Sunday, March 29, 2009

BILA HATI IKHLAS.....

banyak sekali kebaikan yang kita dapati andai kita ikhlas. tapi.......malangnya ianya amat sukar untuk dilakukan dan hanya Dia yang Memiliki hati- hati hambaNya sahaja tahu akan ikhlas atau tidaknya seseorang . justeru itu, wajar sekali andai kita sentiasa beringat bahawa ikhlas itu perlu diusahakan kehadirannya dalam hati kita. mulut pula mesti turut berwaspada agar tidak menceritakan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan agar ikhlas itu sememangnya benar-benar ikhlas.

kebaikan ikhlas.

1. jiwa tenang;

hati tidak akan merasa sakit andai kita tidak dihargai. walau banyak budi yang telah kita semai, namun andai kita ikhlas, kita redha dan senang hati walaupun kita tidak dihargai. walau budi yang ditabur dipandang endah tak endah, namun ikhlas penawar hati kita. bersyukur atau tidaknya seseorang atas jasa baik kita pada orang tersebut bukanlah penentu yang kita ikhlas. andai keluarga atau adik beradik tidak mengenang jasa kita, tidak mencacatkan ikhlas kita, andai suami tidak menghargai penat lelah kita menguruskan rumahtangga, anak-anak dan dirinya, itu juga langsung tidak mencacatkan ikhlas kita. andai rakan taulan tidak memandang kebaikan kita kepada mereka, itu juga tidak menjadi kudis pada ikhlkas kita. ikhlaslah dalam melakukan apa sahaja, maka kita akan kebal kritikan dan ampuh pujian. dipuji atau dikeji langsung tidak memainkan peranan terhadap kita. kerana hati kita ikhlas. ikhlas kerana Allah.. pahala yang banyak menanti orang yang ikhlas. namun , pahala itu juga tidak mengancam ikhlas kita, kerana ikhlas kita semata-mata keranaNya, bukan kerana pahala atau pujian orang atau penghargaan sesama makhluk.

2. keberkatan rezeki.

bila hati ikhlas, kita mudah redha. bila kita redha , kita sentias bersyukur. walau apa yang menimpa kita, kita syukuri, walau kita tidak sesenang mana , tapi hati kita sentiasa rasa hidup ini indah, kita tidak berkeluh kesah. bila kita bahagia, dan banyak bersyukur, maka janji Allah, Dia akan menambah nikmat orang yang sentiasa bersyukur. orang yang bersyukur hasil dari keikhlasan hati, rezekinya sangat berkat. laluan hidupnya mudah dan walau dihimpit kesusahan tetapi dia tetap redha.

3. ramai sahabat.

keikhlasan seseorang menarik ramai sahabat di sekelilingnya, dan sahabat2nya itu turut menerima aura ikhlasnya dan membentuk diri mereka menjadi ikhlas juga. sabda junjungan yang membawa maksud, seseorang itu dinilai melalui siapa yang menjadi sahabatnya. bersahabat lah dengan orang yang baik akhlak dan bersih hatinya. kita turut mendapat aura itu.

hidup berilmu, ceria selalu.


No comments: