Sunday, March 22, 2009

Kesabaran


Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi. kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan keni'matan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah... setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucia jiwa seseorang. kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan. Imam Ali B Abi Talib berpesan: "tenagkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". kemudan Ibnu Munkadir berkata :" bagiku ni'mat dunia ini hanya ada pada 3 perkara: 1) Qiamullail 2) Sillaturrahim 3) Solat berjemaah Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta YAng Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia suci dan tunduk pada Ilahi....

Abul Qasim Summun berpuisi:

Telah ku minum dari wadah waktu Dan telah ku reguk segala ceria dan kepedihannya Telah kulekatkan mulut wadah itu pada bibirku dan ku hisap habis setiap titisnya Dan takdir telah menuangkan ke dalam pialanya Kesedihan yang terminum Dari lautan kesabaranku Yang telah kuisikan penuh-penuh Dan kuhulurkan kembali kepada takdir itu Dengan kesabaran dan ketakutan Waktu tergantung, akupun berseru "bersabarlah engkau wahai jiwaku! atau engkau akan binasa kerana kesedihan" Begitu besar penderitaanku hingga Gunung-ganangpun bergetar pada ketinggiannya akan lenyap bagai bintang yang jauh akhirnya hilang dari pandangan....

No comments: