Tuesday, June 23, 2009

BAITUL MUSLIM

Bila berbicara tentang Baitul Muslim, pasti ramai yang teruja. Itu suatu lumrah yang biasa kerana kita dilahirkan dengan fitrah memiliki rasa CINTA. Di kampus, isu ni biasa disebut2kan, baik di pihak muslimin atau muslimat pun...semuanya sama..kadang2 ia dijadikan isu yang boleh menaikkan seri perbualan...hmmm...

.........hati......"hati-hatilah menjaga hati"

Fasa kedua iaitu membina Baitul Muslim selepas melepasi fasa pertama sebagai individu muslim merupakan suatu jihad.....dan jihad itu menuntut pengorbanan....Menjaga sebuah pertunangan saja sudah begitu dahsyat ujiannya, apatah lagi selepas selesai diijabkabulkan. Justru itu, ramai mu'allim yang menasihatkan

"jagalah sebuah hubungan itu
dengan sebaiknya
kerana apa yang dilakukan di saat HARAMnya,
ganjarannya
akan diterima selepas HALALnya nanti..."


Fikir2kan....

Tujuan asal perkahwinan adalah untuk kamu bersenang-senang dengan pasangan kamu sepsertimana yang termaktub di dalam al-Quran. Hmm... bermaksud, urusan rumah tangga, bukan boleh diremehkan. Dari langkah menentukan pasangan, hinggalah saat diijabkabulkan... Banyak perkara perlu dijaga dan dimujahadahkan...

Justeru itu,

Awasi FITNAH dalam FITRAHmu....
dan sesungguhnya
TAQWA itu merupakan pendinding NAFSU......
serta
SABAR dan IKHLAS itu adalah asas TAWAKKAL...
semoga sesuatu yang TERPELIHARA
membuahkan
KEMANISAN hakiki..
INSYA'ALLAH...
kerana........
ALLAH MAHA MENGETAHUI hakikat hambaNYA...


Semoga syariat terjaga.... Syukuri nikmat yang Allah bagi dengan menjadikannya sebagai medium untuk terbinanya sebuah masyarakat Muslim, negeri Islam, Daulah ISlamiyah dan Khilafah Islamiyah... Mudahkan ya Allah, jangan Engkau susahkan...

"Ya Allah, kurniakan Aku cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu,
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu...
Ya Allah, sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu,
sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cinta-Mu di dalam diriku.
Jangan jadikan cintaku pada yang selain dari-mu,
mengatasi cintaku pada-mu... Ameen."


(Do'a Nabi Daud yang diamalkan oleh Rasulullah saw)

Dan yang paling penting....
sentiasa persiapkan diri menujunya......
sahutlah panggilan ilahi di saat tahajud itu tiba....
istiqomahkanlah Dhuhamu

pertolongan Allah pasti datang menemui...
Insya'allah....

wallahua'lam...

No comments: