Sunday, February 15, 2009

sahabatku

Terima kasih kepada sahabat2 yang sangat2 ana kasihi, semoga kita akan bertemu kembali, berkumpul seperti masa2 lalu....

seperti yang selalu diungkapkan, pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah...menyinggah sebentar sekadar untuk menyapa, dan meneruskan lagi perjalanan. hari yang lalu mungkin adalah yang paling seronok kita lalui, tetapi siapakah kita untuk menafikan keseronokan yang Allah taqdirkan selepas ini?

Semalam dan hari ini hakikatnya berbeza, tiada sesuatu yang sama dan Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sama kerana disitulah membuktikan kehebatannya....isnin lepas tidak mungkin sama pada isnin depan..cuma berangkali cara kita menjaliani itu mungkin teruk sedikit atau lebih baik, yang pasti TIDAK MUNGKIN SAMA.....itu adalah pasti

Sahabat yang sering bertukar ganti..dan yang lama tidak mungkin sama dengan yang baru cume disebaliknya tersembunyi berjuta2 hikmah.. masing2 ada keistemewaan yang tersendiri...uniknya seseorang tiada sesiapa boleh menirunya...kerana itu adalah anugerah yang Allah limpahkan kepada setiap hambanya...

Bila kita terfikir, kita seronok berada di masa lalu, adakah kita sedar yang secara tidak langsung sebenarnya kita menafikan kehendak Allah. Dia taqdirkan kita bertemu dengan hari ini kerana ada sesuatu yang tersembunyi yang kita pun tidak pasti....

Kenangan itu adalah hadiah yang Allah berikan. Pahit atau manis juga adalah sesuatu yang tersembunyi...kadang2 kenangan pahit itu membawa kita untuk menjadi lebih dekat denganNya, dan kadang2 kenangan yang kita rasakan manis, best dan menyeronokkan itu sebenarnya tiada memebri apa-apa makna pon...

so, setiap yang berlaku sudah pastinya Allah yang lebih tahu...dan mengetahu taqdir kita..

Bilamana kita ditaqdirkan untuk bertemu dengan seseorang tiada siapa yang boleh menghalang, begitulah sebaliknya...

Dengan itu, sewajarnya kita sentiasa mengharapkan Allah, kerana Dialah yang mencipta kita dan Dia jugalah yang mengetahui segalanya... mengharapakan makhluk mungkin membawa kekecewaan tetapi tidak bila kita bergantung harap pada Allah...

cume, mungkin kadang2 kita termempersoal, kenapa begini, kenapa begitu dan kenapa????
itulah lumrah manusia, yang ditemani nafsu dan syaitan...

sama-sama kita berjihad melawan nafsu dan syaitan dalam diri kita, INSYAALLAH hasilnya nanti kita sendiri yang akan rasa...CUME

bila keseorangan, kita perlukan teman, bila ada teman, kita seakan-akan ingin keseorangan, jadi yang mana satu sebenarnya??lumrah manusia...tidak pernah puas...

TUNTUNI NAFSU DENGAN IMAN,MANTAPKAN IMAN DENGAN PENGHAYATAN.....
innallaha ma'ana...

Terima kasih sahabat2 UiTM.....

No comments: