak buat kerja pun dah x berapa ada mood...hmm..macam2...

hari ni 4 ogos....gaji plak x masuk lagi...huuu.....Semua Pegawai Penyelidik dah geram geram...ada jugak yang terhold gajinya 2 bulan sebab ada masalah sistem di pejabat bendahari...huh..macam2...sian pulak...tp ana pun pernah lalui keadaan tu jugak awal2 keje dulu...kene la belajar manage kewangan dengan baik...tapi... bagus jugak bila gaji masuk lambat...at least ada keinginan yang kuat untuk kontrol aliran keluar duit ni...hmm...

Pegawai kontrak dan pegawai tetap...sama dari sudut kerja tp x sama dari aspek layanan atasan...walhal keduanya adalah pekerja...hmm..pelik2....

Dan hari ni pulak nk p beli tiket...adik ana yang sgt2 ana sayang tu konvo...sian plak kat dia sebab xde org dapat gi...insya'allah kakakmu akan cuba untuk berada disana =)

Saturday, August 1, 2009

Tiada lagi keADILan.......

Pengalaman seorang sahabat yg ana yang menyebabkan diri sendiri terasa sayu, kerana tidak dapat turut serta dalam jihad itu....adakah hanya penulisan mampu ku sumbangkan....begitu rapuhnya imanku kini...............






Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum buat shbt/h yg membaca kronologi yg ana akan sampaikan ini...Terlebih dahulu tahniah dan syabas kpd shbt/h yg hadir pd perhimpunan "Mansuhkan ISA"....Antum memg bukan hanya pandai bercakap malah melaksanakan dgn apa yg antum cakap....Ana memang respek dan saspek kpd shbt/h.....

Ana bermula pd pukul 12pm dahulu...

12.00 pm - Ana bersiap-siap dr rumah dgn pelbagai kelengkapan sblm p perang dgn FRU dan anjing2 kerajaan..Ana pasti sure punya kena sembur air atau tembak gas pemedih mata.Ayah ana tanya x p demo ISA ke???silap besar ar tanya ana soklan gitu kat ana,dgn selamber ana jwb mesti ar pergi..Ayah ana sound, "karang kena sembur naye jee...", ana pun jwb "biase ar tu kalu kena sembur,kira ok kena sembur,kalu kena tangkap lai naye..." Ana minta tlg ayah ana hantarkan ana ke stesen Putra LRT,tp ayah ana buat dekk je..maklum le,ayahanda mane yg x risau...Dia start moto terus cabut p mane ntah, ana pun x tau...Mak ana rileks n tenang je, siap tanya kat ana "dah bawa semua kelengkapan? ?" Ana pun jwb,"sudah bondaku..."hehe. ... Maklum le,mak aku ni dh pernah kena tarbiyah dgn aku dulu,tu yg dia faham....huhu. ..

12.15 pm - Ana bertolak naik moto seorg diri dan parking kat Putra LRT..Hati berase berdebar-debar dan bersemangt utk ke masjid Jamek setelah mengetahui ramai shbt/h berkumpul di sana.Ana pun naik ar train LRT dgn berpakaian jeans,t-shirt putih (mcm pro ISA ar pulak..) dan jaket hitam.

1.00 pm - Ana tiba di stesen Masjid Jamek..Perghh. ..ramai org yg sedang berkumpul disitu.. Polis x usah ckp ar,memg bersepah.... Sambil2 ana lepak kat tangga, dtg 2 orang shbt tegur ana...Perghhh. ...bertambah semgt aku bila jumpa depa ni...maklum la org kuat aku...hahaha. ..

1.30 pm - Kami p masjid Jamek utk solat zohor secara berjemaah... maklum le,pas solat tu,Imam siap pesan lg,dh abis solat sile berambus dr sini ek....hehe.. itu ayat aku sendiri..hehehe. ..time kami nk kuar jumpa lg 2 org shbt muslimin.ape lg bertambah hangat la kami...Allahu Akbar!!!

2pm - Kami berkumpul di hadapan pintu pagar masjid utk berarak ke Istana Negara tp disekat oleh FRU dan polis..Ape lg depa dok tembak dgn gas pemedih mata le..Perghhh. ..Hanya ALLAH je yg tau....aku dh x leh bernafas n mate dh mula pedih...aku pun undur kebelakg dulu amik udara sikit...Giler punya polis,dada aku mcm kena himpap...Sian aku tgk pakcik yg tua2..depa bukannye bw senjata..Pas2 aku nampk ada 2,3 org kena tangkap...Ana dpt info ada shbt yg kena tangkap dan berpuluh lg kena tangkap kat masjid negara...

Allahu Akbar!!!!

Berderau hati aku bile ada shbt kena tangkap....Pas2 ana ternampk shbt2 muslimat2 yg hati kering dtg berhimpun... hehe..ana pesan kat depa jgn berkumpul ramai sgt...Buat 2 team n kalu ape2 terjadi cr train yg berhampiran pas2 cabut ke destinasi....Ternyata muslimat2 ni begitu berani maju ke hadapan jugak w'pun depa ada rasa risau2 sedikit...hehe. ..x pasal2 depa ni follow aku,dh aku lak kena jaga diorang...oit shabat2 len,mane hangpa????bukan hangpa ke yg kena jaga keselamatan muslimat2 ni???huhu. ..

2.30 pm - Ana terpisah dgn shbt2 muslimin....akibat kelam kabut kena sembur dan tembak gas,kami dh terpisah..Pas2 ada unit amal menjerit kuar jgn ramai2,bg muslimat dan budak2 jln dulu...Ana pun menjerit kat sahabat2 muslimat2 suh depa jln dulu...pas depa dh kuar,aku br nk kuar dh dtg lagi tembakan gas...HARAM JADAH nye polis....aku nye mata dh tahap x tahan lg,dh jd mcm kasim selamat,jln tutup mata....

2.50 pm - Ana pun follow unit amal,depa suh p menghala ke daya bumi dan pos besar.. shbt2 muslimat ni pun follow aku,dh mcm rombgn cik kiah pulak...ramai pulak cmat yg follow aku....huhu. ..aku pesan lg kat muslimat,ntah sape2 aku sebut nama,sbb masing2 pakai topeng... Ana pesan jgn berkumpul sgt dgn shbiah..pastikan kalu boleh 3 atau 4 org 1 team...huh.. . Aku cukup risau tgk shbt2 muslimat ni..ramai bebenor yg kumpul...maklum le ada muslimat2 dr tempat len lain dh kena tangkap,ana dpt info time tgh berarak td...aku memg respek dgn dak shbt2 muslimatku ni walaupun fizikal kecik2 tp sanggup turun...Gua respek same luuu!!!!

3.05 pm - Sampai di Pejabat Pos besar kami menghala ke dataran merdeka,aku pun x faham nape kita kena menghala kat situ,pd hal depan tu ada FRU....aku pun follow je,abb unit amal arahkan..Ada pakcik tu bg tau,kat area masjid negara dh kena blok..aku pun bg tau kat pakcik tu...abis la kite pakcik,dh kena kepong...mesti depa nk pancut air...Pergghh. ..abis je aku kate gitu,betul sangkaan aku...Ada org dr belakg jerit, 'Lariiii!!!! Fru nk sembuh air...aku pun suh ar shbt2 muslimat ni lari....time ni la ramai shbt2 musllmat berpecah..yg follow aku 2 org kot kalu x silap,..aku pun x cam muka muslimat ni,masing2 pakai topeng muka..sampai nama muslimat lain pun terkeluar bila aku panggil..Opssss! !!!....hehehe. ...

3.15 - Time ni masing2 kelam kabut...aku suh shbt2 muslimat tu panjat bukit dlm hutan tu...aku tgk semua dh naik atas bukit tu,lintang pukang jd nye...dh ar atas tu bukit AMAN..biar betul!!!!dlm hati aku..

Ape lg time ni lg dasyat aku kena,Allahu Akbar!!! dada aku bagai dihimpap dgn batu bile kena asap ni..tgk shbt muslimat yg tinggal 2 org dgn ana ni,muka dh merah2 dan air mata dh ngalir..bukan nangis,tp pedih yg amat sgt..aku pun bg ar tuala muka aku kat depa suh lap.. Sori ar kalu terbau peluh ana ek....hehehe. ...

3.27 pm - Ana n geng2 yg panjat bukit td turun....Pergh, sian aku tgk pakcik n makck sorg ni... Dh tua2 masih sanggup dtg demo...Gua respek same dgn pakcik n makcik,

malu lak aku rase bila ada shbt2 yg muda x turun.....MALU! !!!!!

Pastu kami berkumpul di jln raye,ada yg lead bg ucapan n berdoa...Doa bukan main panjang,sampai FRU dh nk dtg, x abis2 doa lg... Yg aku pelik,nape lak nk solat hajat kat tgh2 jln raya...aku pun x tau arahan dr sape...aku pesan kat muslimat yg follow aku td, kita duk belakg sikit,bg depa ni solat..aku nk solat mcm mane,dh wuduk x de..ni yg tambah pelik,awat depa nk solat time ni...

3.36 pm - Time depa tgh solat,aku dgr Ir Nizar dtg berhenti kat depan Daya Bumi..Pas2 tiba2 ada objek kecik mcm air tin lalu atas kepala aku...Perghhhhh, rupa2 nye gas pemedih mata.. Aku rase Ir Nizar sampai depa terus tembak.CILAKA punya POLIS!!!!!hati aku berkata....
Ape lg semua terjun bukit kat area hutan...dh ar bukit tu junam...ana menjerit kat muslimat yg follow ana,masuk semak ni..ana terjun je kat bwh, POLIS ada kat bwh....GILER! !!!!Polis menjerit "naik atas!!!!!".. .terkejut monyet aku,dh mcm monyet duk dlm semak tu..muslimat yg nk terjun ana kate "jgn turun bwh, tunggu dlm semak ni...."

aku nye jantung dh 'Dup..Dap..Dup. .Dap' dah mcm bunyi lagu rap...."aku tgk, biler polis tu dh cabut sbb ramai yg turun aku pun kate kat shbt2 muslimat ni "turun cepat,cari tempat selamat"...muslimat tu pandang aku....
ALAMAK!!!!!! silap muslimat daaa.......mane dak2 muslimat aku????? Aku dh risau giler maut ni,jgn depa kena tangkap udah ler sbb polis atas, bawah,kiri dan kanan...semua ada...Aku pun call sorang muslimat ni supaya pastikn depa selmt atau pun terus p cari train dan cabut ke tempat selamt....

3.55 pm -Time aku tgh call muslimat tu,Polis LAHANAT ni kejar aku n geng2 lain...ape lg, x pasal2 aku jd jakie Chan..bukan aku melawan polis tp aku panjat pagar lebih kurang 3 meter..
Sekali lompat je aku,Pergh... ,mcm ada satu kuasa "BIONIK" je....huhu.. maybe ALLAH nk tlg aku...

4.05 pm - Aku dpt msg dr pimpinan supaya kita bersurai n pulang ke tempat masing2..aku cuba call shbt/h lain supaya mereka berada dlm keadaan selamt.....Aku berjalan menuju ke Pasar Seni utk naik train,aku jumpa shbt sorg dan kami terjumpa budk2 Pro ISA melepak kat situ..

Aku rase nk maki je,bape hinggit korang dapat???tp memikirkan pesanan pimpinan,kita jgn layan depa...Itu la guna nye "wala dan patuh kpd pimpinan"... .Ikutkan hati muda aku ni,memg nk belasah je depa ni...Tp aku memg respek n saspek kpd UNIT AMAL yg berada di barisan hadapan....Depa memg pemuda yg berani, ana pun x mampu jd dikalangan depa... Ana tgk habis muka depa n baju2 depa basah kena sembur...maklum le di barisan hadapan...

Tahniah dan Syabas UNIT AMAL....

4.30 pm - Ana menaiki train LRT utk pulang ke Gombak....Ana terdetik di dalm hati, "mcm mane ar shbt muslimin yg kena tangkap tu???confirm kena belasah punya...." Mari kita sama2 doakan semoga depa selmt keluar dari tahanan Polis berkenaan... ..

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, kau campak kan lah sifat belas kasihan kpd penguasa2 Polis yg menahan shbt2 kami,semoga dia selamat dibebaskan dari tahanan tersebut.... ."
Aminnn.....

TAKBIR!!!!!! !!!


________________________________________

Dimanakah letaknya keadilan rakyat????
Banggakah dengan tindakan2 x berperikemanusiaan begini???

lagi link cerita HEBATNYE PLOIS@ DAN FRU MALAYSIA MENGHENTAM RAKYATNYA..

........http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/08/nikmatnya-berdemonstrasi.html