Thursday, June 25, 2009

TERIMA KASIH

hand made...hmmm....ada rezeki ana buatkan yang real =)

Sanah Hilwah Ya Jamil.....
Sanah Hilwah Ya Jamil.....
Sanah Hilwah Ya Jamil.....
Sanah Hilwah Ya Jamil.....

3 rejab 1405

Setinggi2 terima kasih buat Tuhanku...
kerana melalui taqdirMU,
yang sedia tercatat di lauh mahfuz itu
lahirnya seorang hamba....
dan
ku doakan semoga dirinya
Thabat dalam perjuangan
menegakkan agamaMu
walau duri menghalang, walau badai menerjah
sebagai ucapan terima kasih
dengan rahmat dan kasih sayangMu
kepadanya

Terima kasih buat ayahnya...
jerit perit
menggalas amanah barunya
tersembunyi di balik kegembiraan
menatap cahaya mata sulungnya
sebagai pengubat hati
hilang sudah segala penat
yang mencengkam dadanya...

Terima kasih buat ibunya...
kerana melalui pengorbananmu wahai ibu,
dapat dirinya mengenal dunia...
menggali ilmu perjuangan...

21 muharram 1406...
6 oktober 1985
ada apa dengan tarikh??
hmm.....
hari ni dunia hiburan kehilangan seseorang
micheal jackson...

itulah hakikat..
setiap kali beralihnya masa...
saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun
semuanya ada cerita tersendiri..
x akan berhenti walau sekadar sekelip mata...

semoaga dengan beralihnya saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun
ada cerita bermanfaat yang kita mampu ukirkan
dalam meniti arus hidup
di sepanjang perjalanan
menujuNya.....


selamat hari lahir.....

1 comment:

Radieah Mohd Nor said...

Awat tak habaq awal-awal.
Selamat Hari Lahir...